WAHM - Pengakuan Kaklong - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Hasil carian imej untuk wahm

Masuk tahun 2018 ni nampaknya belum ada bahan baru dari kaklong ye.

Maaf ye korang sebab terfokus pada urusan yang lain.

In shaa Allah lepas ni kaklong akan kembali konsisten menulis di sini ye.

Januari 2017 genap lah setahun kaklong bergelar WAHM atau bahasa biasanya suri rumah yang bekerja dari rumah.

Satu title yang menjadi impian sejak 2014 lagi.

Bukan mudah pun sebenarnya nak ambik keputusan besar ni. kalau tak takkan amik masa bertahun kan.

Masa di awal letak WAHM sebagai impian memang rasa tak percaya pada diri sendiri. Letak WAHM sebab tengok kekawan dalam Shaklee masa tu ramai yang letak target yang sama. So kiranya tahun 2014 tu kaklong letak sekadar ikut trend la.

Kemudian, bila dah masuk 2015 kaklong dah mula nampak keperluan untuk kaklong bergelar WAHM. 2015 tahun yang sangat bizi buat kaklong. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada kerja outstation. Tambahan pula, masa tu ada masalah dalaman di kilang dan kaklong kena ambik alih tugas seseorang. Jadi memang terasa sangat tekanan.

Pernah je kaklong hantar surat resign pada 2015 namun disebabkan beberapa sebab yang agak munasabah ketika itu, surat kaklong ditolak dan kaklong redha je untuk menyambung perkhidmatan.

Namun, doa dan rayuan kaklong kepada Allah Yang Maha Pengatur sentiasa kaklong titipkan. Minta dilorongkan ke arah kebaikan bukan sekadar keluarga malah untuk agama pada masa kini hingga ke akhir hayat.

2016, Allah memudahkan perjalanan kaklong menuju ke WAHM. Alhamdulillah, segala hutang piutang pinjaman peribadi dapat dilangsaikan. Dan sekarang hanya menanggung hutang rumah sahaja.

Pertengahan 2017, bila kaklong dah mula rasa bahang bisnes. Perghhh tak mudah beb, tak mudah. Namun Allah kurniakan kaklong seorang suami yang sentiasa menyokong dan anak-anak yang selalu mendoakan kejayaan kaklong.

Kini 2018, kaklong kembali bangkit dan in shaa Allah tahun 2018 akan membuka lebih banyak pintu ilmu dan pintu kejayaan. Ye, konon dulu rasa ilmu dah penuh di dada. Rupanya zaman online zaman serba pantas. Lambat dan malas memang ketinggalan.

So korang, kalau korang dah mula berbisnes walaupun sekadar dropshipper, teruskan melangkah. Jangan pandang belakang lagi. Kita tak tahu di mana kejayaan kita jika kita tak bermula.

Stay strong. Upgrade ilmu dan Gandakan Tindakan.


Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?


Hubungi


Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 

nuradhamansor@yahoo.com

Popular posts from this blog

VIVIX untuk SUAMI

Untuk Renungan

Kerusi Urut OGAWA