Showing posts with label Family/ Basic Wellness Programme. Show all posts
Showing posts with label Family/ Basic Wellness Programme. Show all posts
, , , , , ,

ALAHAN MAKANAN PADA BAYI

Keluarga kaklong ada sejarah alahan makanan. Adik yang kedua sangat alah terhadap telur puyuh. Setiap kali dia makan telur puyuh, muka dan badan akan bengkak-bengkak. Amik masa gak nak pulih seperti sedia kala. Ini berterusan sehingga dia mula bersekolah.

Tapi macamana kita nak tahu adakah kita berisiko untuk alah terhadap makanan atau tidak? Jemput baca sedikit perkongsian di bawah. Sumber tulisan ini adalah dari Baby Centre


Apa itu alahan makanan?

Alahan makanan ialah apabila sistem pertahanan badan (sistem imun) bayi anda mempunyai reaksi buruk terhadap protein dalam makanan yang biasanya tidak membahayakan, dan cuba untuk melawannya dengan menghasilkan antibodi.

Jika bayi anda mengalami alahan makanan, kemungkinan besar dia akan menunjukkan simptom-simptomnya beberapa minit sahaja selepas memakan makanan tersebut.

Adakah alahan makanan kerap berlaku pada bayi?

Alahan makanan biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak kecil. Dianggarkan sehingga lapan peratus kanak-kanak di bawah usia tiga bulan mengalami alahan makanan.

Anak anda lebih berkemungkinan mengalami alahan makanan jika seseorang dalam keluarga juga mengalami alahan makanan, atau alahan laian seperti asma atau ekzema. Kaitan di antara alahan makanan dan ekzema adalah sangat tinggi.

Bayi-bayi yang mengalami ekzema yang teruk semasa di bawah usia tiga bulan lebih berkemungkinan mengalami alahan makanan. Secara amnya, lebih awal ekzema bermula, dan lebih teruk keadaannya, lebih besar kemungkinan anak anda mengalami alahan makanan.

Golongan yang berisiko paling tinggi adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga mengalami alahan. Gambarajah di bawah boleh digunakan untuk menentukan tahap risiko bayi anda.


Makanan apakah yang paling biasa menyebabkan alahan?

Makanan yang paling biasa menyebabkan alahan makanan adalah susu, telur, kacang tanah, dan kekacang lain seperti kacang hazel, walnut dan badam. Statistiknya adalah:

susu: di antara 1.6 peratus dan tujuh peratus pada bayi
telur: kira-kira dua peratus kanak-kanak di bawah usia tiga tahun
kacang tanah: sehingga dua peratus kanak-kanak

Apakah simptom-simptom yang harus saya perhatikan?

Adalah mudah untuk mengesan samada anak anda mempunyai alahan segera terhadap makanan. Tanda-tanda dan simptomnya termasuk:

gatal-gatal (ruam) sekeliling mulut, hidung dan matanya, yang mungkin merebak ke seluruh badan
bengkak pada bibir, mata dan muka
hidung berhingus atau tersumbat, bersin-bersin, mata berair
gatal mulut dan sakit tekak
loya, muntah-muntah dan cirit-birit

Jika anak anda mengalami reaksi yang lebih teruk, dia mungkin berdehit, sukar bernafas, bengkak pada tekak dan lidah, dan tekanan darah turun tiba-tiba. Ini dikenali sebagai anafilaksis atau kejutan anafilaksis, dan boleh mengancam nyawa. Terus hubungi ambulans atau bawa ke hospital dengan kadar segera.

Ibu dan ayah janganlah bimbang. Kebanyakan kanak-kanak atau bayi ni akan bebas dari alahan ini apabila mencapai umur persekolahan. Namun pengurusan alahan ini sememangnya memerlukan ilmu, wang, masa dan tenaga. Sekarang ni banyak sahaja kumpulan sokongan alahan bayi yang ada. Ibu ayah boleh mencari di Facebook ataupun berhubung dengan klinik kesihatan kawasan masing-masing.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
, , , , , , ,

IBU HAMIL - PERUBAHAN PADA TRIMESTER PERTAMA



Dapat tahu je hamil, perasaan teruja sebagai seorang bakal ibu tu pasti ada kan. Biasanya di awal kehamilan iaitu di trimester pertama (1-3 bulan) tak banyak perubahan fizikal yang nampak. Tapi kan, sebenarnya sistem tubuh kita bekerja dengan sangat aktif. Ini untuk memastikan yang tubuh badan kita bersedia secara fizikal dan emosional sepanjang tempoh kehamilan ini.

Di bawah ni kaklong kongsikan beberapa perubahan yang mungkin berlaku pada tubuh ibu hamil di trimester pertama ( 0 – 12 minggu) kehamilan :

SERING BUANG AIR KECIL

Anda akan merasa lebih sering ingin buang air kecil, ini keraan pertumbuhan rahim yang menekan pundi kencing anda. Ia juga berlaku kerana perubahan hormon. Pastikan ibu hamil minum secukupnya. Dan pastikan juga kebersihan kawasan peribadi anda.

KONSTIPASI/ SEMBELIT 

Trimester pertama mungkin ada sedikit masalah sembelit pada ibu yang hamil. Peningkatan hormon progesterone menyebabkan relaksasi otot sehingga usus kurang efisien. Selain itu, kadangkala suplemen Zat Besi (iron) yang diberikan oleh doktor juga menyebabkan masalah sembelit. Najis juga akan lebih kehitaman kesan pengambilan zat besi. Pemakanan seimbang lengkap dengan sayur dan buah (sumber fiber) membantu masalah ini.

Selain itu, ibu hamil juga boleh menyapu Balm T Rub pada kawasan perut dan betis untuk melegakan masalah sembelit ini.



MORNING SICKNESS (LOYA & MUNTAH)

Loya dan mual di awal pagi atau kadangkala tak kira masa sangat lazim ditemui pada ibu yang di awal kehamilan. Punca loya atau mual adakala kerana bau atau reaksi terhadap sesuatu perkara. Kadangkala bau tumisan di dapur juga mengundang rasa loya dan mual ini.

Jangan risau ye, perubahan ini hanya sementara. Hormon progesteron dan estrogen serta prolaktin dalam badan ibu hamil sedang cuba menyesuaikan diri dengan sistem badan.  Atasilah dengan makan dalam jumlah sedikit tapi kerap. Ada juga yang mengambil buah sitrus untuk kurangkan rasa loya. Mengunyah chewable vitamin C juga membantu mengatasi masalah loya ini.

MERASA LELAH

Lebih penat berbanding biasa. Ia adalah perkara yang normal. Ini kerana tubuh ibu hamil bekerja secara aktif untuk menyesuaikan fizikal dan emosi dalam menempuh tempoh 40 minggu kehamilan ini.

Kekadang terjadinya perubahan pada pola tidur ibu hamil. Namun apa yang penting, ibu hamil perlu dapatkan istirehat yang cukup.


SAKIT KEPALA 

Ibu hamil mungkin akan merasa sakit kepala yang lebih kerap berbanding biasa. Ini boleh terjadi kesan dari mula, keletihan, cuaca terlalu panas mahupun tertekan dengan hal kerja mahupun hal rumahtangga.

Yang lebih penting di saat ini adalah rehat yang cukup. Pengambilan makanan yang seimbang juga memainkan peranan. Jika perlu, boleh dapatkan suplemen kesihatan dari klinik mahupun farmasi.

Namun jika sakit kepala berlaku kerap dan semakin teruk, terus ke doktor. Ia mungkin tanda tekanan darah meningkat (simptom pre-eklampsia).

KEJANG PERUT

Pada trimester awal ini, ada masanya kawasan perut tu akan rasa kejang. Macam kena senggugut lebih kurang gitu. Kejang perut ini berlaku kerana adanya pertumbuhan dan pembesaran dari rahim di mana otot dan ligament merenggang untuk menyokong rahim.

Jika perut kejang dan disertai perdarahan vagina, jangan berlengah untuk ke hospital. Tanda kejang perut dan pendarahan ini adalah salah satu tanda keguguran.


EMOSIONAL

Pada trimester awal kehamilan ini juga terjadi mempengaruhi emosional menjadi tak stabil, hal ini kerana adanya perubahan hormon dan juga rasa tanggung jawab baru sebagai seorang calon ibu.

Ibu hamil perlu untuk mencari waktu untuk diri anda sendiri, bicarakanlah perasaan anda kepada
orang terdekat atau doktor anda. Dan untungnya, tubuh pada akhirnya secara bertahap dapat beradaptasi terhadap perubahan hormonal ini sehingga membuat hidup lebih indah buat anda.

Jika rasa masih moody atau resah, boleh cuba sapukan Balm Calmtime. Bauan dari lavender dan chamomile berupaya memberi ketenangan pada perasaan ibu hamil.

PENINGKATAN BERAT BADAN

Biasanya di awal kehamilan, baju dan seluar biasa ni masih boleh dipakai. Tapi pada akhir trimester pertama ini, akan ada sedikit perubahan terutamanya bab nak zip seluar atau kain. Eh ni bukan kerana buncit tau. Tapi rahim ibu hamil sedang berkembang dan menyediakan ruang untuk janin membesar.

Hormon estrogen yang menyokong pembesaran rahim dan hormon progesterone yang menyebabkan tubuh menahan air.

Ibu-ibu hamil di luar sana jangan risau-risau. Banyakkan berehat dan enjoy perjalanan 40 minggu ni. Saat yang sangat mendamaikan hati.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.




Share:
Read More
, , , ,

VIVIX - PREMIUM & EKSKLUSIF

Salam sayang 

Image result for vivix shaklee

VIVIX Shaklee

Ramai peminat Vivix ni. Kitorang SID ni selalu gelarkan Vivix ni Sirap Ajaib Shaklee :)

Vivix ni adalah minuman kesihatan berunsurkan tumbuhan. Yang membezakan Vivix ni dengan minuman jus kesihatan di pasaran adalah kerana ia dihasilkan dari bahan premium tau.

Vivix Shaklee merupakan satu kejayaan dalam revolusi anti penuaan selular. Vivix ini premium dan eksklusif kerana menggunakan tumbuhan yang sangat berkualiti. Kesemua bahan yang digunakan dalam penghasilan Vivix telahpun diuji terlebih dahulu di makmal oleh Saintis Shaklee. Vivix mengandungi resveratrol dan yang lebih menarik ia lengkap dengan polifenol tumbuhan menjadikan ia 10x lebih baik dari resveratrol sahaja dalam melambatkan proses penuaan sel.

Related image


Vivix bertindak melalui 4 mekanisma seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Image result for vivix shaklee

Apakah kebaikan RESVERATROL?

Jika ada yang nak mencuba?

Boleh hubungi 

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
Share:
Read More
, , , , , , , , ,

Anemia ketika hamil..boleh membawa MAUT!!

Kak long rasa gembira..sahabat baik kak long yang melansungkan perkahwinan beliau pada November 2011 kini dah pun hamil...antara rasa gembira, excited dan berdebar-debar...maklum la kan anak sulung...


Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu yang hamil adalah kurang/ rendah sel hemoglobin..erti kata lain..ANEMIA...Alhamdulillah, kak long tiada masalah anemia ketika hamil namun melihat kakak ipar yg anemic memang rasa simpati...

Bagi ibu yang hamil paras Hemoglobin dalam darah adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL . Hemoglobin berfungsi dalam mengangkut sel oksigen di dalam darah. Apabila sel darah merah berkurang maka bekalan oksigen secara tidak langsung turut terjejas.

Simptom anemia
• 5 L yaitu lemah, letih, lesu, lelah, dan lalai
• Sering mengalami pusing-pusing dan mata sering berkunang-kunang,
• Apabila lebih kronik, bahagian kelopak mata yang berwarna pucat, bibir yang pucat, lidah, kulit serta tangan yang pucat.

Punca anemia
~ Kekurangan kekurangan zat besi
~ Kekurangan vitamin C
~ Kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
~ Masalah tiroid

ANEMIA akibat KURANG ZAT BESI
Ia boleh berpunca dari:
- Kecederaan yang melibatkan pendarahan luaran ata dalaman
- Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid
- Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C
- Kurang pengambilan zat besi dalam diet


ANEMIA akibat KURANG VITAMIN C
Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi.
Jika vitamin C kurang maka penyerapan zat besi menjadi kurang efisien dan seterusnya membawa kepada risiko anemia

ANEMIA akibat KURANG VITAMIN B COMPLEX
Komponen B Complex seperti Cobalamin dan Asid Folik penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu

Antara SUPLEMEN yang boleh diambil oleh ibu hamil untuk mengatasi masalah ANEMIA adalah:

Vitalea iron formula:

Dengan formula zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin Cobalamin dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin, memperkuatkan dinding arteri darah dan meningkatkan sistem pertahanan badan

B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. B-complex Shaklee dirumus khas lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 (cobalamin), Biotin dan asid folik.


Set yang boleh diambil untuk masalah Anemia



1.Euphoria Optimum Health - Set A mengandungi Vitalea, B-complex dan Vitamin C


2.Euphoria Pregnancy Set - Gabungan Set A dan Ostematrix@calcium


3.Energizing Soy Protein – Untuk kritikal anemia di paras 6-7 g/dL


Sedikit tips pengambilan suplemen buat anda:
~ Tidak mengambil minuman berkarbonat atau berkafein. Minuma jenis ini mengurangkan penyerapan zat besi ke dalam darah
~ Vitalea tidak boleh diambil oleh mereka yang menghidapi penyakit Thalassemia...Jadi dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu
~ Untuk penyerapan kalsium yang optimum, amalkan ambil ostematrix sebelum tidur
~ Jangan sekali-kali ambil vitalea bersama ostematrix kerana penyerapan zat besi berkurang jika diambil bersama kalsium
~ Untuk penyerapan zat besi yang efektif, ambil Vitalea bersama-sama Vitamin C

Di sini, kak long nak kongsikan testimoni mereka yang mengamalkan Suplemen Ibu Hamil dari Euphoria Shaklee





Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More

Kekal Bertenaga di Usia 40an

Pn Nora, seorang ibu kepada 2 anak yang meningkat remaja, berusia 40-an dan merupakan rakan semakmal kak long. Pada asasnya beliau memang tiada apa-apa masalah kesihatan langsung namun memandangkan usia beliau yang sudah mencecah 40-an, beliau ingin mengambil beberapa suplemen yang membantu beliau dalam melaksanakan rutin harian beliau di tempat kerja mahupun di rumah. Almaklumlahkan, kadang-kadang bila kita dah semakin berusia, tahap tenaga kita agak berkurang walaupun semangat kita terus meningkat.

Beliau datang berjumpa kak long dan meminta pendapat. Pada mulanya kak long mencadangkan agar beliau mengambil vitamin yang asas iaitu Family Wellness Set namun memandangkan beliau hanya ingin mengambil yang berbentuk tablet/ kapsul sahaja maka beliau hanya mengambil:

i) Vitalea dengan Iron
ii) B-complex
iii) Vitamin C

Dalam masa dua minggu, beliau mengambil Shaklee, ternyata beliau berpuas hati sangat-sangat. Kerja beliau di dalam makmal memerlukan beliau bergerak ke seluruh kawasan kilang dan ini sememangnya memerlukan tenaga yang mantap...Selain itu, beliau turut sering keluar 'out-station' jika ada percubaan produk yang baru...dan ini juga memerlukan tenaga yang bukan sedikit..Ini antara komen yang beliau berikan pada kak long : "Adha, terima kasih sebab kenalkan akak pada Shaklee...memang terasa lain sangat badan ni..Sedap dan sentiasa bertenaga...Lepas ni akak nak cuba yang lain pula.."

Alhamdulillah syukur keran Pn Nora telah merasakan kelainan pada vitamin semulajadi Shaklee ni. Kak long suka bersembang dengan Pn Nora ni sebab banyak tips rumahtangga yang beliau kongsikan...dan antara sebab lain beliau mengambil Shaklee adalah kerana untuk menjaga keharmonian rumahtangga beliau...

Nak tau apa lagi produk Shaklee yang Pn Nora ambil..tungguuu...(ala-ala cerita bersambung la kan..)


Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More

Apa yang orang sihat perlu ambil?

Dalam zaman yang serba moden sekarang ni...kita banyak terdedah dengan pelbagai sumber pencemaran


Di samping itu gaya hidup kita yang suka kepada makanan segera juga mempengaruhi taraf kesihatan kita.

Pengambilan suplemen asas membantu kita dalam memastikan diri kita senantiasa sihat, cergas dan cerdas dalam menghadapi rutin harian....Ingat ye kawan-kawan, diri kita adalah amanah Allah dan kita pasti ditanya tentang amanah yang satu ini...

Jadi apakah makanan tambahan aka suplemen yang boleh diambil oleh mereka yang sihat dan ingin terus sihat..

BASIC/ FAMILY WELLNESS PROGRAM

Set ini boleh diambil oleh seisi keluarga


Apa yang terkandung dalam set ini?

ENERGIZING SOY PROTEIN

Sememangnya dalam menu seharian kita pastinya sumber protein seperti ikan, telur, ayam daging, kekacang pasti ada..namun protein adalah sejenis zat yang mudah termusnah. Tahukah anda protein termusnah pada syhu 37C? Oleh sebab itulah, pengambilan ESP boleh membantu memastikan sumber protein kita sentiasa cukup. Protein yang bagus adalah protein yang mengandungi 9 asid amino perlu yang wajib diambil oleh badan. Protein berfungsi dalam mebina sel baru serta memulihkan sel yang rosak. Sel yang sihat dapat menyerap nutrien (vitamin dan gamram mineral) dengan lebih optimum. Tubuh badan yang sihat datang dari sel yang sihat.

Nota: Protein Shaklee mengandungi phyto-estrogen dan isoflavones (genistein & daidzein - yang menghalang pembentukan sebarang abnormal sel seperti sel kanser). Tidak dihasilkan dari GMO.

VITALEA

Multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Zat besi membantu dalam pembinaan sel darah merah. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah anemia dan tekanan darah rendah. Untuk penyerapan zat besi yang optimum, elakkan mengambil vitalea dengan minuman bersusu. 1 tablet vitalea mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh badan. Ia merupakan sumber pemakanan yang lengkap untuk sel hidup sihat. 

Nota: Vitalea dilengkapkan dengan Sistem Penyerapan Bioaktif yang mampu menyerap asid folik dengan maksimum. Kadar penyerapan vitalea ke dalam badan kita adalah 17 minit.

SUSTAINED RELEASED VITA-C 500gm

Sumber vitamin C sangat banyak di sekeliling kita. Pengambilan 3-4 jenis potongan buah dalam sehari mampu membekalkan keperluan Vitamin C untuk sehari namun berapa ramai di kalangan kita yang mengamalkannya? Vitamin C adalah vitamin yang 'fragile' dan mudah termusnah oleh pengaruh sekitar. Fungsi Vitamin C selain bertindak sebagai bahan pembina imuniti, ia juga adalah sumber pembentukan kolagen yang diperlukan oleh sel dan kolagen bertindak melindungi dan melekatkan antara sel. Pemutusan rantaian kolagen antara sel merupakan faktor terjadinya kedutan pada kulit terutama kulit wajah.

Nota: Vita-C Shaklee dilengkapkan dengan sistem pelepasan masa. Badan memerlukan hampir 100mg Vitamin C dalam satu jam dan sistem ini memaksimumkan penyerapan vitamin C ke dalam badan.

B-COMPLEX

Satu rumusan B-kompleks yang lengkap dengan 8jenis vitamin B termasuk Biotin dan asid folik. B-kompleks mudah termusnah oleh haba yang tinggi, tekanan dan merupakan vitamin yang larut air. Berfungsi dalam memastikan sel yang hidup sihat dan bergerak dengan aktif dan melaksanakan fungsi masing-masing dengan baik. Sering keletihan dan mengalami keadaan emosi yang tidak stabil antara kekurangan B-kompleks. Jika diambil selepas sarapan, merupakan pembekal tenaga untuk rutin seharian.

Nota: B-kompleks Shaklee lengkap dengan 8 jenis B dan lengkap dengan Sistem Penyerapan Bioaktif.

Seorang isteri dan ibu pastinya menginginkan ahli keluarganya sentiasa sihat dan riang gembira. Keluarga yang sihat adalah keluarga yang sejahtera dan harmoni. Keluargaku syurgaku...

Kak long telah memilih Shaklee untuk memastikan keluarga kak long sihat sejahtera...Anda bagaimana?

Ingin lebih tips kesihatan keluarga? Nantikan entry akan datang...

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More