POLIFENOL BERKESAN DALAM MENGEKALKAN PARAS GLUKOSA SIHAT DALAM DARAH - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Umum mengetahui yang POLIFENOL adalah salah satu antioksidan yang bagus untuk kita. Biasanya bila sebut antioksidan ni, orang akan nampak yang ia lebih bersifat anti-penuaan. Namun sebenarnya, fungsi POLIFENOL ni sangat luas tau.

POLIFENOL adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat di dalam sayuran dan buahan. Lazimnya POLIFENOL ni yang memberi warna kepada sayur atau buah yang mana ia turut berfungsi melindungi tumbuhan tersebut dari penyakit.

POLIFENOL banyak terdapat di dalam tumbuhan yang berwarna gelap seperti anggur dan kumpulan berry. Jumlah POLIFENOL yang tinggi biasanya pada bahagian kulit dan biji.


Dalam tubuh badan manusia, POLIFENOL memainkan peranan yang penting. POLIFENOL melindungi sel-sel dalam tubuh dari dirosakkan oleh radikal bebas. Salah satu fungsi penting POLIFENOL adalah mengekalkan tahap glukosa dalam darah pada paras yang sihat.

Tahap glukosa dalam darah bergantung kepada beberapa faktor seperti:

i) Jenis makanan yang kita ambil
ii) Jumlah makanan yang kita ambil (portion)
iii) Keefektifan penghasilan insulin oleh pankreas
iv) Keberkesanan insulin yang berada di dalam badan


Image result for glucose monitoring

Mengikut kajian klinikal terkini, POLIFENOL berkemungkinan mempunyai potensi untuk mengekalkan paras glukosa dalam darah pada paras yang sihat.

Dari kajian tersebut POLIFENOL berfungsi untuk:

i) Mengawalatur penyerapan glukosa
ii) Meningkatkan kepekaan insulin
iii) Merangsang rembesan insulin
iv) Meningkatkan proses penguraian glukosa.

Dengan pengambilan POLIFENOL yang konsisten, masalah berkaitan insulin dan glukosa dalam darah dapat dicegah dan dikawal dengan lebih baik.

Berminat menjadi ahli Shaklee atau/dan mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com