Posts

Showing posts with the label balm calmtime

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

Image
Biasakan dengan "ANAK NAKAL".

Pada kak long, kanak-kanak yang nakal adalah mereka yang kreatif dan bijak. Tapi adakala kenakalan mereka menyebabkan ibu atau ayah mula "naik angin". Jadi Kak long nak kongsikan beberapa tips untuk menangani anak-anak yang nakal ni




Tips 1 ~ Pergi ke arah mereka Biasanya kita cenderung untuk menjerit jika kita ternampak mereka melakukan perkara yang salah. Apa kata kita ubah dengan bergerak ke arah mereka, bercakap-cakap dengan lembut dan memberitahu perkara yang mereka lakukan adalah satu kesalaha

Tips 2 ~ Selalu mengulang nasihat Lazimnya kita beri nasihat jika dah buat salah... Bila jadi macam ni, ia disalah anggap sebagai membebel. Jadi selepas ini, sentiasa menasihati mereka walaupun ketika mereka sedang bergembira. Malah ia lebih baik kerana lebih mudah diterima dan dipatuhi


Tips 3 ~ Bercerita Selalu bercerita dengan anak-anak, terutamanya kisah-kisah teladan mampu membuat mereka berfikir dan mengurangkan darjah kenakalan mereka