Thursday, September 14, 2017

Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Terbakar

Salam sayang 

Pagi ni kak long menerima mesej whatsapp dari grup family.

"Assalamualaikum satu musibah telah menimpa sekoklah tahfiz disurau keramat hujung datok keramat .terbakar subuh tadi ramai pelajar terperangkap." Mesej ni dihantar oleh biras kak long. Dan tahfiz ini terletak berhampiran dengan rumah kediaman mereka.

Terkejut kami mendengarnya. Dan bila kaklong google rupanya pihak wartawan pun dah cover cerita ni

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/09/325192/pusat-tahfiz-terbakar-lebih-20-terkorban

Ini link dari Berita Harian untuk korang baca

Diharapkan tiada mana-mana pihak yang mengedarkan gambar yang tidak sepatutnya menerusi apa jua aplikasi media sosial. Ini salah satu cara kita menghormati pihak mangsa dan keluarga mereka.

Dahului ucapan Innalillah Wainna Ilaihi Rajiun serta bacaan Al Fatihah adalah lebih mulia lagi kan.


Banyak pihak yang mula membuka tabung atau dana untuk musibah ini. Sedikit sumbangan kita mungkin boleh membantu pihak yang terlibat in shaa Allah.


Semoga roh mereka ditempatkan di sisi para kekasih Allah yang dimuliakan. In shaa Allah.

Dan KEMATIAN adalah sebaik-baik peringatan buat yang HIDUP