ALAHAN MAKANAN PADA BAYI

Keluarga kaklong ada sejarah alahan makanan. Adik yang kedua sangat alah terhadap telur puyuh. Setiap kali dia makan telur puyuh, muka dan badan akan bengkak-bengkak. Amik masa gak nak pulih seperti sedia kala. Ini berterusan sehingga dia mula bersekolah.

Tapi macamana kita nak tahu adakah kita berisiko untuk alah terhadap makanan atau tidak? Jemput baca sedikit perkongsian di bawah. Sumber tulisan ini adalah dari Baby Centre


Apa itu alahan makanan?

Alahan makanan ialah apabila sistem pertahanan badan (sistem imun) bayi anda mempunyai reaksi buruk terhadap protein dalam makanan yang biasanya tidak membahayakan, dan cuba untuk melawannya dengan menghasilkan antibodi.

Jika bayi anda mengalami alahan makanan, kemungkinan besar dia akan menunjukkan simptom-simptomnya beberapa minit sahaja selepas memakan makanan tersebut.

Adakah alahan makanan kerap berlaku pada bayi?

Alahan makanan biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak kecil. Dianggarkan sehingga lapan peratus kanak-kanak di bawah usia tiga bulan mengalami alahan makanan.

Anak anda lebih berkemungkinan mengalami alahan makanan jika seseorang dalam keluarga juga mengalami alahan makanan, atau alahan laian seperti asma atau ekzema. Kaitan di antara alahan makanan dan ekzema adalah sangat tinggi.

Bayi-bayi yang mengalami ekzema yang teruk semasa di bawah usia tiga bulan lebih berkemungkinan mengalami alahan makanan. Secara amnya, lebih awal ekzema bermula, dan lebih teruk keadaannya, lebih besar kemungkinan anak anda mengalami alahan makanan.

Golongan yang berisiko paling tinggi adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga mengalami alahan. Gambarajah di bawah boleh digunakan untuk menentukan tahap risiko bayi anda.


Makanan apakah yang paling biasa menyebabkan alahan?

Makanan yang paling biasa menyebabkan alahan makanan adalah susu, telur, kacang tanah, dan kekacang lain seperti kacang hazel, walnut dan badam. Statistiknya adalah:

susu: di antara 1.6 peratus dan tujuh peratus pada bayi
telur: kira-kira dua peratus kanak-kanak di bawah usia tiga tahun
kacang tanah: sehingga dua peratus kanak-kanak

Apakah simptom-simptom yang harus saya perhatikan?

Adalah mudah untuk mengesan samada anak anda mempunyai alahan segera terhadap makanan. Tanda-tanda dan simptomnya termasuk:

gatal-gatal (ruam) sekeliling mulut, hidung dan matanya, yang mungkin merebak ke seluruh badan
bengkak pada bibir, mata dan muka
hidung berhingus atau tersumbat, bersin-bersin, mata berair
gatal mulut dan sakit tekak
loya, muntah-muntah dan cirit-birit

Jika anak anda mengalami reaksi yang lebih teruk, dia mungkin berdehit, sukar bernafas, bengkak pada tekak dan lidah, dan tekanan darah turun tiba-tiba. Ini dikenali sebagai anafilaksis atau kejutan anafilaksis, dan boleh mengancam nyawa. Terus hubungi ambulans atau bawa ke hospital dengan kadar segera.

Ibu dan ayah janganlah bimbang. Kebanyakan kanak-kanak atau bayi ni akan bebas dari alahan ini apabila mencapai umur persekolahan. Namun pengurusan alahan ini sememangnya memerlukan ilmu, wang, masa dan tenaga. Sekarang ni banyak sahaja kumpulan sokongan alahan bayi yang ada. Ibu ayah boleh mencari di Facebook ataupun berhubung dengan klinik kesihatan kawasan masing-masing.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF

BALM CF RUB - ALTERNATIF UBAT BATUK & SELSEMA TERBAIK