, ,

9 TIPS POTTY TRAINING WAKTU MALAM

Hai korang.

Harini kaklong nak kongsikan 9 tips POTTY TRAINING WAKTU MALAM. Kaklong perolehi TIPS ini dari buku 3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna karya Adlil Rajiah dan Najmi Haniffah


TIPS 1

Perhatikan rutin anak tidur waktu malam

Pemerhatian perlu dilakukan dengan melihat kekerapan anak kencing di diapers, waktu yang dia kerap kencing, apa faktor yang mendorong dia kencing di diapers.

Contohnya, mungkin jika minum susu 2 botol, anak akan kencing tengah malam. Atau jika pakai baju lengan panjang dan tak menyusu malam dia tak kencing. Atau buka kipas tak kencing tapi buka aircond akan kencing.

Ni semua kena diperhatikan sekurangnya 2 minggu. Nak kenalpasti ni mak ayah kenalah bangun dan periksa anak tu.

TIPS 2 

Persediaan alas tilam kalis air.

Terlajak kencing di atas tilam memang lumrah. Jadi sebelum mak ayah naik menyinga nak menyental tilam, apa kata sediakan dulu alas/ lapik tilam yang kalis air. 

Lebih mudah dibersihkan bukan?


TIPS 3

Galakkan anak membuang sebelum tidur.

Ni perkara utama yang biasanya mak ayah terlupa. Mula-mula mungkin agak sukar. Tapi lama kelamaan lebih mudah.

Sebenarnya ada kajian yang mengatakan anak lebih lena tidur jika pundi kencing mereka kosong.


TIPS 4

Kejut anak bangun pada waktu tertentu yang dia kerap kencing.

Hah yang ni kekadang mak ayah pun terlajak juga kan. Macam tips yang pertama tadi, lepas kita buat pemerhatian pada waktu bila anak kencing, jadi kali ni kita kejutkan mereka pula untuk ke tandas.

Jika perlu, boleh setkan alarm. Nanti dah biasa, anak tu sendiri akan bangun dan ke tandas.

TIPS 5

Jika anak masih menyusu botol, berikan mereka 2 jam sebelum tidur.

Eh kenapa pulak kena 2 jam. Diorang ni biasanya sebelum tidur tu nak nyonyot botol tu dulu. Ni sebabnya. Bila anak diberi minum susu dalam botol 2 jam sebelum tidur, mereka akan dilatih untuk kencing dulu.

Secara tak langsung, pundi kencing mereka dah kosong dan risiko untuk terkencing malam akan berkurang.


TIPS 6

Kurangkan kafein dalam diet anak.

Eh anak minum kopi ke sebelum tidur. Dah tentulah tidak. Tapi biasanya anak-anak ni akan minum air koko, coklat semua tu. Air koko dan coklat ni ada kandungan kafein sebenarnya.

Kafein bersifat diuretik. Ini akan menyebabkan badan kita mengeluarkan air lebih banyak. Jika si manja kita diberikan minuman berkafein sebelum tidur, boleh bayang tak apa yang bakal terjadi?

Lebih kerap kencing malam dan dalam kuantiti yang lebih banyak.


TIPS 7

Beli seluar dalam dan cadar kegemaran anak

Hah yang ni ada tricky sikit. Anak kecil bila suka sesuatu barang tu, diorang akan sangat sayang.

Kat sini ibu ayah kena main psikologi dengan berbual dengan anak. Bagitau mereka seluar dalam atau cadar kegemaran mereka ni kena sentiasa bersih. Tak boleh kotor kena kencing.

Kalau kena kotor atau terkencing, seluar atau cadar tu tak dapat dipakai lagi. Kena cuci dan keringkan. Lama kan nak tunggu. Jadi, diorang kena pastikan yang diorang takkan kencing dalam seluar atau atas cadar tu lagi


TIPS 8

Carta sticker dan ganjaran positif

Untuk yang ni kita boleh gunakan kalendar. Belikan sticker yang mereka suka dan bila hari mereka tak kencing malam, diorang boleh letak sticker tersebut pada kalendar.

Mungkin jika dalam masa seminggu hingga sebulan tu dia berjaya tak kencing malam, ibu ayah bolehlah fikirkan hadiah istimewa. Sekurangnya dia tahu usaha dia ni dihargai ibu dan ayah.

TIPS 9

Sabar dan konsisten.

Tips ni terpakai untuk ibu dan ayah. Biasanya untuk permulaan tu terkucil tu memang la jadi kan.

Ibu ayah kenalah banyakkkk sabar dan teruskan. Jangan dimarahi anak tu. Cuma mungkin boleh dikenakan denda ke macam tak boleh letak sticker, hanya main di dalam rumah untuk hari tersebut.

Dan esoknya teruskan misi seperti biasa.

Semoga tips di atas membantu ibu ayah kat luar sana untuk potty train anak mereka.





Share:
Read More

Pencuri Masa

Pencuri hati oppps pencuri masa
Seperti selalu, setiap pagi, kitorang dalam grup besar SHC akan terima amanat dari Master.
Tajuk ni tajuk pagi tadi. Pencuri Masa.

Image result for pencuri masa

Selalu tak kita beralasan yang kita TAK CUKUP MASA? Rasanya korang tau tak siapa yang CURI MASA korang tu?
Orang yang bisnes online ni, pencuri dia bukan orang lain tapi diri dia sendiri. Eh eh eh senangnya cakap.

Okay,meh kaklong sebutkan 3 perkara yang memang korang biasa je buat setiap hari. Tak sedar yang sebenarnya ia dah pun mengganggu produktiviti korang.

Image result for grup fb
a) Sejenis yang suka lepak kat grup-grup fb. Rasa tak best kalau tak lepak kat grup tu. Grup tu bagus dah. Tapi yang menjadi punca bila kita tak letakkan had masa selama mana nak duduk kat grup tu. Tu yang sedar tak sedar dok balas2 komen kat grup sampai berejam

Image result for berita viral
b) Sejenis yang suka baca berita viral sekali dengan komen. Wei, baca berita tu bagus dah. Tapi bab2 komen tu rasanya boleh je skip baca. Kekadang disebabkan komen2 tu jugalah dalam tak sedar kita terjebak dengan alfitnatun.
Lagi satu, kekadang berita kat medsos ni tajuk je gempak tapi isinya alahai. Lebih baiklah korang baca buku yang lebih membantu tingkatkan tahap pemikiran kita.

Image result for fb

c) Sejenis yang suka skrol fesbuk. Bagus sebab rajin komen dan like. Naikkan engagement katanya. Tapi post sendiri tak buat. Acaner tu. Adalah lebih baik kalau korang buat post korang siap2, pastu tetapkan masa gak berapa lama nak kita skrol.
Lebih banyak masa kita skrol fb tu, banyak la juga masa terbuang kan. Lebih baik korang buat ayat cair meleleh korang untuk pikat hati customer.

Jadi rasanya korang nak buat lagi tak mende ni? Jangan kata kaklong tak habaq naaaa


Kaklong
Cuba jadikan fesbuk tempat menyebarkan yang baik-baik sahaja
Share:
Read More

SOHO Kak Long - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 


Hari ni kaklong nak share pasal SOHO

Soho ni apa?

SoHo ni singkatan dari Small Office Home Office.  SOHO ni mula glemer sejak ada WAHM dan WAHD. Apa pulak tu ye. Bahasa Melayunya Ibu-yang-bekerja-dari-rumah atau Ayah-bekerja-dari-rumah.

Saje la nak share dengan korang semua SOHO kaklong kan.

SOHO yang simple tapi perlu ada beberapa peralatan macam computer atau laptop dan papan tulis/ notice board. Kalau ada meja khas lagi cun tapi kalau takde pun, bukanlah masalah besar. Macam kaklong, meja computer ni memang sejak dari awal bekerja lagi maka kuteruskan je lah guna selagi ia boleh digunakan

Kemudian, perlu ada ruangan khas lah kan.  Sebabnya kat situlah kita nak duduk membuat kerja dan focus pada kerja yang kita tengah buat tu. Tapi tak bermakna ruangan tu statik. Ada orang minggu ni sohonya di ruang tamu, minggu depan di bilik tidur, minggu lagi satu di dapur. Terserah pada keselesaan individu. 

Tapi kaklong personally suka bilik khas sebab senang nak buat filing, nak buat rujukan. Lepas tu mudah kan kaklong juga untuk mencari alat tulis (bab ni kalau mobile memang mudah cicir la kan).

Kat SOHO ni jugak, kaklong letak target kaklong dalam setahun, letak target bulanan. Tempat kaklong review pencapaian kaklong pada setiap bulan. Kat sini jugaklah rekod berkaitan bisnes kaklong simpan. Ada rak khas untuk fail dan juga buku.

Sebenarnya sejak masuk ke rumah baru, memang dah bagitau en suami yang kaklong nak 1 bilik khas. Bukan setakat SOHO tapi juga bilik aktiviti anak-anak. SOHO kaklong tak selalu kemas tau sebab faham-faham je lah kalau dah sebilik beraktiviti dengan anak-anak kan. Tapi di sinilah kebanyakan masa kaklong luangkan bersama mereka.

Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com


Share:
Read More

KENALI VITAMIN E SHAKLEE - Pengedar Shaklee Manjung



Wah kapsul apa ni?

Ini lah dia VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE

• Satu kapsul menyediakan 400IU vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.

65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.

39.4mg Ekstrak Biji Anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.


Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

BAHAN RAHSIA VITAMIN E - Pengedar Shaklee Manjung

Korang tau tak apa BAHAN RAHSIA dalam VITAMIN E SHAKLEE?





Nak tau apa dia? Ini dia minyak biji anggur.

Minyak biji anggur ni merupakan agen antioksidan yang sangat bagus. Ia berfungsi dalam mempercepatkan pertumbuhan sel kulit dan juga melembutkan kulit. Ia mempunyai kandungan asid linoleik yang tinggi.


Kalau korang perasan, ada sesetengah bahan kosmetik pun ada minyak biji anggur ni tau.

Minyak ini sangat bermanfaat dalam memperbaiki kulit rosak, kulit kasar, bermasalah atau kulit terbakar disebabkan pancaran matahari.

Nampak gayanya macam boleh buat sunscreen je kan hehehe. Sebab tu lah kalau siapa yang mengamalkan VITAMIN E ni ibarat dah ada pelindung sinar uv. Bukan setakat kat muka tapi seluruh badan. Best kan.

Ibu-ibu yang ada masalah tumit atau siku kasar, jom kita cuba. 

Manalah tahu, boleh buat testimony sendiri lepas ni

Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
,

MEALSHAKES PILIHAN ANAK - Pengedar Shaklee Manjung



Hari-hari ayam. Hari ni pun request lauk ayam juga.

Ibu ayah naik jemu. Maka menu hari ni ikan pari asam pedas.

Tumis sayur dan gorengkan telur dadar. Tempe goreng kalau ada penambah selera. Percikkan kicap manis dan masin berselang seli.

Yang request ayam tadi pun dah lupa perihal ayam. Maka jomlah makan berjemaah di dalam talam.

Selalu tak korang, ibu-ibu kat luar sana berhadapan dilema ni. Kalau ye, meh kita sep sikit hehehe.

Kaklong pun sama. Di rumah ni 2 item ni wajib ada, AYAM dan TELUR. 2 ni memang favourite anak-anak. Tapi sebenarnya cukup ke nutrien anak-anak kita kalau diorang ni jenis pemilih makan?

Tak cukup sebenarnya. Tapi mujurlah juga kaklong top up nutrien diorang ni dengan pengambilan MEALSHAKES SHAKLEE.

Mealshake ni biasanya diorang akan bancuh sendiri sebagai sarapan ataupun minum petang. Kekadang tu, saje je nak buat smoothies maka tambahlah ESP dan buah-buahan yang diorang suka.

Setakat ni, Alhamdulillah nampaknya diorang ni serasi dengan Mealshakes Shaklee. 

Kat rumah memang kena standby siap-siap 1 canister untuk diorang.

Ibu-ibu kat luar sana biasanya beri suplemen apa untuk anak-anak permata hati?

Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

SUSAH KE BERBISNES? - Pengedar Shaklee Manjung



Kalau ada yang kata susah nak buat part time, sebenarnya menjalani hidup dengan kesempitan lebih susah.

Ingat dulu masa kaklong masih bekerja, buat bisnes Shaklee ni memang part time.

Kerja kilang, selalu outstation. Ada masa balik ikut waktu yang ditetapkan, namun selalunya terlebih la dari masa sebenar.

Bila tiba kena audit ISO atau Food Safety atau Audit dari Pembeli Luar Negara maka kekadang santak ke malam sesorang buat kerja.

Tapi dek kerana masa tu aim untuk bebas hutang PTPTN tu lagi besar maka tak ku pedulikan itu semua. Waktu rehat lepas amik anak tadika, masuk semula ke kilang.

Tak amik waktu rehat macam orang lain sebab masa rehat ni gunakan internet dari telefon (lagi laju) untuk update blog dan fb (masa tu guna buffer). Buat scheduled post untuk 3 hari sekali.

Orang lain waktu rehat sempat tidur, kita waktu rehat berpeluh ketiak beratur di poslaju.

Petang amik anak yang sekolah rendah terus pergi COD barang. Kekadang sampai rumah dah maghrib.

Tapi satu kepuasan bila dapat tahu customer serasi dengan produk yang kita jual, income yang kita dapat mampu menutup lubang hutang silam.

Memang puas dan kepuasan itulah yang membuatkan kaklong tak toleh ke belakang bila keadaan meminta untuk kaklong memilih. Ye, memilih untuk meneruskan kerjaya sebagai Teknologis Makanan atau menjadi suri rumah yang bekerja dari rumah.

Cabaran memang banyak. Duduk bekerja di rumah ni pun besar cabarannya. Tapi kita ada Allah kan. Mohon padaNya agar dipermudahkan urusan dan dilancarkan urusan. Allah majikan teragung kita.

Kaklong doakan jika ada ibu-ibu yang di luar sana yang berniat untuk bekerja dari rumah, moga niat kalian Allah makbulkan. Jangan gusar kerana Allah sebaik-baik perancang.

Kaklong
Ibu anak 4
Masih bertatih dalam dunia bisnes

#CeritaKakLong

Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

KEBAYA MERAH GIMIK SEMATA

Salam sayang 

Sepanjang minggu lepas viral pasal kebaya merah ni.

Kaklong salah seorang yang terkena lah tu.

Kisahnya, kawan sekolah kaklong hantar mesej dalam grup wasap kami. Dia hantar masa tu dalam jam 11 malam kalau tak silap

Biasanya kaklong ni bukanlah orang yang rajin nak download video ke gambar yang dihantar. Sebabnya malas nak delete bila handphone dah berat nanti kan.

Tapi nak dijadikan cerita, masa tu dah nak tidur dah (semua dah tidur - anak-anak dan suami). Lebih kurang jam 1 pagi gitu. Mata kaklong pulak tak mau nak lelap. Sambil scroll wasap tu nampak la video ni dan terrajin la pulak nak download.

Hasil carian imej untuk kebaya merah

Sekali tengok tak faham sebab masa tu handphone dalam mode silent. Tak puas hati, kaklong buka suara dan tengok semula. Hah memang menempah la kan.

Lepas tengok tu, terus meremang jadinya. Hahaha yang paling tak menahan tu kan, kaklong sanggup tidur menyelit kat anak-anak. Esoknya, encik suami membahan je lah. Hmmmmmm

Tu lah, sape suruh download benda bukan-bukan. Memang pengajaran betul lah.

Rupa-rupanya video tu gimik promosi filem ye. Hmmm terkono la den nampaknya.

Kaklong biasa je tengok cerita hantu tapi biasanya tengok ramai-ramai jadi aura takut tu dah berbagi sorang sikit.

So pengajarannya, sebelum tidur bacalah benda elok-elok sikit bukannya membelek handphone tak berkesudahan kan.


Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
,

NAK TURUN KOLESTEROL, MAKAN VITAMIN APA? - Pengedar Shaklee Manjung

Baru-baru ni seorang sahabat lama kaklong ada mesej.

Katanya baru je lepas buat rutin medical check up. Ye lah orang baya kaklong yang di ambang 40 an kenalah rajin buat medical check up kan.

So far katanya dia memang takde apa-apa sakit. Sekadar letih dan penat tu je la.

Cuma bila dia tengok result medical check up tu, nampak bacaan kolesterol jahat ni agak tinggi. Kawan kaklong ni orangnya kecil molek je. Bila dia bagitau yang bacaan kolesterol jahat ni tinggi, agak terkejut lah jugak kan.

Betul la, kurus jangan disangka sihat, gempal jangan disangka banyak penyakit.

Jadi doktor cadangkan untuk dia amik Omega 3. So mula-mula tu memang dia dah decide nak amik OMEGA GUARD SHAKLEE.

Ye lah salah satu fungsi OMEGA GUARD Shaklee ni ialah menghalang penyerapan kolesterol dan pada masa yang sama menurunkan bacaan kolesterol jahat ni tadi.

Tapi kaklong cadangkan untuk dia ambil PHYTOCOL-ST dan juga Omega Guard.



Kenapa?

Sebabnya, Phytocol-ST ni memang dirumus khas untuk bertindak mengurangkan kolesterol jahat yang berkumpul dalam salur darah. Memang pengambilan Phytocol-ST bertujuan menyingkirkan kolesterol jahat tu tadi.

Dalam Phytocol-ST ada sterol dan stanol dari tumbuhan yang membantu aktiviti penyingkiran kolesterol ni tadi

Jadi, untuk menurunkan bacaan kolesterol jahat tu dan pada masa yang sama untuk mencegah daripada ia meningkat, maka kedua-dua pasangan ini wajib diambil.

Pasangan yang dimaksudkan adalah PHYTOCOL-ST dan OMEGA GUARD.


Jadi korang yang kat luar sana, jika bacaan kolesterol jahat aka LDL tu tinggi, meh la cuba amalkan PHYTOCOL-ST dan OMEGA GUARD ni. 

PHYTOCOL-ST dan OMEGA GUARD

sangat dicadangkan untuk mereka yang berKOLESTEROL TINGGI!





Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?


Hubungi


Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

VITAMIN HOTSALE - Pengedar Shaklee Manjung

Hari ni kaklong nak kongsikan apa vitamin yang paling banyak kaklong jual dan paling ramai peminat di kalangan customer kaklong


Ye inilah HOTSALE kaklong setiap bulan. 

Kebiasaannya 2 dozen dah pasti setiap bulan. 

Kenapa OMEGA GUARD jadi pilihan customer kaklong?

1) Sesuai diambil seisi keluarga
Omega Guard ni boleh diambil dari kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas sehinggalah warga emas. Jadi beli 1 jenis vitamin untuk sekeluarga. Mudah kan.

2) Omega bagus untuk masalah sendi
Kebanyakan mereka yang bekerja pasti ada masalah lenguh dan sendi kan. Ye lah kekadang tu berjalan banyak atau duduk menghadap komputer sepanjang hari pun pinggang dan lutut boleh sakit. Omega membantu meredakan sakit pinggang dan lutut yang susah nak bergerak.

3) Omega membantu daya ingatan
Hah, yang ni pun salah satu sebab kenapa Omega ni hotsale. Ramai ibu ayah yang beli Omega ni untuk anak mereka. Malah ia turut menjadi kegemaran ibu-ibu yang hamil.
Kandunga DHA dan EPA serta Omega 3 dalam omega Guard ni membantu meningkatkan daya ingatan anak-anak. Malah ia menggalakkan sel-sel otak saling berhubung. 

So rasanya ada tak perasaan nak mencuba Omega Guard ni?


Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?


Hubungi


Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com

Share:
Read More

YOUTH SKINCARE 100% VEGAN - Pengedar Shaklee Manjung



Pertama sekali, mesti ada yang  tertanya apa itu VEGAN.

VEGAN membawa maksud sumber tumbuh-tumbuhan sahaja. Ini bermakna dalam set penjagaan kulit YOUTH ni hanya menggunakan bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Apa bahan dalam YOUTH ni ye?



MUSCADINE GRAPE

Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.



LOTUS JAPONICUS

YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.


APPLE STEM CELL EXTRACT

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.



SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.



VITAL REPAIR+® COMPLEX

Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat. 


Yang mana berminat nak merisik cik YOUTH ni bolehlah contact kaklong ye
Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

KEISTIMEWAAN YOUTH - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 


YOUTH mempunyai keistimewaan yang berikut:

⥤ 100% Vegan
⥤ Bahan Semulajadi
⥤ Bebas 1500 bahan kimia berbahaya
⥤ Hipoalergenik
⥤ Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)
⥤ Diuji oleh ahli Dermatologi
⥤ Diuji oleh ahli Oftalmologi
⥤ Revolusi kuasa Botanikal


Yang mana berminat nak merisik cik YOUTH ni bolehlah contact kaklong ye

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

TENTANG YOUTH - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Sana sini orang heboh pasal YOUTH ni.

Mula diperkenalkan semasa BLNC yang berlangsung pada Februari lepas. Yang ni hanya leader yang layak sahaja yang dapat hadir.

Kisahnya, kaklong pun dapat jemputan namun bertembung la pulak dengan tarikh check up Anas di Ipoh. Maka hasrat terpendam begitu je lah.


Hah, inilah dia SET YOUTH yang menjadi igauan ramai. Bukan sahaja yang wanita tau u olls, malah lelaki macho kat luar sana pun tak melepaskan peluang untuk membeli YOUTH ni.

YOUTH ni adalah hasil kajian selama 8 tahun para researcher di Shaklee.

Ini adalah untuk memastikan ia bukan sahaja selamat digunakan, malah ia telah dibuktikan secara klinikal 100% yang ia berkesan.

Yang bestnya lagi kan, YOUTH ni adalah 100% vegan yang mana hanya menggunakan sumber dari tumbuhan sahaja. Dan yang paling penting YOUTH selamat dari 1500 bahan kimia yang berbahaya.


Stok buat masa sekarang memang dah licin. Tapi kaklong buka je untuk pre-order.

In shaa Allah hujung bulan April 2018, stok baru akan datang. So yang mana memang dah berhajat tu meh submit nama pada kaklong. Nanti kaklong rebutkan untuk u olls ok.

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
,

INGIN MENDAPATKAN VITAMIN SHAKLEE DI MANJUNG DAN SEKITAR? - Pengedar Shaklee Manjung


Alhamdullillah tanpa sedar Shaklee inilah bisnes yang mudah kaklong buat selama beberapa tahun kebelakangan ini. Sejak dari kaklong masih bekerja sehinggalah sekarang bergelar ibu bekerja dari rumah.

Kaklong menyediakan beberapa produk 'hot item' seperti ESP Shaklee, vitamin kecantikan seperti Vitamin C dan Vitamin E , Vivix Shaklee, Nutriferon dan beberapa vitamin laku keras lagi yang memang sentiasa dicari oleh pengamal supplement.



Kaklong adalah Pengedar Bebas Shaklee di Manjung, Perak dan saya merupakan bisnes partner leader kaklong yang lebih dikenali dengan nama Norita Idris atau Kak N. Blog Kak N menjadi rujukan ramai pengedar Shaklee dan juga pengamal supplement termasuklah kaklong.





Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee kawasan Sitiawan, Manjung dan Lumut atau ingin menjadi ahli Shaklee boleh hubungi kaklong di talian di bawah ye.

Jangan risau, kaklong turut mencari bisnes partner dari negeri lain untuk bersama berkembang dan berjaya. Adakah anda orang yang kaklong cari? 


Nur Adha @ Kak Long Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 019-7987970

Share:
Read More
,

WAHM - Pengakuan Kaklong - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Hasil carian imej untuk wahm

Masuk tahun 2018 ni nampaknya belum ada bahan baru dari kaklong ye.

Maaf ye korang sebab terfokus pada urusan yang lain.

In shaa Allah lepas ni kaklong akan kembali konsisten menulis di sini ye.

Januari 2017 genap lah setahun kaklong bergelar WAHM atau bahasa biasanya suri rumah yang bekerja dari rumah.

Satu title yang menjadi impian sejak 2014 lagi.

Bukan mudah pun sebenarnya nak ambik keputusan besar ni. kalau tak takkan amik masa bertahun kan.

Masa di awal letak WAHM sebagai impian memang rasa tak percaya pada diri sendiri. Letak WAHM sebab tengok kekawan dalam Shaklee masa tu ramai yang letak target yang sama. So kiranya tahun 2014 tu kaklong letak sekadar ikut trend la.

Kemudian, bila dah masuk 2015 kaklong dah mula nampak keperluan untuk kaklong bergelar WAHM. 2015 tahun yang sangat bizi buat kaklong. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada kerja outstation. Tambahan pula, masa tu ada masalah dalaman di kilang dan kaklong kena ambik alih tugas seseorang. Jadi memang terasa sangat tekanan.

Pernah je kaklong hantar surat resign pada 2015 namun disebabkan beberapa sebab yang agak munasabah ketika itu, surat kaklong ditolak dan kaklong redha je untuk menyambung perkhidmatan.

Namun, doa dan rayuan kaklong kepada Allah Yang Maha Pengatur sentiasa kaklong titipkan. Minta dilorongkan ke arah kebaikan bukan sekadar keluarga malah untuk agama pada masa kini hingga ke akhir hayat.

2016, Allah memudahkan perjalanan kaklong menuju ke WAHM. Alhamdulillah, segala hutang piutang pinjaman peribadi dapat dilangsaikan. Dan sekarang hanya menanggung hutang rumah sahaja.

Pertengahan 2017, bila kaklong dah mula rasa bahang bisnes. Perghhh tak mudah beb, tak mudah. Namun Allah kurniakan kaklong seorang suami yang sentiasa menyokong dan anak-anak yang selalu mendoakan kejayaan kaklong.

Kini 2018, kaklong kembali bangkit dan in shaa Allah tahun 2018 akan membuka lebih banyak pintu ilmu dan pintu kejayaan. Ye, konon dulu rasa ilmu dah penuh di dada. Rupanya zaman online zaman serba pantas. Lambat dan malas memang ketinggalan.

So korang, kalau korang dah mula berbisnes walaupun sekadar dropshipper, teruskan melangkah. Jangan pandang belakang lagi. Kita tak tahu di mana kejayaan kita jika kita tak bermula.

Stay strong. Upgrade ilmu dan Gandakan Tindakan.


Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?


Hubungi


Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 

nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More