ANAK TAK NAK MAKAN - ORAL OVER SENSITIVE?


Korang mak-mak ada tak masalah anak yang tak nak makan ni. Terutama bila dah naik umur 1 tahun ke atas? Masalah ni dipanggil masalah anak oral over sensitive. 



Kaklong kongsikan sedikit perkongsian dari Dr Ain Zul berkaitan masalah ini.

Mummy nak sharing sikit jawapan kepada problem kawan lama mummy ni. Mummy rasa perlu kongsi dengan ibu-ibu lain jugak sebab maybe ada yang anak problem macam ni kan.

Ade dua isu aje yang nak sentuh dalam kes ni:

1) Anak 1 tahun 9 bulan tak nak makan makanan tekstur kasar, sepatutnya dah boleh makan macam-macam.

2) Frekuensi susu untuk anak umur 1 tahun ke atas.

Hari ni kita fokus sebab Nombor 1 sahaja.


Anak yang tolak makanan bertekstur macam nasi bijik-bijik, ayam ketul-ketul atau apa sahaja yang kasar berkemungkinan ada masalah oral yang over sensitive. Kenapa kita panggil over sensitive, sebab dia tak boleh nak hadap dengan makanan yang bertekstur kasar sikit. Ada kes yang sampai boleh muntah atau gagging reflex. 

Macam anak kawan mummy ni, nak berus gigi pun tersangat lah susah rupanya bila ditanya. Bukan salah anak tu tau, tapi otak dia dah terima signal kata makanan kasar ni macam bahaya untuk ditelan jadi dia kena muntahkan balik. Sama macam berus gigi, dia tak boleh nak terima bila berus bersentuh dengan bahagian dalam mulut. Sebab tu kebanyakkan anak yang ada masalah oral yang over sensitive sukakan benda lembut je, macam bubur nasi atau benda yang dia tak perlu kunyah pun. Kira macam boleh telan terus la camtu.



Jadi macamana ibu dan ayah boleh buat untuk anak yang ada masalah macam ni:

1- Jangan marah kalau anak muntah, buang balik makanan. Pastikan anak sentiasa enjoy dengan makanan yang dimakan. Marah akan menyebabkan anak rasa tertekan dan mungkin tak berminat lagi.

2- Galakkan anak  untuk makan satu benda setiap masa, jangan paksa. Contoh kenalkan semula sayur tapi satu persatu.

3- Cuba makanan yang mudah dipegang. Contohnya kentang goreng, ayam goreng. Kalau sekarang makan bersuap lagi cuba buat makanan dalam bentuk yang boleh anak pegang. Kita tak boleh suap anak sampai dia besar. Ibu kena belajar tengok meja makan bersepah hehehe.


4- Anak yang over sensitive mudah untuk jadi anak yang memilih makan. Dan kadang-kadang dia lapar tak ikut masa. Oleh sebab itu ibu kena sediakan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan dan kekacang.

5- Boleh sediakan makanan anak dalam bentuk yang menarik e.g. bento for kids.

6- Cuba kenalkan makanan yang bertekstur seawal mungkin bila anak dah nampak bersedia. Contohnya, jangan asyik bagi makan puree walaupun anak dah 10 bulan.

7- Gum massage / Oral massage - boleh gunakan pelbagai alat mengurut yang ada di kedai baby


8- Ajar anak aktiviti yang byk guna oral muscles, macam tiup bubbles, tiup cotton balls, hisap air dengan straw.

Ni antara yang boleh ibu ayah buat di rumah. Tapi nasihat mummy, boleh bawak anak jumpa occupational therapist jugak tau untuk dapatkan nasihat. Biasa OT akan buat penilaian pada anak dan tawarkan cara untuk membantu ayah ibu yang ada anak bermasalah tak nak makan ni. Sebenarnya OT lagi berpengalaman nak uruskan bab ni.

Yang penting, ibu ayah kena sentiasa memerhatikan sama ada perkembangan anak tu seiring dengan usia atau tak. Jika ada nampak beza, tak salah untuk dirujuk kepada yang lebih pakar.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.



Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF

BALM SKEENZ - PENAWAR PENYAKIT KULIT