Wednesday, August 9, 2017

Air koko ASLI dan berkhasiat

Salam sayang

Sarapan apa pagi ni?

Hari ni anak-anak nak minum Milo tapi kat rumah ni memang tak pernah beli stok Milo. Masa kak long kerja, anak-anak biasa minum Milo di rumah pengasuh. Kat rumah biasanya diorang minum air kosong sejuk atau sirap.

Kak long memang banyak membaca tentang minuman tenaga ni dan memang maklum akan kandungannya. Bila dah sepenuh masa di rumah, maka inilah masa yang boleh kak long gunakan untuk mengurangkan makanan terproses ini.

Sebelum ini semasa lelas GFKC pun kami diajar untuk memilih bahan atau sumber makanan asli berbanding makanan terproses ni.

Jadi pagi ni kak long cuba resipi air koko asli untuk hidangan sarapan anak-anak


Inilah bahan yang kak long gunakan.

1 sudu kecil - Serbuk koko
2 scoop - Mealshake
1 scoop - ESP
3 sudu kecil - Organic raw cane sugar
Air sejuk
Ais

Kisarkan bahan-bahan kecuali ais untuk sebatikan. Masukkan dalam jag dan boleh tambah ais untuk lebih sejuk 😘

Rasa air koko ni lebih sedap. Yang tiada Mealshake dan ESP boleh gunakan susu segar ye. Memang lemak-lemak manis rasa air koko ni. 

Jika nak mencuba ESP dan Mealshake yang ada di resipi ni,
 boleh hubungi


 Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970