Monday, October 9, 2017

Indeks Glisemik - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Korang tau tak apa sebenarnya INDEKS GLISEMIK?

Indeks Glisemik ni diperkenalkan oleh Dr Jenkins seorang saintis pada tahun 1981.

Indeks Glisemik digunakan untuk menilai jenis karbohidrat serta kesannya pada paras glukosa dalam darah.

Indek Glisemik bermula dari angka 0 hingga maksimum angka 100. Angka 0 menunjukkan yang makanan tersebut langsung tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah manakala angka 100 menunjukkan makanan yang paling banyak meningkatkan paras glukosa dalam darah

Rajah di bawah menunjukkan perkaitan tahap Indeks Glisemik dengan pembebasan glukosa dalam darah

Image result for makanan glisemik rendah

Indeks Glisemik boleh dikategorikan kepada 3 kategori

i) Kategori Indeks Glisemik (GI) Tinggi 
Makanan di bawah kategori ini adalah makanan yang mudah dan cepat dihadam. Ini mempercepatkan peningkatan gula dalam darah. Lazimnya ia adalah makanan diproses.
Bacaan GI adalah pada 70 dan ke atas

ii) Kategori Indeks Glisemik (GI) Sederhana
Makanan yang mempunyai GI sederhana terletak pada GI 55-69

iii) Kategori Indeks Glisemik (GI) Rendah
Makanan dalam kategori ini akan membebaskan gula ke dalam darah secara perlahan-lahan. Lazimnya ia adalah makanan yang kompleks seperti beras perang, ubi keledek.
Kadar GI adalah pada tahap 55 dan ke bawah.

Jadual di bawah adalah contoh 
Makanan mengikut Indeks Glisemik sebagai panduan

Image result for makanan glisemik rendah


Untuk kesihatan yang berterusan, sebaiknya kita mengamalkan makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Ini membantu sistem tubuh badan kita agar dapat memproses makanan dengan lebih baik dan mengelakkan kecelaruan dalam sistem tubuh kita.

Berminat menjadi ahli Shaklee atau/dan mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 

nuradhamansor@yahoo.com