Wednesday, October 4, 2017

Nanas untuk Rawat Batuk? - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 


NANAS 5 KALI LEBIH BERKESAN BERBANDING UBAT BATUK

Melalui sumber daripada laman web preventdisease.com, sebuah penelitian yang diterbitkan dalam jurnal “Der Pharma Chemica” pada tahun 2010 mendapati buah nanas digunakan sebagai salah satu bahan asas dalam merawat penyakit tuberkulosis, bronkitis, dan beberapa lagi penyakit yang berkaitan dengan batuk dan selsema.
Dalam kajian berikutnya, para saintis terbabit membandingkan pula keberkesanan jus nanas dengan ubat batuk.
Hasilnya, mereka mendapati pesakit yang mengambil jus nanas ini sembuh 4.8 kali lebih cepat berbanding mereka yang mengambil ubat batuk.
Oleh kerana nanas adalah daripada sumber semulajadi, maka ianya sesuai diberikan kepada orang dewasa mahupun anak-anak kecil yang berusia 6 bulan ke atas.
Menurut Puan Norashikin, sebagai alternatif untuk bayi di bawah umur setahun, madu boleh juga digantikan dengan air zam-zam atau minyak habbatus sauda perahan tanpa haba (sejuk).
Kaedahnya sama seperti penyediaan jus nenas dengan madu, cuma gantikan madu dengan minyak habbatussauda atau air zam-zam. Ia juga dapat memberi tindakbalas yang positif jika diamalkan berterusan ketika diserang batuk.
Sumber asal adalah dikongsikan daripada post FB asal Puan Norashikin Bt HasanCara Buat Ubat Batuk Semulajadi dengan kebenaran beliau.
Jika ada yang berminat untuk mencuba SET VITAMIN SHAKLEE, 
 boleh hubungi nombor di bawah

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com