JIGSAW PUZZLE - AKTIVITI ANAK KECIL


Biasanya kita buntu kan apa permainan yang boleh dibelikan untuk si kecil kita.

Kekadang tu rasa macam membazir pun ada. Tapi sebenarnya dalam bermain, anak-anak sedang belajar sesuatu juga. Antara permainan yang kita boleh hadiahkan buat anak kecil kita adalah JIGSAW PUZZLE. 



5 manfaat permainan jigsaw puzzle.

1. Penyelesaian masalah.

Sepanjang tempoh menyiapkan jigsaw puzzle, anak-anak akan belajar berfikir dan menyusun strategi untuk menyelesaikan set tersebut. Proses ini melibatkan proses penyelesaian masalah. Bagaimana nak letakkan kepingan demi kepingan yang sesuai dan tersusun. Latihan sebegini secara tak langsung boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.


2. Koordinasi tangan dan mata.

Ketika memegang setiap kepingan. Mata memerhati bentuk kepingan puzzle dan tangan cuba meletak pada tempat yang betul. Proses 'trial and error' yang terlibat ketika menyiapkan puzzle melibatkan banyak pergerakan tangan dan mata.



3. Merangsang kemahiran kognitif.

Jigsaw Puzzle direka dengan pelbagai tema dan topik seperti abjad, nombor, kenderaan, buah-buahan dan sebagainya. Kepelbagaian puzzle ini boleh membantu anak-anak memahami dengan lebih mendalam tema dan topik puzzle tersebut. Semasa bermain puzzle ini, ibu bapa boleh bercerita tentang topik yang berkaitan juga.



4. Kemahiran sosial.

Apabila puzzle cuba disiapkan beramai-ramai, anak-anak akan berbincang di mana harus diletakkan kepingan puzzle, giliran siapa serta saling berkongsi kegembiraan bilamana puzzle dapat disiapkan.Saling interaksi ini membantu mengukuhkan kemahiran sosial serta meningkatkan kemahiran bernegosiasi serta komunikasi yang berkesan.


5. Perkembangan motor halus.

Motor halus merangkumi pergerakan tangan, pergelangan tangan serta jari. Ketika bermain puzzle, anak-anak akan terdorong untuk memicit, menggenggam, mengasing serta berusaha memuatkan kepingan puzzle dalam slot yang sesuai. Justeru motor halus mereka bergerak aktif.

Sebab itulah bila je Tasneem Naturel mengeluarkan kempen promosi belian yang ada free gift PUZZLE OMAR HANA, kaklong memang teruja. Memang sesuai sangat untuk anak-anak kecil yang memang pengguna Balm Tasneem Naturel ni.


Puzzle Omar Hana ini ringkas saja. Ada 9 kepingan dan senang disiapkan kerana gambar lengkap turut disertakan di bahagian bawah puzzle.

Puzzle jenis ini juga sesuai dimainkan di peringkat awal pengenalan permainan puzzle pada kanak-kanak. Saiznya besar dan tebal. Ditambah pula dengan gambar Omar Hana yang berwarna-warni. Pasti memikat hati kanak-kanak kan?

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong


Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF

BALM SKEENZ - PENAWAR PENYAKIT KULIT