Wednesday, August 2, 2017

Usaha ZERO GAJET untuk ANAK-ANAK

Salam sayang 




Ramai di antara kita sebenarnya mula memperkenalkan gajet pada anak-anak sejak kecil lagi. Malah ada yang bermula sejak dalam kandungan. Ye niat asal dah tentunya untuk melihat anak kita lebih cerdik dan bijak kan

Sama lah dengan kak long. Membeli ipad ketika anak sulung mula memasuki tadika dan adiknya berusia 2 tahun. Kak long mula memasukkan aplikasi yang kononnya membantu meningkatkan kemahiran mereka. Satu kesilapan kak long, membiarkan anak-anak dengan gajet tanpa pemantauan.

Alhamdulillah, sebenarnya masih belum terlambat lagi untuk kita berusaha mengawal anak-anak kita dari terus menerus tertumpu pada gajet.

Macam-macam cara dan usaha yang kak long lakukan untuk mengurangkan ketagihan anak-anak terhadap gajet. Di bawah ini adalah antara aktiviti yang kak long dan suami lakukan untuk membantu mereka "melupakan" gajet mereka

i) Membuat aktiviti hands on bersama anak-anak - contohnya berkebun atau pergi bermain di taman atau padang permainan

ii) Membuat jadual waktu yang fleksibel yang mana masa terluang mereka, kak long isikan  dengan bermain sambil belajar. Antaranya main jigsaw puzzle, sahibba, atau permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban

iii) Membuat aktiviti mengemas dan membersihkan rumah bersama-sama seperti mencuci longkang, membasuh kereta.

iv) Menyediakan buku kerja yang bersesuaian. Jadi bolehlah mereka mengulangkaji juga

Biasanya di hujung minggu kami selalu juga membawa mereka ke luar. Memandangkan tempat kami di berhampiran pantai, jadi encik suami rajin membawa anak mandi manda.

Korang kat luar ada cadangan lain. Mungkin boleh kongsikan bersama 😁

Berminat untuk mencuba produk Shaklee?

Hubungi
Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970