Showing posts with label basic H. Show all posts
Showing posts with label basic H. Show all posts

BASIC H yang SUPERB!!!

Salam sayang 

Cerita BASIC H ni tak habis lagi...

Kalau semalam kak long kongsikan testimoni BASIC H ni...hari ni kak long nak kongsikan pula apa sebenarnya produk BASIC H ni...

BASIC H ni adalah pencuci yang boleh dibiodegradasi dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Perghhh...memang produk otai la senang cakap BASIC H ni..


Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah dan boleh digunakan pada bila-bila masa. 

Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai.

 Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.


Secara personal, bagi kak long  Basic H adalah pencuci serbaguna yang wajib ada. Memang lah sekarang ni ada macam-macam pencuci serbaguna tapi  kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. 

Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Dengan BASIC H...korang lebih SELAMAT! Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak dan kepekatan berganda.

 Kat bawah ni pula jadual penggunaan BASIC H...korang boleh amik jadual ni sebagai rujukan ye...


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee
Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
,

Baju lama & Basic H

Salam sayang buat pembaca setia kak long...

Sebenarnya ada beberapa draft entry yang telah siap kak long tuliskan...Ia berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga sejak Mei 2015...

Tapi tu lah masalahnya...bila dah siap...hati pula berat nak publish...masih tak sampai rasanya di hati ni nak ceritakan....tunggu lah ye...jika hati dah ringan nanti kak long publishkan..

Minggu ni minggu yang agak santai buat kak long...ye lah sebelum ni jadual agak ketat dengan audit luaran dan dalaman (sejak beberapa bulan lepas)...jadi minggu ni memang dinanti-nanti...apatah lagi minggu ni ada school break dan Khamis akan datang ni adalah Hari Raya Haji maka memang terasa sungguh santainya tu...

Beberapa hari lepas kak long dah mula packing baju anak-anak nak balik beraya nanti kan...(excited sungguh ni..). Sambil packing tu, packing sekali baju lama-lama yang nak dibawa balik untuk program FREE MARKET. Program ni bertujuan untuk memberikan pakaian atau barangan terpakai yang masih elok kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Biasalah kan...baju-baju lama ni bila dah simpan lama, warnanya boleh berubah ke kekuning-kuningan... Biasanya korang guna sabun apa? Atau korang guna peluntur? Untuk baju-baju lama ni hatta baju sekolah anak-anak..pilihan kak long adalah BASIC H...

Tak susah mana....sekadar rendamkan baju-baju tersebut dan titiskan beberapa titis BASIC H... Kak long rendamkan dalam 15 minit dan basuh...Kak long tak amik gambar tapi kak long pinjam gambar di bawah sebagai testimoni ye

sumber: www.jurnalmama.com

BASIC H ni bukan sahaja boleh digunakan untuk pakaian malah kasut sekolah, barangan dapur seperti kuali, membersihkan lantai dan tandas... Kiranya BASIC H ni multipurpose cleaner .... Yang bestnya lagi...ia bebas dari fosfat.. Kita guna bahan pencuci pada masa yang sama menjaga alam sekitar... Memang TERBAIK!!



Sebotol BASIC H ni harganya RM46 dan mengandungi 16 oz = 470mL... 
Sepanjang kak long guna BASIC H ni boleh bertahan 4-5 bulan untuk sebotol...
Nilai yang sungguh berbaloi-baloi..


Kak Long Shaklee
Nur Adha Mansor
019-798-7970
COD: Sitiawan, Manjung & Lumut
Share:
Read More
, , , , ,

HANIS dan HFMD

Beberapa hari yang lepas, kak long ada memuatnaik status di FB kak long berkaitan si comel HANIS


Ada yang pm bertanyakan apa itu HFMD dan bagaimana kak long menanganinya.

Jadi petang ni akk long nak kongsikan dengan kalian apa itu HFMD atau nama panjangnya Hand, Foot & Mouth disease (penyakit Kaki, tangan dan mulut)


Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71)
Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. 
Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. 
HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri
Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

dipetik dari lama web rasmi www.moh.gov.my

Kak long turut membawa Hanis ke pakar kanak-kanak untuk memastikan tahap kesihatannya...menurut doktor tersebut tiada apa yang perlu dirisaukan melainkan jika selepas 3 hari, demam Hanis tidak kebah, Hanis perlu dibawa sekali lagi ke klinik.
Pakar tersebut sekadar memberi lotion untuk mengurangkan kegatalan dan krim untuk mengelakkan luka.

Lazimnya, untuk pesakit HFMD ini, hanya pastikan mereka mengambil air yang cukup untuk mengelakkan mereka dehidrasi, dan sangat digalakkan memberi makan makanan/ minuman yang sejuk seperti aiskrim vanila dan jus buah.

HFMD sangat mudah berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak di bawah 8 tahun. 
Oleh sebab itu, sebaik sahaja kak long mengetahui yang Hanis kena jangkitan HFMD, semua cadar dan alat permainan kak long rendamkan di dalam Basic H. Lantai dimop 2 kali sehari menggunakan Basic H (sebelum ni kak long mop berselang hari). Basic H ni bagus sebab ia dihasilkan dari bahan organik dan tidak bertoksik.


Selain dari itu, kak long turut memberikan Hanis sebiji OMEGA GUARD setiap hari ketika dia tidak sihat. Pada kebiasaannya, seminggu 2-3 biji sudah memadai. Omega membantu meningkatkan imuniti Hanis di samping agen antiinflamasi. Bintik-bintik merah yang tumbuh di seleuruh badan Hanis sememangnya gatal namun dengan mengambil Omega, kak long nampak Hnais kurang menggaru. Malah selepas 3 hari, bintik-bintik yang tumbuh tu semkain berkurang dan mengering.


Dan hari ini, hari kelima Hanis dijangkiti HFMD, kesihatan Hanis semakin pulih dan Hanis semakin bijak... (Orang tua-tua kata...budak-budak demam nak dapat akal...) 



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More

Saya suka BASIC H...

Basic H adalah rangkaian barangan Get Clean Shaklee...


Mesti ada yg tanya APA ITU BASIC H...kat bawah ni sedikit sebanyak info berkaitan Basic H yang kak long petik dari laman web Shaklee..
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean


Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air



Tingkap dan cerminCampurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean


LantaiCampurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air


Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam


Perbezaan Shaklee 
Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

sumber: Mamafaiz.com

Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More

Basic H ~ Cecair 1000 Guna








Basic H adalah cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan.


#KEGUNAANCARA
1Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimiaIsikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awetIsikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awetIsikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnyaIsikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnyaBasahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7Mencuci & membersih lantai serta alat permainanIsikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnyaTitikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9Mengasah pisauTitikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnyaTitikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN

#KEGUNAANCARA
1Menghapuskan kutu di atas kepalaBasahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panasSapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnyaTuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4Demam panas (sebelum berjumpa doctor)Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5Sakit gigiMasukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7Ulser dan mulut berbauTuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8Penyubur tanaman dan penggembur tanahAir lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnyaTuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.



Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More

Basic H & Cloth Diaper



Tahukah anda, Menurut ClothDiapersMalaysia:


Di mana nak cari pencuci yang TIADA PELUNTUR, TIADA ENZIM, TIADA FOSFAT, TIADA PENGAWET/PELEMBUT/PENGAWET? Ya, semuanya ada dalam Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate!

Bagi pengguna cloth pads, untuk mencuci cloth pads tentunya bukan perkara simple. Namun dengan Basic H, mencuci cloth pads kini lebih mudah! Kita ikuti pengalaman Puan Rafidah, pengguna cloth pads sejak sekian lama.


 credit to : MommyLyna

Anda bagaimana? Cuci lah cloth pad anda dengan pencuci organik Basic H. Satu botol sangat berpatutan dan berbaloi-baloi...Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa! Boleh email kepada saya di nuradhamansor[@]yahoo.com atau sms kan kepada 019-7987970 untuk pesanan! 

Sangat banyak kegunaan Basic-H ni. Basic-H juga dikenali sebagai pencuci 1001 guna. Rujuk SINI.  You’ll know when you have it in your home. Dah tak perlu benda lain lagi dah. Jom baca testemoni ibu-ibu yang lain.



* Basic-H adalah double concentrated, jadi kena dilute atau larutkan dalam air terlebih dahulu. Satu botol 475ml tapi boleh tahan lama sebab guna sikit2 saja.



Mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi percuma.
Share:
Read More