Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
, , ,

TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF



Harta yang dimakan makin lama pasti makin menyusut. Tapi bila diniatkan atas sedekah, in shaa Allah lebih menyubur dan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Hidup kita tak lama mana pun kat atas bumi ini. Hanya sedekah jariah yang jadi talian hayat kelak di alam barzah.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” ( Surah Al Hadid – Ayat 18)

Pagi ni kaklong nak kongsikan 11 tips yang kreatif untuk bersedekah. Tips ni kaklong perolehi dari zayan.com. Jom baca dan amalkan.


1. Letakkan ditingkap rumah segelas air atau makanan untuk burung-burung yang datang hinggap dan letakkan nasi bersama ikan serta air untuk kucing-kucing yang datang akan makan.

2.Apabila dapat gaji pada awal bulan, asingkan duit dari gaji untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim.

3.Sebagai majikan, apa salahnya belikan makanan atau minuman kepada pekerja untuk sarapan atau sebagainya.



4.Sediakan satu kotak didalam bilik tidur atau di pejabat, setiap hari masukkan RM 1 sekurang-kurangkan. Apabila akhir bulan, ambil duit tersebut dan bersedekahlah. Amalkan sikap ini setiap bulan.

5.Belilah beberapa buah kerusi dan letakkan di dalam masjid supaya dapat digunakan oleh orang lain yang memerlukannya untuk solat.

6.Belilah juga Al Quran dan letakkan di dalam masjid untuk dibaca oleh orang ramai. Bayangkan banyaknya pahala yang akan dapat apabila orang mengguna Al Quran tersebut.


7.Jika hadir ke majlis apa-apa pun, belilah air mineral dengan niat untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan.

8.Jika mengisi minyak kenderaan, bersedekahlah sedikit baki daripada bayaran kepada petugas di stesen minyak itu.

9.Hadiahkan senyuman pada setiap hari untuk setiap orang yang kita jumpa. Jangan kedekutkan senyuman kerana senyuman itu adalah sedekah.


10.Tunjukkan perasaan gembira dan berilah senyuman kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang ditimpa kesedihan. Serta berdoa yang tulus untuk mereka.

11.Sebelum tidur, maafkan semua orang yang telah menyakitkan hati kita walaupun kesalahannya besar.

Semoga dengan cara yang kreatif ni lebih banyak janaan amal jariah boleh kita bawa buat bekalan ke sana.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
,

5 PESANAN IMAM SYAFIE


Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu,bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.


Share:
Read More
, , ,

BUAH BETIK - KHASIAT DAN KEBAIKANNYA (SIRI 2)

Tengah hari tadi korang tentu dah baca jenis-jenis betik yang ada di Malaysia kan. Jadi petang ni kaklong nak kongsikan pula apa kebaikan dan khasiat buah betik pada kita. Pengambilan buah betik 1-3 kali seminggu sangat bagus untuk sistem tubuh badan kita.

Betik ni boleh diambil dengan salad buah-buahan, atau dalam masakan lain. Malah betik ni boleh digunakan secara langsung pada kulit (buat masker/ pupur).

Terbaik untuk kecantikan kulit


Betik baik untuk kulit samada dimakan atau digunakan di luaran.Anda boleh gunakan betik sebagai masker untuk muka. Ia membantu untuk menghilangkan jerawat dan membuka liang yang tersumbat. Ia juga bertindak menghilangkan sel-sel mati serta memberikan kulit muka segar dan lembap.

Mencegah serangan jantung

Betik kaya dengan serat dan mampu merendahkan tahap kolesterol. Ia mengandungi enzim yang membantu mencegah pengoksidaan kolesterol, yang dapat mencegah serangan jantung.

Awet Muda


Antioksidan dalam betik membantu dalam mengawal penuaan pramatang. Pengambilan betik yang kerap membantu anda untuk mendapatkan tubuh kelihatan lebih muda.

Melawaskan sistem penghadaman

Betik membantu dalam mencegah sembelit dan penghadaman. Enzim di dalam betik membantu penghadaman terbentuk secara semula jadi berbanding ubat..
Jus betikjuga membantu dalam menyembuhkan jangkitan usus dengan mengeluarkan nanah dan lendir. Anda perlu mengambil ia dengan kerap untuk sembuh dengan cepat.

Menyembuhkan luka dengan cepat


Betik adalah baik untuk mengubati jangkitan kulit dan luka-luka yang lambat sembuh.

Untuk kuruskan badan

Rendah kalori dan tinggi dalam nilai-nilai pemakanan. Oleh itu, ia adalah satu makanan yang baik untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.


Baik untuk ibu mengandung dan perempuan

Bagi wanita hamil, pengambilan betik dengan kerap dengan kuantiti kecil membantu menyembuhkan loya dan demam pagi.
Betik mentah membantu dalam mengawal penyelewengan haid di kalangan wanita. Betik membantu meringankan kekejangan haid dan membantu dalam menggalakkan aliran biasa haid.

Mencegah penyakit kanser dan beberapa penyakit utama

Betik mengandungi enzim anti-radang yang membantu untuk melegakan kesakitan bagi mereka yang mengalami artritis, edema dan osteoporosis, dan ia juga mempunyai ciri-ciri anti-kanser yang boleh membantu mencegah kanser.

Betik kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang membantu dalam meningkatkan imuniti badan.Oleh itu adalah betik baik untuk mereka yang mengalami demam, sejuk atau selesema.

Dah ambil betik hari ni? Kalau belum,mungkin sekarang masa terbaik untuk makan betik atau minum jus betik.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.




Share:
Read More
,

BUAH BETIK - PENUH KHASIAT DAN KEBAIKAN (SIRI 1)


Kenal tak si oren ni? Nampak menyelerakan kan? Inilah buah betik. Betik tergolong dalam keluarga Caricaceae dan genus carica. Korang tau tak betik ni sebenarnya buah import tau. Betik ni berasal dari Mexico Selatan. Dek kerana suhu dan iklim kita di Asia Tenggara ni hampir menyamai tempat asalnya iaitu beriklim tropika, maka mudahlah ia tumbuh di sini.

Masa kecik dulu, ayah kaklong rajin beli betik. Pilihan kami adalah Betik Exotica. Rupanya betik ni banyak jenis tau. Nak tau tak jenis-jenis betik?

Jenis-jenis betik

Sunrise Solo



Pokok varieti jenis ini tinggi apabila berbuah. Mempunyai kulit buah yang licin,berbintik-bintik dan berwarna hijau kekuningan apabila masak.

Betik Subang 6



Subang 6 adalah kultivar yang berpotensi untuk diproses dan ditinkan kerana warna isinya menarik serta saiz buahnya seragam.Ia juga boleh dimakan segar dan tidak mudah patah. Testur buahnya juga bagus dan berwarna merah terang dan isinya kurang manis.

Betik sitiawan


 Kulitnya berwarna jingga kekuningan dengan jalur hijau apabila masak.permukaan buah tidak rata dan kadangkala bertanda garis-garis alur.

Betik batu arang



Varieti ini mempunyai isinya yang merah,padat dan manis dan sesuai dimakan segar dan pemprosesan. 

Eksotika


Eksotika ni hasil kacukan subang 6 dan Sunrise solo. Buahnya yang kecil,seragam serta mudah untuk dikendalikan dan dihidangkan menjadikan kultivar ini sangat popular dikalangan pengguna tempatan. 

Kaklong kalau makan betik eksotika ni senang je. Belah dua dan cedok dengan sudu. Tak payah pikir nak kopek kulit dan potong-potong. Buahnya memang comel dan muat dipegang satu tangan sahaja.

Korang suka betik yang mana satu. Tapi kan sekarang ni kalau beli betik, takde nya la nak tanya jenis apa. Asalkan betik tu cantik rupa parasnya, kami beli je. Lagipun betik ni memang kegemaran anak-anak kaklong. Sebiji tu memang sekali hadap je la.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
,

KISAH ANAS ZIKRY - RHEUMATIC CARDITIS FIGHTER (SIRI 1)

Salam sayang 

Maaf buat pembaca sekalian....Sebelum ni sibuk bebeno kak long mengaktifkan fb dan baru cuba-cuba berinstagram (walhal orang lain dah lama dah...)

Macam-macam nak cerita sebenarnya bermula April 2014 hingga ke hari ini. Nanti kak long susun baik-baik ceritanye ye.



Hari ni kak long nak share apa yang terjadi kepada kami sekeluarga bermula dari sebelum Ramadhan 2014 hingga ke saat ini...Untuk lebih spesifik sebenarnya ia lebih kepada kisah putera sulung kak long iaitu Anas Zikry.

Ia bermula 3 minggu sebelum puasa, Anas mengadu sakit-sakit di dada kiri. Pada mulanya kami menyangka ia pedih ulu hati. Sebab Anas ni ada kalanya tak nak makan jadi perutnya mudah masuk angin. Namun ia berulang pada sebelah malam...En suami terus membawa Anas ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.. Waktu malam, biasanya terus ke kecemasan... Kak long hanya tinggal di rumah bersama anak-anak lain... Apabila suami kak long balik, beliau cuma diberitahu yang tiada apa-apa pun yang terjadi, ubat yang dibekalkan hanyalah Paracetamol dan doktor bertugas berkata mungkin Anas mengigau ketika tidur dan Paracetamol adalah untuk memudahkan dia tidur.



Jadi bila mendengar nasihat doktor, kami pun tidak menyangka yang buruk-buruk (kesilapan terbesar kami sebenarnya)... Paracetamol tu kak long sekadar simpan je takdelah bagi Anas makan pun...

Keadaan menjadi semakin buruk selepas 2 minggu... selera makan Anas semakin berkurang, sendi-sendi beliau mula terasa sakit dan wajah Anas semakin pucat...kak long sekadar memberi dia ubat paracetamol yang dibekalkan dan tambahan vitamin-vitamin yang biasa Anas makan.... Pada hari Ahad (14 Jun 2015) kak long sekali lagi membawa Anas ke klinik panel untuk bertanya pendapat (memandangkan pernah dibawa ke GH sebelum ini)... Di klinik panel, kami diberitahu untuk terus merujuk kes Anas ke hospital..doktor bertugas ketika itu memberitahu ada sedikit bunyi lain ketika beliau memeriksa degupan jantung....dan biasanya ia terjadi jika ada masalah injap.



Setelah berbincang dengan suami, kami sepakat nak membawa Anas ke hospital swasta yang berhampiran pada keesokan harinya. Setibanya di sana, doktor pakar kanak-kanak tersebut terkejut dan Anas terus dibawa ke wad kecemasan. Beberapa pakar dipanggil termasuk pakar kanak-kanak dari GH. Anas terus di x-ray, dripping dan kemudian dibuat echo cardiagram untuk melihat dengan lebih jelas kawasan jantung yang terlibat.

Hasil x-ray tersebut jelas kelihatan jantung Anas telah membengkak sehingga 2 kali ganda dan paru-paru Anas dipenuhi air. Setelah membuat echo, memang ada kecederaan pada 2 injap jantung Anas iaitu di injap mitral dan injap aortic. Anas telah didiagnosiskan RHEUMATIC CARDITIS with BRONCHOPNEUMONIA OEDEMA.



Hari yang sama, Anas telah dimasukkan ke wad UNIT RAWATAN RAPI. Bermulalah perjalanan Anas di dalam wad.. Hari kedua menampakkan perubahan positif. Doktor yang in-charge Anas telah berkomunikasi dengan pakar jantung di IJN dan beberapa ubatan telah dimulakan sejak dari hari pertama lagi. Semua ubat dimasukkan melalui tiub. Nampak sungguh terseksa Anas ketika ini, sampel darah diambil beberapa kali untuk pelbagai ujian antaranya untuk memastikan adakah ia jangkitan bakteria atau virus dan dari jenis apa. Hari ketiga, keputusan dah diperolehi dan ia memang sah dari jangkitan virus Streptococcus pyogenes

Keadaan Anas semakin pulih, selera makan bertambah, nampak lebih bertenaga dan ceria... Kak long memberanikan diri meninggalkan Anas di wad untuk membawa Muaz ke tempat mengaji setelah cuti beberapa hari. Namun rupanya ia petanda yang Anas masih belum stabil. Sepeninggalan kak long, bacaan SpO2% (tahap oksigen dalam darah) Anas menurun sehingga di bawah 90% dan topeng oksigen Anas telah bertukar.



Ia menjadi lebih buruk menjelang Maghrib dan doktor pakar anaestetik telah dipanggil. Dalam keadaan Anas meronta-ronta tak mahu dipakaikan C-PAP, doktor tersebut terpaksa membuat prosedur tubing. Anas ditidurkan dan prosedur dilakukan dengan lancar. Memandangkan keadaan Anas yang sangat tidak stabil, doktor pakar kanak-kanak yang bertugas menjaga Anas telah menghubungi doktor pakar di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh. Anas mesti dipindahkan ke sana kerana hanya di HRPB terdapat kemudahan ICU Paediatrik.

** Ini merupakan perjalanan kisah Anas sejak hari pertama ia didiagnos dengan RHEUMATIC CARDITIS pada tahun 2014. Setelah 4 tahun alhamdulillah keadaan Anas semakin sihat. Nantikan siri berikutnya dalam Kisah Anas Zikry**

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
, , , ,

BISNES vs MAKAN GAJI - REVIU BUKU RICH DAD POOR DAD


Bisnes vs Makan gaji. Perdebatan yang tak pernah habis kan.

Apa yang hebatnya berbisnes ni? Apa orang makan gaji ni memang akan miskin ke sampai bila-bila? Itulah yang pernah kaklong terfikir beberapa tahun dahulu. Sehinggalah kaklong mula membaca buku Rich Dad Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki


Buku ni bukanlah buku bisnes sepenuhnya. Ia berkisar tentang bagaimana corak pemikiran mereka yang kaya dengan mereka yang berada dalam kelas pertengahan. Banyak ilmu asas kewangan yang diajar dalam buku ni.

Terdapat 9 bab keseluruhan dalam buku ini. Ia ditulis dengan menarik dan mudah difahami. Dalam setiap bab, Robert Kiyosaki menceritakan tentang bagaimana sejak kecil dia mula belajar celik kewangan dari Rich Dad. Ia juga mempelajari untuk tidak terjebak dengan Rat Race kesan ajaran ayah kandungnya Poor Dad.

Watak di dalam buku ini adalah tokoh di dalam keluarga Robert sendiri iaitu Poor Dad adalah ayah kandung Robert yang memiliki pendidikan tinggi tetapi sering mengalami masalah kewangan, sedangkan Rich Dad adalah ayah dari teman Robert bernama Mike, yang memiliki beberapa bisnes dibidang peruncitan dan bersedia menjadi mentor dari Robert serta Mike untuk memahami erti wang itu sendiri.

Setiap bab dari buku ini menjelaskan secara bertahap mengapa dengan membina aset, dapat membuat seseorang lebih kaya. Seperti pada bab 1 diceritakan bagaimana Rich Dad mengajar Robert dan Mike untuk tidak pernah bekerja demi wang. Secara tak langsung dapat mengelakkan nafsu yang melampau-lampau terhadap duit. Dalam Bab 2 pula, perbezaan antara asset dan liability diterangkan dengan baik sekali. Ini yang membezakan bagaimana seseorang boleh menjadi lebih kaya atau semakin miskin.



Pada 3 bab seterusnya pula (bab 3,4 dan 5) secara berturut-turut menceritakan kepentingan untuk mempunyai perniagaan/ bisnes sendiri. Bisnes sendiri bertujuan untuk menambahkan sumber dari pendapatan pasif. 

Bab 6 antara bab yang menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan buku ini. Dalam bab 6, Robert Kiyosaki menekankan bahawa bekerja makan gaji adalah peluang untuk menambah ilmu bukan mencari wang. Dalam buku ini Robert tidak pernah menyarankan kita untuk berhenti kerja untuk menjalankan bisnes. Menurut beliau, kedua-duanya (makan gaji dan bisnes) boleh dilaksanakan secara serentak. Beliau turut menyarankan agar pembaca tidak terlalu fokus dengan 1 bidang pekerjaan sahaja kerana ia membataskan kemampuan pemikiran kreatif dalam mengusahkan bisnes.



Dalam bab 7 dan 8 pula Robert menitikberatkan tentang usaha yang patut diambil jika kita serius untuk bebas kewangan. Antara saranan yang terbaik adalah cara mengatasi kemalasan dan pesimisme dalam diri. Selain itu turut diberikan tips-tips langkah awal yang boleh diambil untuk mengembangkan aset sedia ada. Pada bab 9 diberikan tips tambahan yang lebih praktikal walaupyn hanya dijelaskan dalam beberapa halaman sahaja.

Secara keseluruhan buku ini sangat disarankan khususnya buat mereka yang baru memulakan kerjaya makan gaji mahupun berbisnes. Ia sebagai satu alert untuk mengelakkan dari terlalu selesa dengan jumlah gaji yang ditawarkan oleh majikan. Serta pentingnya untuk sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi kini yang tidak berapa stabil.



Buku ini adalah buku yang boleh  membentuk mind set dengan sentiasa melatih otak ini agar  melihat peluang-peluang bisnes yang ada di sekeliling demi menambah pendapatan dari sumber lain dan tidak selalu berada dalam zon selesa dari gaji yang diperolehi.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.


Share:
Read More
, ,

5 SHOPPING ONLINE SITE YANG TOP DI MALAYSIA 2018

Hai korang.

Para pembaca blog kaklong ni memang selalu online kan. Shopping pun korang online tak?

Seingat kaklong, bermulanya shopping online ni bila dah masuk tahun 2000. Awal millenium macam tu kalau tak silap. Tapi masa tu shopping online ni ibarat benda baru. Tak ramai pun nak bershopping online.

Kebanyakan kita masih suka ke kedai dan membuat survey harga dari kedai ke kedai. Namun trend shopping online ni nampaknya makin lama makin digemari. Lebih mudah sebenarnya berbanding ke kedai fizikal. Shopping online ni sekadar perlukan data internet yang cukup laju serta perbankan internet. Shopping dari telefon bimbit pun dah boleh buat.


Meh tengok statistik ni. Betapa ramainya penduduk Malaysia yang aktif beronline. Tak hairanlah jika sebelum ni tak banyak pun marketplace yang ada tapi sekarang makin banyak marketplace disediakan untuk membantu peniaga online menjalankan perniagaan atas talian mereka.

Ok jom kita tengok, kedai online mana yang paling menjadi pilihan pengguna di Malaysia pada 2018.


1. LAZADA MALAYSIA

Monthly Traffic Estimate (Feb 2018): 45,000,000

2. 11STREET MALAYSIA

Monthly Traffic Estimate (Feb 2018): 13,000,000

3. SHOPEE MALAYSIA


Monthly Traffic Estimate (Feb 2018): 12,500,000

4. LELONG.MY


Monthly Traffic Estimate (Feb 2018): 9,050,000

5. CAROUSELL


Monthly Traffic Estimate (Feb 2018): 2,450,000


Eh jangan korang tak tau. Kaklong pun ada gak berbisnes di Shopee tau. Kebanyakan produk adalah dari syarikat Tasneem Naturel termasuk balm.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.




Share:
Read More

KWSP BAGI RM250 PERCUMA UNTUK SKIM I-SARAAN

Korang tau tak pasal caruman KWSP? Yang bekerja dah tentu tahu kan.



Korang tahu tak untuk yang bekerja sendiri pun boleh buat caruman? Dan yang bestnya, kerajaan sekarang ni (sebenarnya sejak 2013) dah ada 1 skim khas. Meh kaklong nak cerita pasal ni. Baca tau jangan tak baca.

Untuk mereka yang bekerja sendiri atau tiada majikan atau majikan tidak mencarum KWSP, ada satu skim yang dikenali sebagai i-Saraan. i-Saraan ni dahulunya dikenali sebagai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia atau SP1M. Tujuan skim ni diperkenalkan adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.


Siapa golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap?

• Petani/ nelayan/ pemandu teksi
• Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
• Baby-sitter
• Ejen menerima komisyen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
• Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding)
• Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
• Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
• Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
• Surirumah
• Pekerja Berpencen

Apa dia Syarat Kelayakan?

a) Warganegara Malaysia
b) ‘'Orang Yang Bekerja Sendiri" ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
c) Merupakan ahli KWSP; DAN
d) Telah membuat pilihan i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) menggunakan Borang KWSP 16G(1M).

Cara Memohon

Ahli perlu mendaftar sebagai pencarum i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) dengan cara berikut:



a) Menggunakan Borang KWSP 16G(M) - Permohonan Caruman Sukarela (Insentif Kerajaan - i-Saraan/i-Suri) yang boleh diperolehi di Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)
b) Serahan permohonan di Kaunter KWSP atau melalui mel.

Bagaimana nak membayar caruman?

Ada 3 cara yang boleh dilakukan:



a) Menggunakan Borang Bayaran Simpanan 1Malaysia [KWSP 6A(2)] yang boleh diperolehi di mana-mana Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)

b) Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai/cek di kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB PBB dan BSN.

c) Perbankan Internet: MBB dan PBB.

Berapa jumlah bayaran?

1. Tiada bayaran minimum (ringgit penuh); DAN
2. Maksimum RM60,000 setahun berkuatkuasa Januari 2013.

Nota:
Had maksimum terkumpul bagi Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) dan Caruman Penambah Simpanan adalah sebanyak RM60,000 setahun.

Semuanya sangat mudah dan senang bagaimana cara untuk mendapatkan RM250 daripada KWSP ini. Dengan dua langkah sahaja anda telah melayakkan diri untuk dapat RM250 dari Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.

Faedah memilih Skim i-Saraan?


a) Simpanan di bawah i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) akan menerima dividen tahunan sehingga ahli berumur 100 tahun.

b) Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022.

Walaubagaimanapun sumbangan ini tidak layak bagi ahli yang mempunyai caruman majikan secara tetap (bekerja dan mempunyai pendapatan tetap). Sumbangan Kerajaan juga adalah terhad kepada ahli i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) yang berumur kurang daripada 55 tahun sahaja. 

Anda harus memastikan dalam akaun Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia mempunyai jumlah sebanyak RM1,667 untuk melayakkan anda dapat maksimum RM250 setahun setiap tahun.
Jadi tak perlulah nak menunggu terlalu lama dan berfikir terlalu panjang untuk buat caruman. Bukankah ini untuk masa depan kita? 
Share:
Read More
,

KELAS OFFLINE TEAM SHC TASNEEM NATUREL


Alhamdulillah. Pada Sabtu lepas 12 Januari 2019, para leaders dari Team SHC dapat berkumpul bersama Master Sakinah Hamid. Sesi gathering ni tujuan utamanya adalah untuk menimba ilmu FB Ads dan Shopee.

Kami bersetuju nak adakan gathering ni di Ipoh. Memandangkan Ipoh ni kat tengah-tengah kan. 5 orang kami ni ada yang datang dari Penang, dari Senawang, Puncak Alam dan kaklong sendiri dari Manjung. Sebab Mia orang Ipoh jadi Mialah yang uruskan bahagian tempahan kelas dan makan sepanjang hari kami berkelas.



Kelas offline ni tak selalu dibuat sebab kami semua jauh-jauh kan. Tapi bila ada peluang, memang kami tak lepaskan. Masa ni lah nak bertukar aura masing-masing gitu. Masa ni juga lah nak menyembang beria walaupun masa terhad bebeno.

Disebabkan ramai yang datang dari jauh, kami mengambil keputusan untuk menyewa homestay sahaja. Kami semua datang berkeluarga kecuali kaklong la. Ai lone ranger hari tu. Sewa homestay ni jimat dan sesuai dengan keadaan kami berkeluarga.




Sepanjang kelas berlangsung, para suami sangat memberi kerjasama dengan memberi bantuan teknikal serta menjaga anak-anak. Memang bertuah sungguhlah kami. Peluang begini tak datang selalu kan. In shaa Allah segala budi baik para suami ni, kami kaum ibu takkan lupakan. Doakan sahaja kejayaan kami ye.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.



Share:
Read More