SOHO Kak Long - Pengedar Shaklee Manjung

April 19, 2018

Salam sayang 


Hari ni kaklong nak share pasal SOHO

Soho ni apa?

SoHo ni singkatan dari Small Office Home Office.  SOHO ni mula glemer sejak ada WAHM dan WAHD. Apa pulak tu ye. Bahasa Melayunya Ibu-yang-bekerja-dari-rumah atau Ayah-bekerja-dari-rumah.

Saje la nak share dengan korang semua SOHO kaklong kan.

SOHO yang simple tapi perlu ada beberapa peralatan macam computer atau laptop dan papan tulis/ notice board. Kalau ada meja khas lagi cun tapi kalau takde pun, bukanlah masalah besar. Macam kaklong, meja computer ni memang sejak dari awal bekerja lagi maka kuteruskan je lah guna selagi ia boleh digunakan

Kemudian, perlu ada ruangan khas lah kan.  Sebabnya kat situlah kita nak duduk membuat kerja dan focus pada kerja yang kita tengah buat tu. Tapi tak bermakna ruangan tu statik. Ada orang minggu ni sohonya di ruang tamu, minggu depan di bilik tidur, minggu lagi satu di dapur. Terserah pada keselesaan individu. 

Tapi kaklong personally suka bilik khas sebab senang nak buat filing, nak buat rujukan. Lepas tu mudah kan kaklong juga untuk mencari alat tulis (bab ni kalau mobile memang mudah cicir la kan).

Kat SOHO ni jugak, kaklong letak target kaklong dalam setahun, letak target bulanan. Tempat kaklong review pencapaian kaklong pada setiap bulan. Kat sini jugaklah rekod berkaitan bisnes kaklong simpan. Ada rak khas untuk fail dan juga buku.

Sebenarnya sejak masuk ke rumah baru, memang dah bagitau en suami yang kaklong nak 1 bilik khas. Bukan setakat SOHO tapi juga bilik aktiviti anak-anak. SOHO kaklong tak selalu kemas tau sebab faham-faham je lah kalau dah sebilik beraktiviti dengan anak-anak kan. Tapi di sinilah kebanyakan masa kaklong luangkan bersama mereka.

Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com


You Might Also Like

0 comments

Jom share