Monday, August 14, 2017

Amal Omega 3 untuk Kesihatan Sendi

Salam sayang 


Image result for sendi sehat dan fleksibel

Kerap kali bila usia dah menginjak ke lewat 40an, mulalah terasa sengal di sana sini, sakit di sana sini. Kerapkali juga sukar nak bangun setelah duduk lama, atau lenguh sendi bila duduk bersila.

Tapi sebenarnya perkara di atas ni, boleh dihindari jika kita mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Ini kerana, diet yang sihat dan seimbang pasti mengandungi nutrien seperti Omega 3 yang memang sangat diperlukan oleh sendi kita.

Bagaimana Omega 3 ni boleh membantu menyihatkan sendi?

Pada setiap sendi kita (malah seluruh tubuh kita) mempunyai enzim tertentu yang bertindakbalas. Untuk masalah sendi yang sakit ini, apabila enzim tertentu bertindak dengan kartilaj dan menyebabkan kartilaj pada sendi menjadi haus. Jadi sendi bergeser dan menyebabkan keradangan. EPA dan DHA di dalam Omega 3 berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan menurunkan kadar penghasilan enzim tersebut.

Jika kita yang sihat ni, mengambil Omega 3, ia sangat bagus kerana Omega 3 ini akan diserap ke dalam bendalir senovia (bendalir di antara sendi) dan menghalang enzim yang menjadi punca kesakitan sendi itu tadi. Ia membantu mencegah dari penyakit arthritis.

Selain itu, Omega 3 juga membantu mengurangkan kekejangan dan kebas-kebas pada anggota tubuh badan kita. Anggota badan kita akan lebih mudah bergerak dan lebih fleksibel kerana Omega 3 turut bertindak sebagai bahan pelincir pada setiap sendi

Omega 3 juga bertindak dalam memelihara ketumpatan mineral dalam tulang kita. Ingat tau, bukan sahaja kita  perlukan kalsium untuk tulang, malah Omega3 turut menyumbang pada kesihatan tulang.


Berminat menjadi ahli Shaklee dan mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com