Wednesday, August 2, 2017

Tips Kekal Sihat Ketika Hamil

Salam sayang



Waktu hamil ni kadangkala macam-macam penyakit yang ada. Adakala rasa letih melampau serta sakit badan juga menjengah sepanjang kehamilan ni.

Kak long nak kongsikan 5 tips penjagaan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan. Jemput baca ye

1. Makan lima atau enam hidangan seimbang setiap hari. Hidangan seimbang bermaksud perlu ada porsi karbohidrat, protein serta sayuran dan buahan. Tak perlu ambil makanan untuk dua orang kerana ia boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan yang lain kelak.

2. Mengambil vitamin pranatal setiap hari seperti yang diarahkan oleh doktor. Lazimnya klinik kesihatan akan membekalkan asid folic, ascorbic acid dan iberet. Ketiga-tiga ini adalah untuk memastikan kandungan hemoglobin dalam darah mencukupi, mengelakkan masalah saraf pada bayi serta meningkatkan daya imun ibu.

3. Minum banyak air sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari dan elakkan kafein. Pengambilan kafein ketika hamil boleh merendahkan level hemoglobin dalam darah. Jadi ambil pada kadar yang minima ye. Kak long suka sangat jika masa hamil ni kita blendkan buah dan ais, jadilah smoothies yang berkhasiat. Tapi pastikan kurangkan gula juga ye.


4. Bersenam dengan berjalan sekurang-kurangnya 15 - 20 minit setiap hari pada kadar yang sederhana tetapi elakkan kawasan yang panas. Dengab bersenam sebenarnya ia membantu merembeskan hormon endorfin yang menjadikan ibu hamil lebih gembira dan kurang tekanan. Selain berjalan, aktiviti senaman ringan juga boleh dibuat. Ibu-ibu boleh rujuk ke video yang banyak di youtube. Aktiviti berjalan oleh Leslie Nelson adalah antara aktiviti yang selalu kak long buat

5. Dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam. Jika mengalami gangguan tidur cuba tidur sebentar (nap) di siang hari. Tidur yang cukup membantu ibu lebih segar dan cergas. Selain itu, pertumbuhan bayi dalam kandungan juga berlangsung dengan lebih baik.

Hadapi 40 minggu kehamilan dengan penuh rasa bahagia dan gembira.

Ingin mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970