IKHTIAR SELAIN UBAT UNTUK ANAK YANG SAKIT

Salam sayang 



Pagi Jumaat lepas, masa kak long bawa si kecil Hana ke klinik ( demam selsema) ramai sungguh ibu bapa yang membawa anak-anak mereka. Dari sekecil bayi hinggalah yang berusia 12 tahun. Kebanyakan daripada mereka menghidapi demam, batuk dan selesema.

Kak long suka nak kongsikan apa yang boleh kita ibu bapa lakukan ketika anak-anak kita sakit selain dari berjumpa doktor.



i) Antara petua atau pesanan yang pernah guru kak long berikan adalah dengan bersedekah atas nama si anak yang sakit itu. Hikmah bersedekah ni kan salah satunya adalah membentengkan diri dari segala macam kecelakaan, jadi semoga dengan niat sedekah itu, kesihatan anak kita bertambah baik



ii) Membaca dan mensedekahkan Surah Yaasiin serta Al-Waqiah buat mereka. Dengan bacaan surah-surah ini, ia membantu meniupkan semangat yang positif kepada roh kita sekaligus ia membantu dalam menentang/ melawan sakit yang mereka hadapi



iii) Membuat solat hajat untuk mereka. Doa ibu dan ayah terutamanya ibu adalah doa yang tiada hijabnya. Jadi walaupun hanya sekadar demam, tak salahkan kita buatkan solat hajat untuk mereka



iv) Inilah antara apa yang kak long buat. Ubat doktor serta vitamin tetap kak long berikan. Dan sekarang kaklong turut menggunakan Balm CF Rub jika anak demam, batuk dan selsema. Dengan kandungan minyak pati tumbuhan yang bersesuaian dengan dos anak-anak, ia membantu mengurangkan masalah demam, batuk dan selsema itu tadi.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.


Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF

BALM SKEENZ - PENAWAR PENYAKIT KULIT