KEBAYA MERAH GIMIK SEMATA

April 05, 2018

Salam sayang 

Sepanjang minggu lepas viral pasal kebaya merah ni.

Kaklong salah seorang yang terkena lah tu.

Kisahnya, kawan sekolah kaklong hantar mesej dalam grup wasap kami. Dia hantar masa tu dalam jam 11 malam kalau tak silap

Biasanya kaklong ni bukanlah orang yang rajin nak download video ke gambar yang dihantar. Sebabnya malas nak delete bila handphone dah berat nanti kan.

Tapi nak dijadikan cerita, masa tu dah nak tidur dah (semua dah tidur - anak-anak dan suami). Lebih kurang jam 1 pagi gitu. Mata kaklong pulak tak mau nak lelap. Sambil scroll wasap tu nampak la video ni dan terrajin la pulak nak download.

Hasil carian imej untuk kebaya merah

Sekali tengok tak faham sebab masa tu handphone dalam mode silent. Tak puas hati, kaklong buka suara dan tengok semula. Hah memang menempah la kan.

Lepas tengok tu, terus meremang jadinya. Hahaha yang paling tak menahan tu kan, kaklong sanggup tidur menyelit kat anak-anak. Esoknya, encik suami membahan je lah. Hmmmmmm

Tu lah, sape suruh download benda bukan-bukan. Memang pengajaran betul lah.

Rupa-rupanya video tu gimik promosi filem ye. Hmmm terkono la den nampaknya.

Kaklong biasa je tengok cerita hantu tapi biasanya tengok ramai-ramai jadi aura takut tu dah berbagi sorang sikit.

So pengajarannya, sebelum tidur bacalah benda elok-elok sikit bukannya membelek handphone tak berkesudahan kan.


Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Jom share