Saturday, September 9, 2017

Kekal Bertenaga Ketika Menyusu - RahsiaSihat.com

Salam sayang

Selalu ke kan kita dengar ibu menyusu ni senang letih apabila menyusukan baby. Memang kak long setuju pernyataan ni 100%. Sangat meletihkan dan melelahkan. Namun untuk kebaikan permata hati kita ibu ni sanggup berkorban kan.

Image result for ibu menyusu bersenam

Kan bawah ni antara tips yang korang boleh amalkan untuk mengurangkan keletihan tu tadi.

1. Makan hidangan lengkap dari semua kumpulan makanan.

Karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran yang berserat adalah sumber untuk tenaga yang berpanjangan. Ibu menyusu ni perlukan ekstra kalori yang membolehkan penyusuan berjalan dengan lebih baik. Namun kadangkala mereka mengambil makanan sekadar mengikut selera tanpa meneliti sama ada hidangan tersebut lengkap dengan nutrisi atau tidak.

Biasakan mengambil makanan mengikut waktu supaya sistem badan kita berfungsi dengan seoptimum mungkin. Skip waktu makan utama sangat tidak digalakkan kerana ia menyebabkan sistem badan menghantar signal yang silap pada badan. Penghasilan susu pun boleh terjejas jika ibu tidak ada jadual makan yang khusus.

Sebaik mungkin kurangkan makanan berkanji dan bergula. Ia menyebabkan penghasilan hormon serotonin yang menyebabkan kita mudah mengantuk.

2. Makan dalam saiz hidangan yang kecil tetapi kerap.

Makan snek berkhasiat di antara waktu makan boleh membantu. Jangan makan jajan pula ye! Antara snek yang kak long sangat galakkan adalah pengambilan kekacang dan salad. Kenapa tidak buah? Buah mengandungi fruktosa iaiti gula ringkas yang akan ditukarkan ke tenaga dalam jangka masa yg pendek. Bila kita ambil buah, tenaga akan lebih cepat ditukarkan berbanding kita ambil kekacang atau salad sayuran.

Kekacang dan salad sayuran mengambil masa yang lebih lama untuk diproses dan membekalkan tenaga yang lebih panjang. Tenaga lebih sustain gitu

3. Banyakkan minum air.

Ibu yang menyusukan bayi memerlukan lebih kurang 16 cawan air sehari, termasuk air yang sumber makanan jus atau minuman lain. Ini sangat penting tau. Air adalah komponen utama dalam badan kita. Darah dan susu juga mengandungi komposisi air kan.

Malah pembakaran bahan makanan kepada tenaga turut memerlukan air. Sebab itulah kenapa kita perlu minum air secukupnya. Bila air cukup, penukaran bahan makanan ke tenaga akan menjadi lebih efisien.

4. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya serta kurangkan stres.

Waktu menyusukan bayi adalah waktu rehat yang paling baik. Kadang-kala kita ibu-ibu ni rasa bersalah bila tertidur ketika baby menyusu kan. Jangan risau. Itu tanda badan kita perlukan rehat. Pernah tak selepas tertidur tu kita akan rasa lebih cergas dan bertenaga kan.

Sebaiknya ambil sedikit waktu untuk kita tidur sebentar terutama di waktu tengahari. Tak perlu lama pun 10-15 minit sudah mencukupi. Dalam Islam kita memang disunatkan untuk tidur sebentar sebelum Zuhur kan. Ia untuk badan kita recharge semula tenaga yang diperlukan pada sebelah petang dan malam pula. Malah jika kita nak bangun beribadah waktu malam pun lebih mudah. Tak percaya? Cubalah.

5. Lakukan senaman ringan.

Buat senaman ringan untuk meningkatkan metabolisme badan dan menghilangkan rasa lesu. Apabila kita bersenam ia membantu penghasilan hormon endorfin yang mana hormon ni membantu sistem badan kita lebih relaks dan tenang.

Tak perlu ikut kelas pun tak mengapa. Bergerak-gerak sikit supaya badan tidak lesu kerana terlalu lama duduk dalam satu posisi sama. Senaman pun bantu kurangkan tekanan tau. Jadi jika rasa tertekan tu cuba bersenam. Memang fun.

6. Ambil supplemen yang membantu memberikan ekstra tenaga.

Suplemen dan makanan yang betul boleh memberikan tenaga kepada badan kita. Banyak lambakan suplemen di luar sana yang mudah didapati.

Untuk kak long, tentunya SET PENYUSUAN SHAKLEE jadi pilihan. Selain membekalkan nutrien secukupnya pada kak long dan baby, set ini juga membantu perjalanan penyusunan susu ibu berjalan dengan sangat baik. Alhamdulillah 3 orang anak kak long dapat menyusu badan lebih dari 2 tahun.




Jika ada yang berminat untuk mencuba SET PENYUSUAN SHAKLEE, 
 boleh hubungi nombor di bawah

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com