9 CARA MENGATASI ANAK MENGAMUK DAN TANTRUM DUDUK DALAM CAR SEAT

Salam sayang semua

Ramai mak dan ayah yang mengadu anak mereka kerap tantrum dan mengamuk bila letak  dalam carseat. Kaklong pun hadapi masalah yang sama juga sebenarnya

Tapi Alhamdulillah lepas baca artikel ni, in shaa Allah masalah anak tantrum dan mengamuk ni dapat diatasi.


Image result for tips anak meragam masuk carseat

1. TENANG, TENANG DAN TENANGKAN DIRI ANDA


Perkara pertama kena buat, anda WAJIB TENANGKAN DIRI ANDA.

Biasanya memang kita akan rasa tertekan dan malu apabila anak asyik menangis, tantrum dan mengamuk dalam kereta. Tambahan pula dengan banyak mata merenung anda di kiri kanan.
Rasa kasihan dan sedih juga melihatkan anak dalam kereta sudah bengkak mata. Apa yang boleh anda buat, tarik nafas panjang dan fokuskan pada keselamatan anak anda. Itu lebih penting. Meletakkan anak dalam car seat adalah perkara yang betul. Jadi anda telahpun membuat keputusan yang betul

Yang penting, kawal emosi supaya pemanduan anda tidak terjejas sehingga selamat sampai ke destinasi.

2. PERIKSA KESELESAAN ANAK SEMASA DUDUK DALAM CAR SEAT

Pemilihan car seat yang sesuai turut mempengaruhi keselesaan si kecil dalam car seat.

Mungkin ada yang tidak kena dengan ‘car seat’. Adakah materialnya mudah panas atau kasar hingga menyebabkan anak tidak selesa. Atau mungkin kedudukannya terdedah dengan pancaran cahaya matahari terik.

Pastikan anda memilih car seat yang bersesuaian untuk mengelakkan anak anda tantrum sepanjang mereka duduk dalam car seat.

3. DENGARKAN AYAT AL-QURAN

Amalkan mendengar ayat Al-quran dalam kereta kerana anak akan merasa tenang dan lembut hati. Mungkin awal perjalanan, anak masih tantrum dan mengamuk namun inshaaAllah lama-kelamaan, pasti anak akan tenang dan berhenti meragam. Bukan anak sahaja, anda sendiri pun akan merasa damai sewaktu memandu.

4. FIKIRKAN IANYA HANYA SEMENTARA ANAK MEMBESAR

Memang kerenah anak-anak berbeza setiap satunya sewaktu mengalami fasa pembesaran. Dan biasanya anak yang tantrum bila duduk dalam car seat ini akan mengalami perubahan apabila semakin membesar. Tak mustahil, nanti dia yang asyik paksa kita drive dia ke mana sahaja!

5. MINTA BANTUAN ANAK-ANAK LAIN UNTUK MEMUJUK

Anda boleh harapkan anak-anak yang lain untuk membantu menenangkan adik mereka yang meragam. Biasanya kehadiran abang dan kakak di sisi, dapat mengurangkan ketegangan dalam kereta.

Abang dan kakak biasanya lebih kreatif dalam melayan si adik yang sedang tantrum.

6. BAWA PERMAINAN ATAU BARANG KESUKAANNYA

Apabila anda membawa bersama barang kegemarannya, ia boleh mengalih perhatiannya kepada barang tersebut daripada terus menangis.Buku yang berwarna-warni atau boleh berbunyi ketika dipicit mungkin alternatif yang sesuai untuk dibawa.



7. sapukan balm calmtime 

Balm Calmtime dari Tasneem Naturel. Balm Calmtime memang dirumus khas untuk masalah anak kecil yang senang tantrum dan mengamuk. Pati minyak lavender dalam balm Calmtime membantu memberi mood yang tenang buat si kecil sepanjang berada dalam car seat.

8. LETAKKAN CERMIN DI BELAKANG KERETA

Dengan ini anda boleh periksa keadaan anak setiap masa tanpa perlu menoleh ke belakang dengan kerap untuk mengelakkan fokus anda terjejas.

Si kecil juga sebenarnya tertarik dengan imej dalam cermin. Secara tak langsung, ia adalah salah satu teknik pengalihan (diversion) yang sesuai dan efektif.

9. PASANGKAN PEMAIN DVD

Ini biasanya membantu mengalih perhatian bayi daripada terus menangis dalam kereta. Pasang cerita kegemarannya agar dia leka. Tahu-tahu sudah tiba ke destinasi.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF

BALM SKEENZ - PENAWAR PENYAKIT KULIT