Monday, August 14, 2017

Amal Omega 3 untuk Kesihatan Sendi

Salam sayang 


Image result for sendi sehat dan fleksibel

Kerap kali bila usia dah menginjak ke lewat 40an, mulalah terasa sengal di sana sini, sakit di sana sini. Kerapkali juga sukar nak bangun setelah duduk lama, atau lenguh sendi bila duduk bersila.

Tapi sebenarnya perkara di atas ni, boleh dihindari jika kita mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Ini kerana, diet yang sihat dan seimbang pasti mengandungi nutrien seperti Omega 3 yang memang sangat diperlukan oleh sendi kita.

Bagaimana Omega 3 ni boleh membantu menyihatkan sendi?

Pada setiap sendi kita (malah seluruh tubuh kita) mempunyai enzim tertentu yang bertindakbalas. Untuk masalah sendi yang sakit ini, apabila enzim tertentu bertindak dengan kartilaj dan menyebabkan kartilaj pada sendi menjadi haus. Jadi sendi bergeser dan menyebabkan keradangan. EPA dan DHA di dalam Omega 3 berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan menurunkan kadar penghasilan enzim tersebut.

Jika kita yang sihat ni, mengambil Omega 3, ia sangat bagus kerana Omega 3 ini akan diserap ke dalam bendalir senovia (bendalir di antara sendi) dan menghalang enzim yang menjadi punca kesakitan sendi itu tadi. Ia membantu mencegah dari penyakit arthritis.

Selain itu, Omega 3 juga membantu mengurangkan kekejangan dan kebas-kebas pada anggota tubuh badan kita. Anggota badan kita akan lebih mudah bergerak dan lebih fleksibel kerana Omega 3 turut bertindak sebagai bahan pelincir pada setiap sendi

Omega 3 juga bertindak dalam memelihara ketumpatan mineral dalam tulang kita. Ingat tau, bukan sahaja kita  perlukan kalsium untuk tulang, malah Omega3 turut menyumbang pada kesihatan tulang.


Berminat menjadi ahli Shaklee dan mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com

Kesihatan Otak vs Omega 3

Salam sayang 

Related image

Korang tahu tak yang sebenarnya otak kita ni komposisinya 60% adalah lemak.  Dan sebenarnya kebanyakan sistem saraf adalah dihasilkan dari lemak. Mesti tak sangka kan. Selama ni ingat lemak banyak di perut je ye...hihi jangan marah tau, cepat tua.

Okay, kita teruskan lagi.

Dalam otak kita ni, ada bahagian yang diberi nama CEREBRAL CORTEX. Cerebral Cortex ni berfungsi untuk daya ingatan dan perhatian. Dan bahagian ini mempunyai kandungan asid lemak DHA sekitar 20%.

Seperti dalam entri sebelum ini, kak long ada bagitahu yang Omega 3 ni antara kandungan asid lemaknya adalah DHA dan EPA kan. Jadi apa kaitan dengan otak? Jom teruskan baca.

Image result for shaklee omega guard

EPA dan DHA ni menurut kajian bertanggungjawab dalam:


i) memastikan transmisi maklumat antara saraf (sinaps) dilakukan dengan baik

ii) mempunyai kesan positif terhadap mood, kognitif, memori dan pembelajaran manusia

iii) memberi kesan anti-penuaan terhadap otak. Yang mana ia memperlahankan proses penuaan otak yang menjadi penyebab kepada Alzheimer dan juga Dementia.


Jadi, untuk memastikan sel-sel otak kita berkembang dan berhubung, kenalah ambil Omega 3 secukupnya. Omega 3 untuk daya ingatan bukan sahaja kanak-kanak malah mereka yang telah berusia.

Berminat menjadi ahli Shaklee dan mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com

Omega 3 dan KESIHATAN JANTUNG

Salam sayang 

OMEGA 3 dan JANTUNG??? Ada kaitan ke? Nak tahu lebih lanjut, kenalah baca ye :)

Related image

Asid lemak Omega 3 merupakan asid lemak yang sihat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ia diperlukan sebagai sokongan terhadap sistem tubuh.

Sememangnya Omega 3 telah dikenali sebagai agen anti-radang atau anti-inflamasi. Radang boleh menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah yang mana ia menjadi punca kepada penyakit jantung.

Kandungan EPA dan DHA di dalam Omega 3 secara kajiannya telah menunjukkan pelbagai manfaat yang mana ia mampu merendahkan risiko serangan penyakit jantung:

i) Meregulasi tahap trigliserida (kolesterol jahat) di dalam darah sekaligus menormalkan tekanan darah

ii) Melancarkan perjalanan darah

iii) Memastikan jantung berdegup/ berdenyut pada kadar yang normal.

Dah dapatkan Omega 3 anda hari ni?

Berminat menjadi ahli Shaklee dan mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com

OMEGA GUARD SHAKLEE - GRED FARMASI!

Salam sayang 

Ramai yang tahu kebaikan pengambilan Omega 3 dalam diet harian mereka. Memang banyak di pasaran, syarikat makanan tambahan yang menjual produk Omega 3 ini. Namun, kenapa Omega 3 Shaklee yang kak long pilih?

Image result for shaklee omega guard

Sebab utama kak long memilih OMEGA GUARD SHAKLEE adalah kerana

Ia telah diproses melalui proses penyulingan berperingkat sehingga ke peringkat keTIGA (Triple Molecullar Distillation). Sebelum ni korang perasan tak, ada iklan minyak sawit yang tagline nya berbunyi pemeringkatan 2 kali...

Begitu juga Omega Guard Shaklee. Ia telah melalui proses pemeringkatan 3 kali (lebih banyak kan). Dengan proses penyulingan berperingkat inilah yang membezakan Omega Guard Shaklee dengan jenama lain di luar sana. Ia menjadikan Omega Guard Shaklee berGRED FARMASEUTIKAL.

Proses penyulingan ini sebenarnya bertujuan untuk:

i) memastikan hanya OMEGA 3 sahaja yang diambil dari sumber ikan. Tiada bahan asing seperti logam berat (merkuri, plumbum) dan bahan cemaran lain.

ii) mengelakkan proses oksidasi yang menyebabkan terhasilnya trans-lemak (trans-fat). Trans-lemak inilah yang menjadi punca pelbagai penyakit seperti stroke dan penyakit jantung.

iii) meminimakan bau hanyir dan rasa hanyir ikan pada Omega Guard. 

Jadi korang kat luar sana, kalau nak memilih OMEGA3 kenalah buat pilihan bijak :)

Berminat menjadi ahli Shaklee dan mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com

Wednesday, August 9, 2017

Air koko ASLI dan berkhasiat

Salam sayang

Sarapan apa pagi ni?

Hari ni anak-anak nak minum Milo tapi kat rumah ni memang tak pernah beli stok Milo. Masa kak long kerja, anak-anak biasa minum Milo di rumah pengasuh. Kat rumah biasanya diorang minum air kosong sejuk atau sirap.

Kak long memang banyak membaca tentang minuman tenaga ni dan memang maklum akan kandungannya. Bila dah sepenuh masa di rumah, maka inilah masa yang boleh kak long gunakan untuk mengurangkan makanan terproses ini.

Sebelum ini semasa lelas GFKC pun kami diajar untuk memilih bahan atau sumber makanan asli berbanding makanan terproses ni.

Jadi pagi ni kak long cuba resipi air koko asli untuk hidangan sarapan anak-anak


Inilah bahan yang kak long gunakan.

1 sudu kecil - Serbuk koko
2 scoop - Mealshake
1 scoop - ESP
3 sudu kecil - Organic raw cane sugar
Air sejuk
Ais

Kisarkan bahan-bahan kecuali ais untuk sebatikan. Masukkan dalam jag dan boleh tambah ais untuk lebih sejuk 😘

Rasa air koko ni lebih sedap. Yang tiada Mealshake dan ESP boleh gunakan susu segar ye. Memang lemak-lemak manis rasa air koko ni. 

Jika nak mencuba ESP dan Mealshake yang ada di resipi ni,
 boleh hubungi


 Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970

Tuesday, August 8, 2017

Kelas Shaklee GPM Ignite

Salam sayang

Tengah buat apa? Dah makan ke korang?

Ni kak long nak cerita ni, Alhamdulillah Ahad minggu lepas dapatlah akhirnya kak long melaksanakan task seorang leader chewah... Bukan task besar pun cuma buat kelas online buat anak-anak bisnes kak long GPM Ignite.

Memandangkan anak biz kak long ni duduk merata tempat di Malaysia, jadi kelas yang paling mudah dan praktikal adalah kelas online. Untuk grup kak long iaitu GPM Ignite, kak long gunakan medium whatsapp. Jadi ia merupakan kelas interaktif yg boleh bersoaljawab secara terus

Alhamdulillah mendapat feedback yg bagus dari anak-anak biz kak long. In shaa Allah ia akan diteruskan dengan pelbagai topik lain






Berminat dengan produk Shaklee?

Boleh hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Friday, August 4, 2017

Untuk Renungan

Salam sayang

Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua sbg tazkirah dan muhasabah diri...

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.

Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut
#copypaste
#Allah sebaik-baik perancang
#Allah sebaik-baik pelindung

Ingin mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com

Thursday, August 3, 2017

Ibu sembelit? Ostematrix Penyelesaiannya

Salam sayang

Antara perkara yang menakutkan bagi ibu yang berpantang terutamanya adalah SEMBELIT. Bukan setakat ibu berpantang malah ia merupakan masalah kebanyakan daripada kita. Bila ada masalah ni ia menunjukkan yang ada masalah pada sistem pencernaan kita.

Jadi apa yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah SEMBELIT ni. Korang kenal tak si putih ni. Apa kaitan dia dengan masalah SEMBELIT korang ni?


Jom kita baca lebih lanjut tentang si putih atau nama komersilnya OSTEMATRIX.

💚Ostematrix adalah suplemen kalsium yang mengandungi magnesium, vitamin D dan boron.Tiada ubat perangsang pelawas dalam kandungannya.

💚Magnesium dalam Ostematrix membantu secara tidak langsung dengan memudahkan pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis secara lembut.

💚Magnesium juga boleh membantu menyerap air lebih baik. Penambahan air di dalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan

💚Ibu hamil yang mengambil Ostematrix pada waktu malam sebelum tidur sangat membantu untuk:

✔melembutkan najis

✔merangsang pergerakan najis

✔membolehkan ibu-ibu membuang air besar tanpa rasa sakit akibat sembelit

Jadi dah jelaskan apa peranan OSTEMATRIX ni dengan masalah SEMBELIT korang tu.sebab itulah kak long memang sangat rekomen ibu yang mengandung atau berpantang mengambil OSTEMATRIX ni. Bila pembuangan dah lancar tentu korang rasa bahagia kan 😋😋 Ibu menyusu pun sangat digalakkan tau. Yang ni kak long sambung dalam entri lain ye

Berminat dengan produk di atas? Boleh hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com

Wednesday, August 2, 2017

Tips Kekal Sihat Ketika Hamil

Salam sayang



Waktu hamil ni kadangkala macam-macam penyakit yang ada. Adakala rasa letih melampau serta sakit badan juga menjengah sepanjang kehamilan ni.

Kak long nak kongsikan 5 tips penjagaan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan. Jemput baca ye

1. Makan lima atau enam hidangan seimbang setiap hari. Hidangan seimbang bermaksud perlu ada porsi karbohidrat, protein serta sayuran dan buahan. Tak perlu ambil makanan untuk dua orang kerana ia boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan yang lain kelak.

2. Mengambil vitamin pranatal setiap hari seperti yang diarahkan oleh doktor. Lazimnya klinik kesihatan akan membekalkan asid folic, ascorbic acid dan iberet. Ketiga-tiga ini adalah untuk memastikan kandungan hemoglobin dalam darah mencukupi, mengelakkan masalah saraf pada bayi serta meningkatkan daya imun ibu.

3. Minum banyak air sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari dan elakkan kafein. Pengambilan kafein ketika hamil boleh merendahkan level hemoglobin dalam darah. Jadi ambil pada kadar yang minima ye. Kak long suka sangat jika masa hamil ni kita blendkan buah dan ais, jadilah smoothies yang berkhasiat. Tapi pastikan kurangkan gula juga ye.


4. Bersenam dengan berjalan sekurang-kurangnya 15 - 20 minit setiap hari pada kadar yang sederhana tetapi elakkan kawasan yang panas. Dengab bersenam sebenarnya ia membantu merembeskan hormon endorfin yang menjadikan ibu hamil lebih gembira dan kurang tekanan. Selain berjalan, aktiviti senaman ringan juga boleh dibuat. Ibu-ibu boleh rujuk ke video yang banyak di youtube. Aktiviti berjalan oleh Leslie Nelson adalah antara aktiviti yang selalu kak long buat

5. Dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam. Jika mengalami gangguan tidur cuba tidur sebentar (nap) di siang hari. Tidur yang cukup membantu ibu lebih segar dan cergas. Selain itu, pertumbuhan bayi dalam kandungan juga berlangsung dengan lebih baik.

Hadapi 40 minggu kehamilan dengan penuh rasa bahagia dan gembira.

Ingin mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Usaha ZERO GAJET untuk ANAK-ANAK

Salam sayang 




Ramai di antara kita sebenarnya mula memperkenalkan gajet pada anak-anak sejak kecil lagi. Malah ada yang bermula sejak dalam kandungan. Ye niat asal dah tentunya untuk melihat anak kita lebih cerdik dan bijak kan

Sama lah dengan kak long. Membeli ipad ketika anak sulung mula memasuki tadika dan adiknya berusia 2 tahun. Kak long mula memasukkan aplikasi yang kononnya membantu meningkatkan kemahiran mereka. Satu kesilapan kak long, membiarkan anak-anak dengan gajet tanpa pemantauan.

Alhamdulillah, sebenarnya masih belum terlambat lagi untuk kita berusaha mengawal anak-anak kita dari terus menerus tertumpu pada gajet.

Macam-macam cara dan usaha yang kak long lakukan untuk mengurangkan ketagihan anak-anak terhadap gajet. Di bawah ini adalah antara aktiviti yang kak long dan suami lakukan untuk membantu mereka "melupakan" gajet mereka

i) Membuat aktiviti hands on bersama anak-anak - contohnya berkebun atau pergi bermain di taman atau padang permainan

ii) Membuat jadual waktu yang fleksibel yang mana masa terluang mereka, kak long isikan  dengan bermain sambil belajar. Antaranya main jigsaw puzzle, sahibba, atau permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban

iii) Membuat aktiviti mengemas dan membersihkan rumah bersama-sama seperti mencuci longkang, membasuh kereta.

iv) Menyediakan buku kerja yang bersesuaian. Jadi bolehlah mereka mengulangkaji juga

Biasanya di hujung minggu kami selalu juga membawa mereka ke luar. Memandangkan tempat kami di berhampiran pantai, jadi encik suami rajin membawa anak mandi manda.

Korang kat luar ada cadangan lain. Mungkin boleh kongsikan bersama 😁

Berminat untuk mencuba produk Shaklee?

Hubungi
Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970