Tuesday, November 14, 2017

KANAK-KANAK DAN TIDUR

Salam sayang 

Lama juga ye kaklong meninggalkan kedai online kaklong ni.

Maaf banyak-banyak kerana kebizian melanda diriku.

Kaklong nak sharekan pasal penyakit Anas Zikry sebenarnya tapi tercari-cari buku yang doktor berikan tu, tak terjumpa lagi. Jadi di kesempatan ni, kak long nak kongsikan pulak mengenai ANAK dan TIDUR.


Kita selalu risaukan anak-anak kecil yang 5 tahun ke bawah tak nak tidur siang kan. Tapi betul ke memang ada keperluan untuk mereka tidur siang. Jemput baca artikel yang kaklong petik dari mypositiveparenting.org

**************************************************************************

Image may contain: one or more people

Berapa lamakah tidur diperlukan?

Kanak-kanak memerlukan jumlah tidur yang berbeza mengikut umur mereka dan disarankan agar anda mengikut panduan yang diberi di bawah untuk memastikan anak anda mendapat rehat yang secukupnya:

0-1 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 15-16 jam

Bayi baru lahir lazimnya tidur selama 2-4 jam terus menerus bagi jumlah 15-18 jam sehari. Pada peringkat ini anda boleh menjangka corak tidur anda sendiri akan terganggu apabila corak tidur bayi baru lahir anda tidak mengikut kitaran siang/malam seperti biasa.

1-4 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam

Sekitar umur 6 minggu, bayi anda akan mula membentuk corak tidur yang lebih tetap. Dia mungkin tidur di antara 4-6 jam dan lebih lama pada sebelah malam.

4-12 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam

Ketika ini, anda harus cuba membentuk tabiat tidur yang sihat bagi anak anda. Biasanya dia akan tidur sekejap 3 kali pada waktu siang, dan berkurangan menjadi dua kali apabila berumur 6 bulan. Masa tidur siang hendaklah selama satu atau dua jam dan bayi anda boleh tidur pada sebelah pagi (sekitar 9.00 pagi), tengah hari (sekitar 2.00 petang), dan petang (di antara 3-5 petang). Menjelang umur 6 bulan, bayi anda harus tidur terus menerus pada sebelah malam.

1-3 tahun : jumlah masa tidur (setiap hari) = 12-14 jam

Masa tidur tengah hari boleh dikurangkan menjadi 1-3½ jam. Bayi anda hendaklah tidur pada pukul 9 malam dan bangun pagi di antara pukul 6-8 pagi.

3-6 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 10-12 jam

Bergantung kepada anak anda, tidur siang mungkin tidak diperlukan. Sekiranya dia masih mahu/perlu tidur siang, biarkan dia tidur sekejap sahaja. Kekalkan waktu tidur malam/bangun pagi yang sama.

7-12 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 10-11 jam

Pada peringkat ini, pastikan anak anda tidur pada 9 malam, agar dia mendapat tidur secukupnya.

12-18 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 8-9 jam

Seperti kanak-kanak kecil, tidur juga adalah penting bagi remaja. Pastikan anak remaja anda tidur sekurangkurangnya 8-9 jam sehari untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraannya tidak terganggu.

Jangan abaikan tidurnya

Sebagai ibu bapa anda perlu sedar bahawa anak anda perlu tidur. Sekiranya anda mempunyai anak kecil, membantunya membentuk tabiat tidur yang baik adalah agak mencabar pada peringkat permulaan. Namun begitu, anda akan berpuas hati kerana meluangkan masa melakukan perkara yang betul memandangkan manfaat tidur akan terus dibawa ke alam dewasa. Kepentingan tidur yang mencukupi tidak harus diambil ringan.

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970