SUSAH KE BERBISNES? - Pengedar Shaklee Manjung

April 06, 2018



Kalau ada yang kata susah nak buat part time, sebenarnya menjalani hidup dengan kesempitan lebih susah.

Ingat dulu masa kaklong masih bekerja, buat bisnes Shaklee ni memang part time.

Kerja kilang, selalu outstation. Ada masa balik ikut waktu yang ditetapkan, namun selalunya terlebih la dari masa sebenar.

Bila tiba kena audit ISO atau Food Safety atau Audit dari Pembeli Luar Negara maka kekadang santak ke malam sesorang buat kerja.

Tapi dek kerana masa tu aim untuk bebas hutang PTPTN tu lagi besar maka tak ku pedulikan itu semua. Waktu rehat lepas amik anak tadika, masuk semula ke kilang.

Tak amik waktu rehat macam orang lain sebab masa rehat ni gunakan internet dari telefon (lagi laju) untuk update blog dan fb (masa tu guna buffer). Buat scheduled post untuk 3 hari sekali.

Orang lain waktu rehat sempat tidur, kita waktu rehat berpeluh ketiak beratur di poslaju.

Petang amik anak yang sekolah rendah terus pergi COD barang. Kekadang sampai rumah dah maghrib.

Tapi satu kepuasan bila dapat tahu customer serasi dengan produk yang kita jual, income yang kita dapat mampu menutup lubang hutang silam.

Memang puas dan kepuasan itulah yang membuatkan kaklong tak toleh ke belakang bila keadaan meminta untuk kaklong memilih. Ye, memilih untuk meneruskan kerjaya sebagai Teknologis Makanan atau menjadi suri rumah yang bekerja dari rumah.

Cabaran memang banyak. Duduk bekerja di rumah ni pun besar cabarannya. Tapi kita ada Allah kan. Mohon padaNya agar dipermudahkan urusan dan dilancarkan urusan. Allah majikan teragung kita.

Kaklong doakan jika ada ibu-ibu yang di luar sana yang berniat untuk bekerja dari rumah, moga niat kalian Allah makbulkan. Jangan gusar kerana Allah sebaik-baik perancang.

Kaklong
Ibu anak 4
Masih bertatih dalam dunia bisnes

#CeritaKakLong

Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Jom share