, , , , ,

SEMBELIT - MASALAH KEBANYAKAN ORANG TERMASUK BAYI


Dalam seminggu berapa kerap agaknya kalian membuang air besar? Setiap hari? Jika jawapannya setiap hari maka kalian boleh dikategorikan sebagai mereka yang mempunyai usus yang sihat.



Setiap hari kita pasti akan makan sekurangnya 3 kali sehari dan minum air sekurangnya 2 liter. Makanan dan minuman ini akan diproses dan dicernakan di dalam usus kecil kita. Fungsi usus besar pula ialah menyerap semua bahan yang ada di dalam usus terutama air. Dalam sehari, usus besar menyerap kira-kira sembilan hingga 10 liter air bersama makanan pepejal dan sebagainya yang sudah dicernakan.

Daripada jumlah keseluruhan makanan dan minuman yang diambil, 90 hingga 95 peratus air diserap oleh usus besar dan yang tinggal akan keluar sebagai najis iaitu kira-kira 100 hingga 200 gram setiap hari. Najis biasanya terdiri dari serat atau fiber yang tidak boleh diproses serta bahan-bahan asing lain yang tidak dapat diserap oleh badan.


Menurut Pakar Runding Perubatan Gastroenterologi dan Hepatologi Pusat Perubatan Tropicana Dr P Rajesh Kumar, setiap individu perlu faham tabiat buang air besar yang normal atau sebaliknya dan ia berbeza bagi setiap individu.

Kekerapan membuang air besar


“Kekerapan tabiat membuang air besar yang normal adalah kurang daripada tiga kali dalam sehari atau lebih tiga kali dalam seminggu. Jika tabiat buang air besar berlaku kurang daripada tiga kali seminggu, ia boleh dikategorikan sebagai sembelit dan lebih tiga kali sehari dianggap cirit-birit."

Keadaan najis



“Selain itu, najis yang normal pula berbentuk sosej manakala ia dikeluarkan dalam tekstur yang lembut seperti mentega kacang,” katanya.

Warna najis yang normal pula ialah daripada coklat kepada kuning keemasan. Kita boleh mendapati gejala tidak normal apabila najis bertukar warna kepada hitam atau hijau.

Najis berwarna hitam seperti rambut kebiasaannya mengandungi darah jika hijau bermaksud ada kuman. Namun, tidak semestinya najis berwarna hijau itu tidak normal kerana ada kalanya ia berlaku apabila individu itu banyak makan sayur.

Jadi kita dah jelas dengan kekerapan yang sebaiknya kita perlu membuang air besar. Serta bagaimana keadaan najis yang dianggap "sihat". Perkara ini mungkin agak menjijikan namun ia sangat penting kerana ia boleh mengganggu kualiti hidup kita.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
, , , , ,

BALM SLEEPTIME - UNTUK ANAK SUSAH TIDUR DAN TAK LENA



Bayi memerlukan tidur yang mencukupi dan berkualiti untuk sentiasa berasa sihat dan gembira. Anak-anak yang tidak cukup tidur akan sentiasa meragam dan serba tidak kena. Ibu-ibu juga akan keletihan demi melayan kerenah anak.

Sleep time membantu masalah anak-anak yang ada masalah tidur sekejap-kejap, tidur mudah terjaga. Bantu anak tidur lebih lena dan bangun dengan mood ceria.

Di Tasneem Naturel kami hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi dalam penghasilan balm. Dengan ini, ia selamat digunakan untuk bayi dan juga seisi keluarga.

Bagaimana Sleeptime Balm membantu anak tidur lena?

Setiap unit sleep time balm mempunyai pati minyak


Cedarwood


Minyak pati Cedarwood adalah antara bahan yang terkandung di dalam Balm SleepTime dari Tasneem Naturel.

Apa fungsinya? Ia membantu merangsang dan seterusnya meningkatkan hormon tidur yang terdapat di dalam tubuh badan kita. Hormon tersebut dipanggil ‘melatonin’. Apabila tingkat hormon melatonin ini semakin banyak, ia menyebabkan rasa mengantuk dan seterusnya membuatkan kita tidur

Ylang ylang




Minyak pati Ylang ylang atau bunga kenanga dalam balm sleeptime berfungsi untuk mengawal tekanan darah, mengawal corak pernafasan dan mengurangkan adrenalin iaitu rasa bimbang, marah dan takut.

Ia sesuai untuk memudahkan tidur dan mendapatkan tidur yang lebih nyenyak.

Zaman dulu (masa tok nenek kita la kan) ylang ylang ni biasa digunakan untuk menghias tempat tidur pengantin baru pada malam pernikahan. Malah kalau dah lama  kahwin pun, ia memberi bau yang menyegarkan dan wangi. Aromanya mampu memberi rasa tenang dan kekal positif.



Bergamot

Bergamot ni sejenis tumbuhan dari keluarga citrus, keluarga limau lah senang cerita. Tumbuhan citrus ni ada banyak jenis. Bergamot ni asalnya dari Italy, buahnya bulat lebar sedikit.Bahagian kulitnya yang akan diambil untuk dijadikan minyak pati atau essential oil.

Bergamot mempunyai bahan aktif limonene yang bersifat antiviral dan membantu menyokong fungsi hormon tenang di dalam badan. Ia boleh menenangkan otot. Dan aroma bergamot yang segar boleh menenangkan kita.

Setiap jenis pati minyak yang terdapat dalam balm mempunyai fungsi yang tersendiri dalam membantu anak supaya mendapat tidur yang lena dan bangun dalam mood yang ceria.



Cara pemakaian Balm Sleeptime. Hanya sapuan nipis sahaja. Tau tak 1 balm boleh bertahan lebih 3 bulan. Sangat menjimatkan.

Di bawah ni kaklong berikan  testimoni pengguna yang telah menggunakan Balm Sleeptime ini


" Alhamdulillah, baby dah ok tidur malam. Cuma bangun bila lapar dan pampers penuh je. Lega ibu boleh tidur malam. Kalau tak, memng tak boleh tidur langsung. Sampai tekanan darah naik. Gara-gara baby tak mau tidur.
Lepas sapu Balm Tasneem. Baby tidur lena ja."
Puan shila.
Penang.



KALAU DULU TIDUR HANYA 10 MINIT, KINI 3 JAM!
"Lena hari ni anak tidur. Biasa anak taknak tidur siang. Kalau tidur pun 10 minit je. Lepas sapu Sleep balm, anak tidur 3 jam! Alhamdulillah"
- Pengguna SleepTime balm, Malaysia

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
, , , , ,

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL


Biasakan dengan "ANAK NAKAL".

Pada kak long, kanak-kanak yang nakal adalah mereka yang kreatif dan bijak. Tapi adakala kenakalan mereka menyebabkan ibu atau ayah mula "naik angin". Jadi Kak long nak kongsikan beberapa tips untuk menangani anak-anak yang nakal ni




Tips 1 ~ Pergi ke arah mereka

Biasanya kita cenderung untuk menjerit jika kita ternampak mereka melakukan perkara yang salah. Apa kata kita ubah dengan bergerak ke arah mereka, bercakap-cakap dengan lembut dan memberitahu perkara yang mereka lakukan adalah satu kesalaha

Tips 2 ~ Selalu mengulang nasihat

Lazimnya kita beri nasihat jika dah buat salah... Bila jadi macam ni, ia disalah anggap sebagai membebel. Jadi selepas ini, sentiasa menasihati mereka walaupun ketika mereka sedang bergembira. Malah ia lebih baik kerana lebih mudah diterima dan dipatuhi


Tips 3 ~ Bercerita

Selalu bercerita dengan anak-anak, terutamanya kisah-kisah teladan mampu membuat mereka berfikir dan mengurangkan darjah kenakalan mereka

Tips 4 ~ Sentiasa berwudhuk dan berdoa

Ajar anak-anak agar sentiasa dekat dengan Allah, Maha Pencipta. Ibu bapa haru sentiasa berdoa agar diberi kemudahan dalam mendidik anak-anak. Amalkan ayat pelembut hati atau zikir Ya Latif setiap hari agar anak mudah menerima nasihat dan mendengar cakap

Tips 5 ~ Mohon bantuan pihak ketiga

Jika di sekolah, mintalah bantuan dari guru. Jika di rumah dan kemarahan tidak dapat dikawal, mohon bantuan suami atau pembantu rumah. Jika tiada, ambil masa untuk menyejukkan diri.

Tips 6 ~ Ambil masa sendiri dan gunakan Balm Calmtime

Adakalanya ibu atau ayah sangat marah dan merasa geram dengan kelakuan anak. Maka jalan terbaik adalah untuk menyendiri. Menyendiri untuk meredakan marah dan geram tadi. Sambil menyendiri, boleh sapukan Balm Calmtime pada titik nadi. Minyak pati tumbuhan dalam Calmtime mampu memberi ketenangan dan secara tak langsung, ibu dan ayah akan lebih cool dan rasional bila berhadapan dengan anak-anak.

Jadi harapnya dengan perubahan yang kita ibu bapa ni lakukan, akan mengurangkan kenakalan anak-anak kita semua. Walau apapun, perjalanan mendidik anak-anak ni memang perlukan kesabaran. In shaa Allah anak-anak adalah pelaburan akhirat terbaik buat kita.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.




Share:
Read More
, , , , , , ,

IKHTIAR SELAIN UBAT UNTUK ANAK YANG SAKIT

Salam sayang 



Pagi Jumaat lepas, masa kak long bawa si kecil Hana ke klinik ( demam selsema) ramai sungguh ibu bapa yang membawa anak-anak mereka. Dari sekecil bayi hinggalah yang berusia 12 tahun. Kebanyakan daripada mereka menghidapi demam, batuk dan selesema.

Kak long suka nak kongsikan apa yang boleh kita ibu bapa lakukan ketika anak-anak kita sakit selain dari berjumpa doktor.



i) Antara petua atau pesanan yang pernah guru kak long berikan adalah dengan bersedekah atas nama si anak yang sakit itu. Hikmah bersedekah ni kan salah satunya adalah membentengkan diri dari segala macam kecelakaan, jadi semoga dengan niat sedekah itu, kesihatan anak kita bertambah baik



ii) Membaca dan mensedekahkan Surah Yaasiin serta Al-Waqiah buat mereka. Dengan bacaan surah-surah ini, ia membantu meniupkan semangat yang positif kepada roh kita sekaligus ia membantu dalam menentang/ melawan sakit yang mereka hadapi



iii) Membuat solat hajat untuk mereka. Doa ibu dan ayah terutamanya ibu adalah doa yang tiada hijabnya. Jadi walaupun hanya sekadar demam, tak salahkan kita buatkan solat hajat untuk mereka



iv) Inilah antara apa yang kak long buat. Ubat doktor serta vitamin tetap kak long berikan. Dan sekarang kaklong turut menggunakan Balm CF Rub jika anak demam, batuk dan selsema. Dengan kandungan minyak pati tumbuhan yang bersesuaian dengan dos anak-anak, ia membantu mengurangkan masalah demam, batuk dan selsema itu tadi.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.


Share:
Read More
, , ,

TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF



Harta yang dimakan makin lama pasti makin menyusut. Tapi bila diniatkan atas sedekah, in shaa Allah lebih menyubur dan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Hidup kita tak lama mana pun kat atas bumi ini. Hanya sedekah jariah yang jadi talian hayat kelak di alam barzah.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” ( Surah Al Hadid – Ayat 18)

Pagi ni kaklong nak kongsikan 11 tips yang kreatif untuk bersedekah. Tips ni kaklong perolehi dari zayan.com. Jom baca dan amalkan.


1. Letakkan ditingkap rumah segelas air atau makanan untuk burung-burung yang datang hinggap dan letakkan nasi bersama ikan serta air untuk kucing-kucing yang datang akan makan.

2.Apabila dapat gaji pada awal bulan, asingkan duit dari gaji untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim.

3.Sebagai majikan, apa salahnya belikan makanan atau minuman kepada pekerja untuk sarapan atau sebagainya.



4.Sediakan satu kotak didalam bilik tidur atau di pejabat, setiap hari masukkan RM 1 sekurang-kurangkan. Apabila akhir bulan, ambil duit tersebut dan bersedekahlah. Amalkan sikap ini setiap bulan.

5.Belilah beberapa buah kerusi dan letakkan di dalam masjid supaya dapat digunakan oleh orang lain yang memerlukannya untuk solat.

6.Belilah juga Al Quran dan letakkan di dalam masjid untuk dibaca oleh orang ramai. Bayangkan banyaknya pahala yang akan dapat apabila orang mengguna Al Quran tersebut.


7.Jika hadir ke majlis apa-apa pun, belilah air mineral dengan niat untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan.

8.Jika mengisi minyak kenderaan, bersedekahlah sedikit baki daripada bayaran kepada petugas di stesen minyak itu.

9.Hadiahkan senyuman pada setiap hari untuk setiap orang yang kita jumpa. Jangan kedekutkan senyuman kerana senyuman itu adalah sedekah.


10.Tunjukkan perasaan gembira dan berilah senyuman kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang ditimpa kesedihan. Serta berdoa yang tulus untuk mereka.

11.Sebelum tidur, maafkan semua orang yang telah menyakitkan hati kita walaupun kesalahannya besar.

Semoga dengan cara yang kreatif ni lebih banyak janaan amal jariah boleh kita bawa buat bekalan ke sana.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
, , , , , ,

BALM T RUB - PENYELESAI MASALAH KEMBUNG DAN SEMBELIT BAYI


Balm T-Rub ni nama asalnya tummy time balm tapi sudah bertukar pada T-Rub balm kerana tuntutan kelulusan KKM yang tak boleh guna nama anggota badan atau nama penyakit. Untuk memudahkan, maka nama T-Rub telah dipilih.

Siapa yang boleh guna Balm T Rub ni?

🌸 anak yang sembelit, kembung perut, cirit birit dan sakit perut
🌸 ibu mengandung yang loya, sembelit & pedit ulu hati.
🌸 ibu yang bersalin & dalam pantang
🌸 Wanita yang ada masalah PMS/senggugut


Rupa-rupanya antara bahan utama dalam balm Trub ni bahan asas dalam masakan melayu kita je. Serai, bunga lawang, halia. Kat bawah ni kaklong senaraikan setiap bahan dan manfaatnya ye.

Serai

Membantu tingkatkan sistem penghadaman, pembuangan air kecil dan mencegah pembentukan gas berlebihan dalam usus. Ia juga mengurangkan masalah usus.

Halia

Meransang pengeluaran jus gastrik dan air liur yang membantu penghadaman.
Membantu masalah kembung dan buang toksin dari badan. 
Melegakan ketidakselesaan perut.

Bunga Lawang 

Boleh mempercepatkan proses pencernaan, mengurangkan kembung dan mengurangkan kekejangan perut otot. Ha, kawan-kawan yang rasa perut kembung atau sembelit bolehla lebihkan semasa memasak. Selain itu, bunga lawang turut bersifat antiseptik.


Wild mint

Mempunyai kandungan menthol yang rendah.
Membantu masalah gastrik. 
Ia juga merawat kembung, masalah pencernaan, pundi hempedu dan batuk.

Fennel

Antipasmodic yang berkesan.
Bersifat antiseptik juga membantu masalah kemurungan.

Patchouli

Mengurangkan keradangan serta mempunyai sifat antiseptik
Ia juga membantu mengurangkan masalah kemurungan


Tangerine

Memberi aroma sitrus yang menyegarkan
Mengurangkan rasa loya. Juga membantu mereka yang mempunyai masalah insomnia

Juniper

Bersifat antibakteria. Mencegah jangkitan bakteria pada saluran pundi kencing.
Membantu merangsang pencernaan.

Ok kita dah tahu kandungan dalam Balm T Rub ni, jadi jom kita baca bagaimana cara nak gunakan Balm T Rub ni.


Cara atasi baby sembelit atau kembung.

Disini kaklong kongsikan 4 cara sebagai ikhtiar membantu mengurangkan sembelit dan kembung

1. Guna balm Trub by tasneem naturel balm.
2. Buat urutan I ❤ U ( tarik dari kiri ke kanan da ke bawah )
3. Sapukan balm bayi kat perut, pelipat peha, betis dan tapak kaki.
4. Last sekali buat senaman kayuhan basikal.

Buat teknik ni setiap kali selepas mandi. Buat setiap pagi, petang atau malam. Insyaallah mesti baby akan mudah membuang. Angin pun dah tak berkumpul kat perut lagi.



" Balm kuning ni memang MAGIC! Setiap kali adni sembelit, nangis dan teran, aku akan sapu. Takdan lepas tu mesti berjaya berak. Dah 2 hari. Bersyukur"



" Setakat ni saya baru guna 2 kali yang kembung perut tu. Ok juga sis. Bila guna yang tu saya perasan kan, anak saya dapat buang angin"


" Balm hat kuning tu pakai kat perut best. Anak saya boleh berak hari-hari dah, kalau tak sebelum ni meragam, perut tak ok kot. sebab tak berak"
- Puan Azimah

Apa yang penting Balm Tasneem Naturel dirumus tanpa sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Balm bayi Tasneem Naturel diperakui selamat dan mendapat kelulusan daripada KKM.

✅ 100% EO, balm baby ni diperbuat daripada bahan semulajadi tumbuhan. Ada lebih dari 8 jenis pati tumbuhan.
✅ EO ini telah dilute dgn carrier oil cthnya sunflower oil, n dos yg kita gunakan adalah bersesuaian dgn keperluan baby.
✅ Produk 100% buatan muslim tempatan.
✅ Tidak panas dan hanya untuk sapuan luaran 

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
,

5 PESANAN IMAM SYAFIE


Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu,bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.


Share:
Read More
,

JADUAL IMUNISASI BAYI 2018


Kaklong nak kongsikan jadual imunisasi bayi yang terkini (2018) untuk rujukan para pembaca.


Nota:
  • BCG adalah Basile Calmette-Guerin, Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
  • DTap adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.
  • DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.
  • Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.
  • MMR adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.
  • MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
  • JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
  • HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.
Kesemua yang di atas boleh didapati di klinik kesihatan, klinik desa mahupun hospital berhampiran.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.


Share:
Read More