Posts

Showing posts with the label calmtime

BALM CALMTIME ~ BALM UNTUK ANAK TANTRUM DAN MUDAH MENGAMUK

Image
Hai korang.
Hari ni kaklong nak perkenalkan pula Balm seterusnya dalam rangakaian produk Tasneem Naturel iaitu Balm CalmTime


Calmtime ni sesuai digunakan oleh anak anak yg suka mengamuk, tantrum, hyperactive dan susah nak duduk diam secara asasnya. Haruman si CalmTime memang tak dapat disangkal lagi. Mesti semua tertanya-tanya bahan apa yang terkandung dalam balm Tasneem ni sampaikan anak yg sedang tantrum pun boleh berubah jadi lebih tenang lepas sapuan Calmtime.

Tiada unsur magic pun. Yang ada hanyalah 8 jenis minyak pati tumbuhan (essential oils) seperti yg korang boleh lihat dlm gambar di bawah


Minyak Pati Geranium. Diekstrak dari batang dan daun, ianya mampu melegakan tekanan, mengurangkan kemurungan, mengimbangi hormon dan melancarkan peredaran darah.

Minyak Pati Lavender  Lavender membantu dengan memberikan rasa rileks saraf, menstabilkan mood bagi mereka yang sering mengalami gangguan tidur. Selain itu, ia turut membantu daya tumpuan yang lebih baik. 
Minyak Pati Frankinsense�…

9 CARA MENGATASI ANAK MENGAMUK DAN TANTRUM DUDUK DALAM CAR SEAT

Image
Salam sayang semua

Ramai mak dan ayah yang mengadu anak mereka kerap tantrum dan mengamuk bila letak  dalam carseat. Kaklong pun hadapi masalah yang sama juga sebenarnya
Tapi Alhamdulillah lepas baca artikel ni, in shaa Allah masalah anak tantrum dan mengamuk ni dapat diatasi.

1. TENANG, TENANG DAN TENANGKAN DIRI ANDA
Perkara pertama kena buat, anda WAJIB TENANGKAN DIRI ANDA.

Biasanya memang kita akan rasa tertekan dan malu apabila anak asyik menangis, tantrum dan mengamuk dalam kereta. Tambahan pula dengan banyak mata merenung anda di kiri kanan. Rasa kasihan dan sedih juga melihatkan anak dalam kereta sudah bengkak mata. Apa yang boleh anda buat, tarik nafas panjang dan fokuskan pada keselamatan anak anda. Itu lebih penting. Meletakkan anak dalam car seat adalah perkara yang betul. Jadi anda telahpun membuat keputusan yang betul

Yang penting, kawal emosi supaya pemanduan anda tidak terjejas sehingga selamat sampai ke destinasi. 2. PERIKSA KESELESAAN ANAK SEMASA DUDUK DALAM CAR SEAT

ANAK TAK NAK MAKAN - ORAL OVER SENSITIVE?

Image
Korang mak-mak ada tak masalah anak yang tak nak makan ni. Terutama bila dah naik umur 1 tahun ke atas? Masalah ni dipanggil masalah anak oral over sensitive. 


Kaklong kongsikan sedikit perkongsian dari Dr Ain Zul berkaitan masalah ini.

Mummy nak sharing sikit jawapan kepada problem kawan lama mummy ni. Mummy rasa perlu kongsi dengan ibu-ibu lain jugak sebab maybe ada yang anak problem macam ni kan.

Ade dua isu aje yang nak sentuh dalam kes ni:
1) Anak 1 tahun 9 bulan tak nak makan makanan tekstur kasar, sepatutnya dah boleh makan macam-macam.

2) Frekuensi susu untuk anak umur 1 tahun ke atas.

Hari ni kita fokus sebab Nombor 1 sahaja.

Anak yang tolak makanan bertekstur macam nasi bijik-bijik, ayam ketul-ketul atau apa sahaja yang kasar berkemungkinan ada masalah oral yang over sensitive. Kenapa kita panggil over sensitive, sebab dia tak boleh nak hadap dengan makanan yang bertekstur kasar sikit. Ada kes yang sampai boleh muntah atau gagging reflex. 
Macam anak kawan mummy ni, nak berus gig…