TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF



Harta yang dimakan makin lama pasti makin menyusut. Tapi bila diniatkan atas sedekah, in shaa Allah lebih menyubur dan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Hidup kita tak lama mana pun kat atas bumi ini. Hanya sedekah jariah yang jadi talian hayat kelak di alam barzah.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” ( Surah Al Hadid – Ayat 18)

Pagi ni kaklong nak kongsikan 11 tips yang kreatif untuk bersedekah. Tips ni kaklong perolehi dari zayan.com. Jom baca dan amalkan.


1. Letakkan ditingkap rumah segelas air atau makanan untuk burung-burung yang datang hinggap dan letakkan nasi bersama ikan serta air untuk kucing-kucing yang datang akan makan.

2.Apabila dapat gaji pada awal bulan, asingkan duit dari gaji untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim.

3.Sebagai majikan, apa salahnya belikan makanan atau minuman kepada pekerja untuk sarapan atau sebagainya.



4.Sediakan satu kotak didalam bilik tidur atau di pejabat, setiap hari masukkan RM 1 sekurang-kurangkan. Apabila akhir bulan, ambil duit tersebut dan bersedekahlah. Amalkan sikap ini setiap bulan.

5.Belilah beberapa buah kerusi dan letakkan di dalam masjid supaya dapat digunakan oleh orang lain yang memerlukannya untuk solat.

6.Belilah juga Al Quran dan letakkan di dalam masjid untuk dibaca oleh orang ramai. Bayangkan banyaknya pahala yang akan dapat apabila orang mengguna Al Quran tersebut.


7.Jika hadir ke majlis apa-apa pun, belilah air mineral dengan niat untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan.

8.Jika mengisi minyak kenderaan, bersedekahlah sedikit baki daripada bayaran kepada petugas di stesen minyak itu.

9.Hadiahkan senyuman pada setiap hari untuk setiap orang yang kita jumpa. Jangan kedekutkan senyuman kerana senyuman itu adalah sedekah.


10.Tunjukkan perasaan gembira dan berilah senyuman kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang ditimpa kesedihan. Serta berdoa yang tulus untuk mereka.

11.Sebelum tidur, maafkan semua orang yang telah menyakitkan hati kita walaupun kesalahannya besar.

Semoga dengan cara yang kreatif ni lebih banyak janaan amal jariah boleh kita bawa buat bekalan ke sana.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

BALM SKEENZ - PENAWAR PENYAKIT KULIT