INTERMITTENT FASTING (IF) DIET - KAEDAH DIET YANG SEMAKIN TRENDING

Dah macam-macam kaedah diet yang kaklong belajar. Yang terkini rupanya tentang diet dengan berpuasa atau dikenali juga sebagai Intermittent Fasting Diet (IF Diet).



Ada yang kata IF Diet ni sebagai sunnah sebab kita berpuasa. Puasa selain puasa yang wajib sememangnya sunnah. Tapi nak kata Fiet IF ni sebagai sunnah sepenuhnya mungkin tak kot. Sebab diikutkan jika berpuasa, ada waktu sahur, dan kita mula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Ni definisi puasa sebenarnya.

Meh nak cerita apa sebenarnya Diet IF ni. Kaklong kongsikan dari Tuan Kevin Zahri ye

Apa dia Intermittent Fasting?


Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF benarkan anda minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori seperti kopi tanpa semasa “berpuasa”.


Jenis diet IF?


Terdapat beberapa jenis atau cara pengamalan IF.

16:8. Ini mungkin yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12pm hingga 8pm tapi perlu berpuasa 16 jam selebihnya beberapa kali seminggu.

24jam. Di sini anda perlu elak makanan minuman berkalori untuk 24jam mungkin 1-2x seminggu. Sekali lagi – minum air dibenarkan.

5:2. Lima hari seminggu anda dibenarkan seperti biasa tapi dua kali seminggu anda perlu hadkan pengambilan kalori kepada 500-600kcal sahaja.




Pada pendapat kaklong kalau korang rasa nak cuba buat IF diet ni memang boleh la sangat. Sebab kita pun dah biasa berpuasa siang hari kan. Cumanya walaupun dalam diet IF ni berpuasa lebih lama di waktu petang/ malam, pengambilan makanan ketika siang sangatlah memainkan peranan.

Pastikan kita ambil makanan sebenar (real food) dan cuba kurangkan makanan terproses. Biasanya dalam makanan terproses, bahagian makanan sebenar tu sangatlah sedikit. Kemudian, belajar kurangkan gula dan garam dalam makanan dan minuman yang kita ambil.

Jika kita buat diet ni untuk hanya kurus, memang rugi besar. Namun jika niat kita untuk lebih sihat, in shaa Allah kita akan memilih corak pemakanan yang lebih baik. Makanan bergoreng dan terendam minyak memang sedap namun, lemak yang makin menebal dalam badan tu lebih penting untuk diuruskan.


Jangan lupa, walaupun pemakanan menyumbang 80% dari diet harian, untuk kesihatan organ dalaman dan kecergasan, senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu amatlah efektif dalam sesi diet. Berat turun, badan lebih cergas.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Comments

Popular posts from this blog

BALM SLEEPTIME - UNTUK ANAK SUSAH TIDUR DAN TAK LENA

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

BALM T RUB - PENYELESAI MASALAH KEMBUNG DAN SEMBELIT BAYI