Wednesday, August 23, 2017

SELF-DETOX

Salam sayang 

Kak long ada kongsikan mengenai keperluan DETOKS kan. Korang nak tahu tak sebenarnya tubuh badan kita ni pun melalukan sendiri proses detoks ni.

TUBUH BADAN KITA MELAKUKAN DETOKSIFIKASI SETIAP MASA

Biarpun dalam keadaan normal dan sihat, tubuh anda akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh anda boleh mendetoks dengan sendirinya.

Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detoks. Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh. Organ ini berfungsi membersihkan tubuh anda, atau menyahtoksin bagi memastikan anda kekal sihat. Malahan kulit anda menghasilkan toksin melalui peluh.


PARU-PARU - membuang berbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah anda.

SISTEM LIMPA - beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksintoksin yang lain dari tubuh anda. Malah kulit anda juga menyahtoksin melalui kelenjar peluh.

BUAH PINGGANG - membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh anda melalui pundi kencing.

SISTEM PENGHADAMAN - meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin anda tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari tubuh anda setiap kali anda melakukan proses pembuangan.


DETOKS MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS

Jadi, sekiranya tubuh anda membersihkan dirinya sendiri, mengapa anda perlu detoks

Anda perlu tahu dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh anda akan menjadi lebih kuat mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan menurunkan berat badan anda agar tampak lebih baik, sihat dan segar!

Ibaratkan diri anda seperti kereta, di mana ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak, namun, sehebat mana pun kereta itu, lambat laun; ia tetap akan mengalami kerosakan bagi mengekalkan prestasi peringkat optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya. Tanpa bantuan tambahan, badan anda mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan anda akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh anda. 

Detoks ini bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan kita ini.


Kini anda telah tahu apa itu detoks, teruskan membaca siri detox daripada Shaklee untuk ketahui lebih lanjut mengenai manfaat dan kehebatannya.

Berminat menjadi ahli Shaklee dan mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com