KWSP BAGI RM250 PERCUMA UNTUK SKIM I-SARAAN

Korang tau tak pasal caruman KWSP? Yang bekerja dah tentu tahu kan.



Korang tahu tak untuk yang bekerja sendiri pun boleh buat caruman? Dan yang bestnya, kerajaan sekarang ni (sebenarnya sejak 2013) dah ada 1 skim khas. Meh kaklong nak cerita pasal ni. Baca tau jangan tak baca.

Untuk mereka yang bekerja sendiri atau tiada majikan atau majikan tidak mencarum KWSP, ada satu skim yang dikenali sebagai i-Saraan. i-Saraan ni dahulunya dikenali sebagai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia atau SP1M. Tujuan skim ni diperkenalkan adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.


Siapa golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap?

• Petani/ nelayan/ pemandu teksi
• Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
• Baby-sitter
• Ejen menerima komisyen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
• Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding)
• Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
• Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
• Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
• Surirumah
• Pekerja Berpencen

Apa dia Syarat Kelayakan?

a) Warganegara Malaysia
b) ‘'Orang Yang Bekerja Sendiri" ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
c) Merupakan ahli KWSP; DAN
d) Telah membuat pilihan i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) menggunakan Borang KWSP 16G(1M).

Cara Memohon

Ahli perlu mendaftar sebagai pencarum i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) dengan cara berikut:



a) Menggunakan Borang KWSP 16G(M) - Permohonan Caruman Sukarela (Insentif Kerajaan - i-Saraan/i-Suri) yang boleh diperolehi di Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)
b) Serahan permohonan di Kaunter KWSP atau melalui mel.

Bagaimana nak membayar caruman?

Ada 3 cara yang boleh dilakukan:



a) Menggunakan Borang Bayaran Simpanan 1Malaysia [KWSP 6A(2)] yang boleh diperolehi di mana-mana Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)

b) Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai/cek di kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB PBB dan BSN.

c) Perbankan Internet: MBB dan PBB.

Berapa jumlah bayaran?

1. Tiada bayaran minimum (ringgit penuh); DAN
2. Maksimum RM60,000 setahun berkuatkuasa Januari 2013.

Nota:
Had maksimum terkumpul bagi Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) dan Caruman Penambah Simpanan adalah sebanyak RM60,000 setahun.

Semuanya sangat mudah dan senang bagaimana cara untuk mendapatkan RM250 daripada KWSP ini. Dengan dua langkah sahaja anda telah melayakkan diri untuk dapat RM250 dari Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.

Faedah memilih Skim i-Saraan?


a) Simpanan di bawah i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) akan menerima dividen tahunan sehingga ahli berumur 100 tahun.

b) Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022.

Walaubagaimanapun sumbangan ini tidak layak bagi ahli yang mempunyai caruman majikan secara tetap (bekerja dan mempunyai pendapatan tetap). Sumbangan Kerajaan juga adalah terhad kepada ahli i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) yang berumur kurang daripada 55 tahun sahaja. 

Anda harus memastikan dalam akaun Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia mempunyai jumlah sebanyak RM1,667 untuk melayakkan anda dapat maksimum RM250 setahun setiap tahun.
Jadi tak perlulah nak menunggu terlalu lama dan berfikir terlalu panjang untuk buat caruman. Bukankah ini untuk masa depan kita? 

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF

BALM CF RUB - ALTERNATIF UBAT BATUK & SELSEMA TERBAIK