RAWATAN BATUK SEMULAJADI DENGAN BUAH NANAS



Batuk antara penyakit yang mudah berjangkit. Baik golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dan biasanya batuk antara penyakit yang agak lama mengambil masa untuk sembuh. Jika dibiarkan lama, pesakit akan rasa kurang selesa dan persekitaran turut akan terganggu. 

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Terdapat beberapa perkara yang menjadi punca batuk
  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
Kebanyakan batuk adalah tidak bahaya. Rawatan di rumah boleh dilakukan. Minum air kosong yang banyak antara salah satu cara untuk mengurangkan simptom batuk.

Tapi hari ni kaklong nak kongsikan bagaimana BUAH NANAS membantu dalam merawat batuk secara semulajadi



NANAS 5 KALI LEBIH BERKESAN BERBANDING UBAT BATUK

Melalui sumber daripada laman web preventdisease.com, sebuah penelitian yang diterbitkan dalam jurnal “Der Pharma Chemica” pada tahun 2010 mendapati buah nanas digunakan sebagai salah satu bahan asas dalam merawat penyakit tuberkulosis, bronkitis, dan beberapa lagi penyakit yang berkaitan dengan batuk dan selsema.

Dalam kajian berikutnya, para saintis terbabit membandingkan pula keberkesanan jus nanas dengan ubat batuk. Hasilnya, mereka mendapati pesakit yang mengambil jus nanas ini sembuh 4.8 kali lebih cepat berbanding mereka yang mengambil ubat batuk. Oleh kerana nanas adalah daripada sumber semulajadi, maka ianya sesuai diberikan kepada orang dewasa mahupun anak-anak kecil yang berusia 6 bulan ke atas.


Sebagai alternatif untuk bayi di bawah umur setahun, madu boleh juga digantikan dengan air zam-zam atau minyak habbatus sauda perahan tanpa haba (sejuk). Kaedahnya sama seperti penyediaan jus nenas dengan madu, cuma gantikan madu dengan minyak habbatussauda atau air zam-zam. Ia juga dapat memberi tindakbalas yang positif jika diamalkan berterusan ketika diserang batuk.



Untuk bayi di bawah 6 bulan, sapuan Balm CF Rub pada dada dan bahagian belakang serta tapak kaki turut membantu mengurangkan batuk. Balm yang dihasilkan dari minyak pati tumbuhan Tea Tree, Orange dan Eucalyptus ternyata mujarab dalam menguatkan imun bayi. Dan seterusnya membantu memulihkan masalah batuk dan selesema bayi anda.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.





Comments

Popular posts from this blog

BALM SLEEPTIME - UNTUK ANAK SUSAH TIDUR DAN TAK LENA

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

BALM T RUB - PENYELESAI MASALAH KEMBUNG DAN SEMBELIT BAYI