, , , , ,

SEMBELIT - MASALAH KEBANYAKAN ORANG TERMASUK BAYI


Dalam seminggu berapa kerap agaknya kalian membuang air besar? Setiap hari? Jika jawapannya setiap hari maka kalian boleh dikategorikan sebagai mereka yang mempunyai usus yang sihat.



Setiap hari kita pasti akan makan sekurangnya 3 kali sehari dan minum air sekurangnya 2 liter. Makanan dan minuman ini akan diproses dan dicernakan di dalam usus kecil kita. Fungsi usus besar pula ialah menyerap semua bahan yang ada di dalam usus terutama air. Dalam sehari, usus besar menyerap kira-kira sembilan hingga 10 liter air bersama makanan pepejal dan sebagainya yang sudah dicernakan.

Daripada jumlah keseluruhan makanan dan minuman yang diambil, 90 hingga 95 peratus air diserap oleh usus besar dan yang tinggal akan keluar sebagai najis iaitu kira-kira 100 hingga 200 gram setiap hari. Najis biasanya terdiri dari serat atau fiber yang tidak boleh diproses serta bahan-bahan asing lain yang tidak dapat diserap oleh badan.


Menurut Pakar Runding Perubatan Gastroenterologi dan Hepatologi Pusat Perubatan Tropicana Dr P Rajesh Kumar, setiap individu perlu faham tabiat buang air besar yang normal atau sebaliknya dan ia berbeza bagi setiap individu.

Kekerapan membuang air besar


“Kekerapan tabiat membuang air besar yang normal adalah kurang daripada tiga kali dalam sehari atau lebih tiga kali dalam seminggu. Jika tabiat buang air besar berlaku kurang daripada tiga kali seminggu, ia boleh dikategorikan sebagai sembelit dan lebih tiga kali sehari dianggap cirit-birit."

Keadaan najis



“Selain itu, najis yang normal pula berbentuk sosej manakala ia dikeluarkan dalam tekstur yang lembut seperti mentega kacang,” katanya.

Warna najis yang normal pula ialah daripada coklat kepada kuning keemasan. Kita boleh mendapati gejala tidak normal apabila najis bertukar warna kepada hitam atau hijau.

Najis berwarna hitam seperti rambut kebiasaannya mengandungi darah jika hijau bermaksud ada kuman. Namun, tidak semestinya najis berwarna hijau itu tidak normal kerana ada kalanya ia berlaku apabila individu itu banyak makan sayur.

Jadi kita dah jelas dengan kekerapan yang sebaiknya kita perlu membuang air besar. Serta bagaimana keadaan najis yang dianggap "sihat". Perkara ini mungkin agak menjijikan namun ia sangat penting kerana ia boleh mengganggu kualiti hidup kita.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share: