Friday, September 8, 2017

7 Faedah Detoks - RahsiaSihat.com


Salam sayang korang

Wah bercuti panjang ye hujung minggu lepas. Dari cuti Hari Kemerdekaan bawa ke Cuti Raya Haji dan kemudian ditambah sehari lagi sempena kemenangan kita pada Sukan SEA yang baru je tamat 30hb Ogos lepas.

Bila dah bercuti panjang dan menyambut perayaan sah-sahlah diet sihatdah ke laut dalam kan.Takyah korang la, kak long sendiri pun sama. Apatah lagi beraya di rumah mak sendiri, kerjanya makan je lah kan hihi.

Okaylah sebab dah banyak sangat makan, jom apa kata kita kembali ke pangkal jalan pula. Kita mula buat detox ni. Banyak manfaat buat DETOKS ni sebenarnya. Kak long senaraikan 7 sahaja ye

Manfaat Pertama

PENGURANGAN BERAT BADAN

Korang nak tahu, antara kesan buruk toksin ialah ia membataskan keupayaan badan kita dari membakar lemak dengan efisien
Dalam badan kita, ada gen pada kilang lemak. Gen inilah yang memberi signal untuk proses pembakaran lemak berlaku. Tetapi bila toksin melekat pada gen ini, ia menyebabkan fungsi gen terganggu.
Secara tak langsung, pengumpulan lemak berlaku dan menyebabkan pertambahan berat badan

Manfaat Kedua

MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT (KOLON YANG LEBIH SIHAT)


Biasanya lama ke korang duduk di tandas? Jika lama, ia berkemungkinan yang usus korang mengalami masalah pencernaan
Usus berfungsi membawa sisa keluar dari tubuh badan kita. Namun disebakan pemakanan kita yang tidak sihat, ia menyebabkan pengumpulan sisa dan lemak jahat pada saluran usus. Dan menyebabkan ia tersumbat
Bila kita melakukan proses detoks, ia bukan sahaja membersihkan usus malah menyingkirkan segala toksin dan sisa buangan yang jahat keluar dari sistem badan kita

Manfaat Ketiga

MEMBERI TENAGA
Dalam entri sebelum ni, kak long ada beritahu yang tubuh kita mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri. Tapi bagi membuang toksin, ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! 
Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan korang cepat berasa letih. Kurang tenaga juga bermaksud yang badan korang dipenuhi toksin
Melalui detoks ia membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh lebih tenaga dan stamina.

Manfaat Keempat

MENGURANGKAN NAFSU MAKAN

Bila kita dah sisihkan toksin dari badan, sel dalam badan sudah terbiasa dengan makanan gantian yang bernutrisi tinggi. 
Jadi inilah masa terbaik untuk korang tinggalkan segala kegemaran korang yang "jahat-jahat" macam kek, coklat, aiskrim, makanan fast food dan yang sejiwa dengan yang disebut.
Jangan lupa sentiasa pastikan hanya makanan bernutrisi sahaja yang ada dalam simpanan contohnya kekacang taupun buah-buahan mahupun pelbagai salad

Manfaat Kelima

KULIT LEBIH CANTIK
Kulit menggambarkan kesihatan dalaman kita. Bila kulit cantik maksudnya kesihatan dalaman kita sangat baik.
Jerawat dan pelbagai masalah kulit sebenarnya melambangkan jumlah toksin yang terkumpul dalam badan kita. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah.
Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan. Jadi bila badan dah bebas toksin wallah nampak hasilnya terserlah pada kulit kan. 

Manfaat Keenam

MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI

Radikal bebas ni memang ada di mana-mana. Dan yang lebih memburukkan ia mampu merosakkan sistem imunisasi badan kita. Kesannya, keradangan.
Nak bebas dari radikal bebas ni? Dengan DETOKS lah
Detoks dapat membantu untuk menghindari toksin maka ia tidak membantu dalam membiakkan radikal yang ada merata-rata. Jadi badan akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya!

Manfaat Ketujuh
TIDUR LEBIH LENA
Toksin, terutamanya logam berat menyebabkan gangguan keseimbangan sel normal. Ia juga menyebabkan penghasilan radikal bebas. Radikal bebas mengakibatkan hormone tidur meningkat dan mengganggu corak tidur. Ia turut mengundang masalah insomnia. 
Apabila logam berat disingkir dari sistem badan, jam biologi akan diset semula. Corak tidur akan menjadi lebih baik dan tidur akan jadi lebih berkualiti

Jadi dah nampakkan apa FAEDAH DETOKS tu sebenarnya. 

Shaklee sememangnya menyediakan SET DETOKS untuk mereka yang nak menyingkirkan segala toksin dalam badan. Jika anda berminat, boleh je hubungi nombor di bawah ni

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com