JANTUNG TERUS BERDEGUP DENGAN OMEGA-3 - Pengedar Shaklee Manjung

December 14, 2017

Salam sayang

Pastikanku BERDEGUP dengan Omega-3 

Hasil gambar untuk jantung

Perghh tajuk tak nak kalah drama yang dok viral sekarang ni Dekatkan Jarak Kita. Tapi ni bukan drama tau. Kak long nak kongsikan kenapa OMEGA 3 ni penting sangat untuk JANTUNG kita

Jantung, sebagai satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh kita, memerlukan nutrien tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh. Asid lemak Omega-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung.

Mengekalkan Profil Lipid yang Sihat

Profil lipid adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol, Kolesterol HDL (Kolesterol Baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliserida. Ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung. Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan:

- Meningkatkan paras kolesterol HDL (Kolesterol Baik). (1)
Hasil gambar untuk kolesterol jahat dan baik animasi
- Mengurangkan tahap trigliserida (iaitu Lemak dalam darah). (2)
- Merendahkan risiko penyakit jantung. (1,2)

Mengawal Tekanan Darah yang sihat

Hasil gambar untuk animasi tekanan darah

Semakin tinggi tekanan darah kita, semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya, penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat. (1,3)

Memelihara Saluran Darah daripada Tersumbat

Hasil gambar untuk saluran darah

Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana, jantung kita mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh. Omega-3 membantu:

- Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar. (1)
- Melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah.(3)

Memberikan Ritma Degupan Jantung yang Sihat

Hasil gambar untuk ritme jantung

Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung kita berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung.
Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa Omega-3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut (1)

Menyokong Peredaran Darah yang Sihat

Hasil gambar untuk darah

Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu, dan sel anda. Omega-3 membantu:

- Mengurangkan risiko pembekuan darah.(4)
- Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan saluran darah.(5)

Rujukan: 
1. Kris-Etherton PM, Harris WS, Appel LJ; American Heart Association. Nutrition Committee. Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids, and cardiovascular disease. Circulation. 2002;106:2747–2757 
2. Dietary supplementation with n-3 polyunsaturated fatty acids and vitamin E after myocardial infarction: results of the GISSI-Prevenzione trial. Gruppo Italiano per lo Studio della Sopravvivenza nell’Infarto miocardico. Lancet. 1999;354:447–455. 
3. Connor WE. Importance of n-3 fatty acids in health and disease. Am J Clin Nutr. 2000; 71 (1 Suppl): 171S–175S. 
4. Neil J. Stone. Fish Consumption, Fish Oil, Lipids, and Coronary Heart Disease. Journal of the American Heart Association. November 1, 1996, Volume 94, Issue 9 
5. Mohebi-Nejad A, Bikdeli B. Omega-3 Supplements and Cardiovascular Diseases. Tanaffos. 2014;13(1):6-14.

Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Jom share