BISNES vs MAKAN GAJI - REVIU BUKU RICH DAD POOR DAD


Bisnes vs Makan gaji. Perdebatan yang tak pernah habis kan.

Apa yang hebatnya berbisnes ni? Apa orang makan gaji ni memang akan miskin ke sampai bila-bila? Itulah yang pernah kaklong terfikir beberapa tahun dahulu. Sehinggalah kaklong mula membaca buku Rich Dad Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki


Buku ni bukanlah buku bisnes sepenuhnya. Ia berkisar tentang bagaimana corak pemikiran mereka yang kaya dengan mereka yang berada dalam kelas pertengahan. Banyak ilmu asas kewangan yang diajar dalam buku ni.

Terdapat 9 bab keseluruhan dalam buku ini. Ia ditulis dengan menarik dan mudah difahami. Dalam setiap bab, Robert Kiyosaki menceritakan tentang bagaimana sejak kecil dia mula belajar celik kewangan dari Rich Dad. Ia juga mempelajari untuk tidak terjebak dengan Rat Race kesan ajaran ayah kandungnya Poor Dad.

Watak di dalam buku ini adalah tokoh di dalam keluarga Robert sendiri iaitu Poor Dad adalah ayah kandung Robert yang memiliki pendidikan tinggi tetapi sering mengalami masalah kewangan, sedangkan Rich Dad adalah ayah dari teman Robert bernama Mike, yang memiliki beberapa bisnes dibidang peruncitan dan bersedia menjadi mentor dari Robert serta Mike untuk memahami erti wang itu sendiri.

Setiap bab dari buku ini menjelaskan secara bertahap mengapa dengan membina aset, dapat membuat seseorang lebih kaya. Seperti pada bab 1 diceritakan bagaimana Rich Dad mengajar Robert dan Mike untuk tidak pernah bekerja demi wang. Secara tak langsung dapat mengelakkan nafsu yang melampau-lampau terhadap duit. Dalam Bab 2 pula, perbezaan antara asset dan liability diterangkan dengan baik sekali. Ini yang membezakan bagaimana seseorang boleh menjadi lebih kaya atau semakin miskin.



Pada 3 bab seterusnya pula (bab 3,4 dan 5) secara berturut-turut menceritakan kepentingan untuk mempunyai perniagaan/ bisnes sendiri. Bisnes sendiri bertujuan untuk menambahkan sumber dari pendapatan pasif. 

Bab 6 antara bab yang menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan buku ini. Dalam bab 6, Robert Kiyosaki menekankan bahawa bekerja makan gaji adalah peluang untuk menambah ilmu bukan mencari wang. Dalam buku ini Robert tidak pernah menyarankan kita untuk berhenti kerja untuk menjalankan bisnes. Menurut beliau, kedua-duanya (makan gaji dan bisnes) boleh dilaksanakan secara serentak. Beliau turut menyarankan agar pembaca tidak terlalu fokus dengan 1 bidang pekerjaan sahaja kerana ia membataskan kemampuan pemikiran kreatif dalam mengusahkan bisnes.



Dalam bab 7 dan 8 pula Robert menitikberatkan tentang usaha yang patut diambil jika kita serius untuk bebas kewangan. Antara saranan yang terbaik adalah cara mengatasi kemalasan dan pesimisme dalam diri. Selain itu turut diberikan tips-tips langkah awal yang boleh diambil untuk mengembangkan aset sedia ada. Pada bab 9 diberikan tips tambahan yang lebih praktikal walaupyn hanya dijelaskan dalam beberapa halaman sahaja.

Secara keseluruhan buku ini sangat disarankan khususnya buat mereka yang baru memulakan kerjaya makan gaji mahupun berbisnes. Ia sebagai satu alert untuk mengelakkan dari terlalu selesa dengan jumlah gaji yang ditawarkan oleh majikan. Serta pentingnya untuk sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi kini yang tidak berapa stabil.



Buku ini adalah buku yang boleh  membentuk mind set dengan sentiasa melatih otak ini agar  melihat peluang-peluang bisnes yang ada di sekeliling demi menambah pendapatan dari sumber lain dan tidak selalu berada dalam zon selesa dari gaji yang diperolehi.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.


Comments

Popular posts from this blog

BALM SLEEPTIME - UNTUK ANAK SUSAH TIDUR DAN TAK LENA

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

BALM T RUB - PENYELESAI MASALAH KEMBUNG DAN SEMBELIT BAYI