Friday, July 14, 2017

Selamat Ulangtahun Kelahiran Nur Hana Awatif

Salam sayang 

12 Julai lepas adalah hari ulangtahun kelahiran Hana yang Pertama. Alhamdulillah, sepanjang setahun ni Hana sihat walafiat dan mudah dijaga serta diuruskan.

Image may contain: 1 person

Berkat kelahiran Hana juga, Alhamdulillah kak long kini bergelar ibu bekerja sepenuh masa di rumah (WAHM). Hana hanya sempat dijaga oleh pengasuh selama 4 bulan sahaja dr usia 2 ke 6 bulan. 1 Januari 2017 secara rasmi Hana dididik sepenuhnya oleh kak long.

Pengalaman pertama sebenarnya sebab 3 anak lagi diasuh oleh orang lain. Pengalaman yang sangat berharga. Kita yang jadi saksi tumbesaran mereka. Nikmat yang tak dapat diulang masa.

Atas permintaan abang dan kakak Hana, ibu pun buat sedikit kek untuk meraikan Hana. Ala kek yang mudah-mudah. Dah lama tak buat jadi kena asah kemahiran yang ada ni.

Tadaa... Jadilah kek cawan cip coklat. Semua sukakannya...Seronok tengok anak-anak makan dengan penuh berselera. Komen dari encik suami..Boleh buat jual katanya..Kak long kembang semangkuk ler.. Dan pagi ni bonda kak long menelefon minta dibuatkan kek yang sihat untuk beliau. In shaa Allah, balik raya haji nanti kak long bawakan.

Image may contain: food

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com