Wednesday, December 6, 2017

JOM KENALI PROTEIN AGE - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Apakah AGE Protein

AGE merupakan singkatan dari Advanced Glycation End Products, zat ini dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat. AGEs berasal dari 2 sumber dari makanan yang kita makan dan boleh juga dikeluarkan oleh tubuh. Jika kita makan makanan dengan kadar gula tinggi (Glycemic index/indeks Glisemik yang tinggi), maka ia dapat memberikan petanda kemunculan AGE.

Pembentukan AGE dirangsang oleh komponen seperti

Stress
Penyakit
Kesakitan
Tidur yang tidak cukup
Gaya hidup yang tidak sihat (merokok)
Sinar matahari berlebihan

Selain itu, AGE berlebihan juga menjadi punca beberapa penyakit kronik

AGE Protein dan Penyakit

AGE Protein masih memerlukan banyak penyelidikan. Namun yang pasti pembentukan AGE menjadi lebih ketara apabila protein terdedah kepada gula. Oleh kerana pembentukan AGE mengambil masa yang lama, ia tidak sempat terkesan kepada protein yang jangka hayatnya lebih singkat.

Protein yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang seperti kolagen pada kulit, myelin dalam saraf, otak, mata, dan sel-sel telinga nampaknya terkesan disebabkan AGE. Ini kerana protein jenis ini berinteraksi secara semula jadi dengan lebih banyak gula dan untuk tempoh yang lebih lama menjadikan mereka lebih cenderung untuk menjalani proses glycation.

Image result for age protein


Bagaimana AGE boleh menyebabkan penyakit?

Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu akhirnya banyak penyakit tersekat dan terkumpul. 

Kesan protein AGE berlebihan menyebabkan penyakit seperti berikut:

i) Protein AGE berlebihan menyekat saluran jantung >>>  menyebabkan serangan jantung, darah tinggi dan strok

ii) Protein AGE berlebihan merencatkan fungsi pancreas >>> peningkatan kadar gula dalam darah >>> kesannya menyebabkan diabetes

iii) Protein AGE berlebihan mempercepatkan penuaan kulit >>> menyebabkan kulit berkedut dan kendur

Secara ringkasnya protein AGE menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. 
Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.


Berikut adalah beberapa kesan AGE berlebihan:
Diabetes jenis II

Kerosakan sel beta dalam pankreas. Pesakit kencing manis mempunyai lebih banyak gula dalam darah mereka yang membolehkan lebih banyak peluang kepada glycation berlaku
Kerosakan kolagen kulit

Sambungan silang protein kolagen menjadi kurang elastik dan lebih menyebabkan kulit cepat mengalami kedutan.
Kerosakan kepada sendi

Sambungan silang protein kolagen sekitar sendi juga menjadikan sendi kurang fleksibel dan tisu tulang lebih rapuh.

Penyakit kardiovaskular

AGE menjadikan permukaan LDL, “kolesterol jahat”, lebih kasar dan menyebabkannya ebih cenderung untuk melekat pada dinding arteri. Kerosakan kolagen dalam dinding saluran darah boleh menyebabkan tekanan darah meningkat atau melemahkan dinding yang boleh membawa kepada aneurisms.

Penyakit alzheimer

Protein amiloid yang menyebabkan penyakit Alzheimers, merupakan produk sampingan dari proses pembentukan AGE.

Sistem saraf

Jika AGE bertindak terus ke atas pelindung sel saraf, pelindung sel (myelin) akan merosot dan memperlahan inpuls saraf. Ini akan mengakibatkan kehilangan deria pendengaran dan penglihatan (juga masalah katarak).

Jadi kita dah tahu apa kesan kehadiran Protein AGE yang berlebihan kan. Dalam next entri, kaklong nak sharekan bagaimana Shaklee boleh membantu menghalang PROSES PENGHASILAN PROTEIN AGE ni. 

Teruskan membaca ye

Berminat menjadi ahli Shaklee atau/dan mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 

nuradhamansor@yahoo.com