KISAH ANAS ZIKRY - RHEUMATIC CARDITIS FIGHTER (SIRI 1)

Salam sayang 

Maaf buat pembaca sekalian....Sebelum ni sibuk bebeno kak long mengaktifkan fb dan baru cuba-cuba berinstagram (walhal orang lain dah lama dah...)

Macam-macam nak cerita sebenarnya bermula April 2014 hingga ke hari ini. Nanti kak long susun baik-baik ceritanye ye.



Hari ni kak long nak share apa yang terjadi kepada kami sekeluarga bermula dari sebelum Ramadhan 2014 hingga ke saat ini...Untuk lebih spesifik sebenarnya ia lebih kepada kisah putera sulung kak long iaitu Anas Zikry.

Ia bermula 3 minggu sebelum puasa, Anas mengadu sakit-sakit di dada kiri. Pada mulanya kami menyangka ia pedih ulu hati. Sebab Anas ni ada kalanya tak nak makan jadi perutnya mudah masuk angin. Namun ia berulang pada sebelah malam...En suami terus membawa Anas ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.. Waktu malam, biasanya terus ke kecemasan... Kak long hanya tinggal di rumah bersama anak-anak lain... Apabila suami kak long balik, beliau cuma diberitahu yang tiada apa-apa pun yang terjadi, ubat yang dibekalkan hanyalah Paracetamol dan doktor bertugas berkata mungkin Anas mengigau ketika tidur dan Paracetamol adalah untuk memudahkan dia tidur.



Jadi bila mendengar nasihat doktor, kami pun tidak menyangka yang buruk-buruk (kesilapan terbesar kami sebenarnya)... Paracetamol tu kak long sekadar simpan je takdelah bagi Anas makan pun...

Keadaan menjadi semakin buruk selepas 2 minggu... selera makan Anas semakin berkurang, sendi-sendi beliau mula terasa sakit dan wajah Anas semakin pucat...kak long sekadar memberi dia ubat paracetamol yang dibekalkan dan tambahan vitamin-vitamin yang biasa Anas makan.... Pada hari Ahad (14 Jun 2015) kak long sekali lagi membawa Anas ke klinik panel untuk bertanya pendapat (memandangkan pernah dibawa ke GH sebelum ini)... Di klinik panel, kami diberitahu untuk terus merujuk kes Anas ke hospital..doktor bertugas ketika itu memberitahu ada sedikit bunyi lain ketika beliau memeriksa degupan jantung....dan biasanya ia terjadi jika ada masalah injap.



Setelah berbincang dengan suami, kami sepakat nak membawa Anas ke hospital swasta yang berhampiran pada keesokan harinya. Setibanya di sana, doktor pakar kanak-kanak tersebut terkejut dan Anas terus dibawa ke wad kecemasan. Beberapa pakar dipanggil termasuk pakar kanak-kanak dari GH. Anas terus di x-ray, dripping dan kemudian dibuat echo cardiagram untuk melihat dengan lebih jelas kawasan jantung yang terlibat.

Hasil x-ray tersebut jelas kelihatan jantung Anas telah membengkak sehingga 2 kali ganda dan paru-paru Anas dipenuhi air. Setelah membuat echo, memang ada kecederaan pada 2 injap jantung Anas iaitu di injap mitral dan injap aortic. Anas telah didiagnosiskan RHEUMATIC CARDITIS with BRONCHOPNEUMONIA OEDEMA.



Hari yang sama, Anas telah dimasukkan ke wad UNIT RAWATAN RAPI. Bermulalah perjalanan Anas di dalam wad.. Hari kedua menampakkan perubahan positif. Doktor yang in-charge Anas telah berkomunikasi dengan pakar jantung di IJN dan beberapa ubatan telah dimulakan sejak dari hari pertama lagi. Semua ubat dimasukkan melalui tiub. Nampak sungguh terseksa Anas ketika ini, sampel darah diambil beberapa kali untuk pelbagai ujian antaranya untuk memastikan adakah ia jangkitan bakteria atau virus dan dari jenis apa. Hari ketiga, keputusan dah diperolehi dan ia memang sah dari jangkitan virus Streptococcus pyogenes

Keadaan Anas semakin pulih, selera makan bertambah, nampak lebih bertenaga dan ceria... Kak long memberanikan diri meninggalkan Anas di wad untuk membawa Muaz ke tempat mengaji setelah cuti beberapa hari. Namun rupanya ia petanda yang Anas masih belum stabil. Sepeninggalan kak long, bacaan SpO2% (tahap oksigen dalam darah) Anas menurun sehingga di bawah 90% dan topeng oksigen Anas telah bertukar.



Ia menjadi lebih buruk menjelang Maghrib dan doktor pakar anaestetik telah dipanggil. Dalam keadaan Anas meronta-ronta tak mahu dipakaikan C-PAP, doktor tersebut terpaksa membuat prosedur tubing. Anas ditidurkan dan prosedur dilakukan dengan lancar. Memandangkan keadaan Anas yang sangat tidak stabil, doktor pakar kanak-kanak yang bertugas menjaga Anas telah menghubungi doktor pakar di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh. Anas mesti dipindahkan ke sana kerana hanya di HRPB terdapat kemudahan ICU Paediatrik.

** Ini merupakan perjalanan kisah Anas sejak hari pertama ia didiagnos dengan RHEUMATIC CARDITIS pada tahun 2014. Setelah 4 tahun alhamdulillah keadaan Anas semakin sihat. Nantikan siri berikutnya dalam Kisah Anas Zikry**

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF

BALM SKEENZ - PENAWAR PENYAKIT KULIT