Showing posts with label carotomax. Show all posts
Showing posts with label carotomax. Show all posts
, ,

Carotomax Perlindungan Antioksida dari Dalam - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Carotomax. Salah satu vitamin larut lemak yang ada dalam rangkaian produk Shaklee.

Image result for carotomax

Melindungi sel-sel dari dalam

Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksidan yang ditemui dalam buah-buahan, sayuran dan tumbuhan lain dengan mengasingkan dan menghasilkan pelbagai bentuk karotenoid semula jadi. Untuk dapatkan tahap ketulenan seperti ini melalui makanan bukan perkara mudah.

Korang tahu tak?

Jika pemakanan harian korang tidak mengandungi banyak tomato, lobak merah, dan sayur-sayuran hijau, kemungkinan besar korang tak dapat nutrien utama yang dapat membantu melindungi tubuh.

Keistimewaan Carotomax Shaklee

CarotoMax® membekalkan enam karotenoid penting termasuk astaxantin, alfa dan beta karotena, likopena, lutein dan zeaxantin daripada ekstrak pekat. 

Membekalkan lebih 13mg karotenoid dalam setiap hidangan. Ia melebihi 1.5x berbanding anggaran purata pengambilan harian.

Purata pengambilan harian karotenoid lutein, likopena dan beta karotena hanyalah 8mg - CarotoMax® menyediakan lebih 13mg karotenoid yang sangat bermanfaat.

Fakta Nutrisi  Saiz Hidangan: 1 kapsul (735.55mg)
RamuanSetiap Kapsul

Beta Karotena 3.1 mg
Likopena 5 mg
Lutein 5 mg
Alfa Karotena 1.5 mg
Astaxantin 400 mcg
Zeaxantin 200 mcg

Tingkatkan Perlindungan ANTIOKSIDA dengan Karotenoids

Mengekalkan kulit yang sihat dan kelihatan lebih muda

Menyokong sistem imun yang kuat

Membantu mengekalkan kesihatan berpanjangan


Jika ada yang berminat untuk mencuba SET VITAMIN SHAKLEE, 
 boleh hubungi nombor di bawah

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

JOM KENAL dengan CAROTOMAX

Salam sayang

Biasa kita diberitahu akan kebaikan mengambil LOBAK MERAH... kononnya dengan mengambil lobak merah setiap hari, kita akan terhindar dari masalah mata seperti rabun.... Apa sebenarnya nutrien yang terkandung di dalam lobak merah tu yang membantu kesihatan mata.

Di Shaklee kami ada produk khusus untuk nutrien mata... CAROTOMAX... Agak kurang popular namun pada yang pernah mengambilnya pasti takkan sekali-kali melupakan kehebatan si cilik ini.


Komponen utama di bawah adalah komponen yang terkandung di dalam CAROTOMAX.


Apa fungsi setiap nutrien tu?

Alpha Carotene
      Membantu dalam penglihatan di waktu malam, menyihatkan mata dan menghalang degenerasi mata

Beta Carotene
     Mempercepatkan pemulihan luka, meningkatkan sistem imun badan serta mengurangkan risiko kanser

Astaxanthin
     Melindungi saraf dari kerosakan akibat kolesterol jahat

Lycopene
     Bersifat anti oksidan dan menghalang penuaan organ. Memelihara sistem peredaran darah serta sistem          reproduktif lelaki dan perempuan

Lutein 
     Menghalang katarak dan glaukoma terutamanya pada mereka yang lebih berusia

Zeaxanthin
     Melindungi mata dengan menuras gelombang cahaya biru pendek yang berbahaya


Ingin tahu lebih lanjut berkaitan CAROTOMAX... Klik sahaja link ini => CAROTOMAX



 
 Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
, , , , , ,

Atasi Jeragat dengan Vitamin


Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu.

Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

Penyebabnya:
1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.

Rawatan Luaran
a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. 
b. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.

Rawatan Dalaman
Melalui supplement.
Antara supplement yang membantu mengurangkan jeragat dari terus merebak ialah
Energizing Soy Protien.- protein bantu memulihkan sel dan memastikan sel kita sentiasa sihat dan berganti setiap 21 hari.
Vitamin B dan C - dua vitamin ini sangat penting untuk pembinaan kolagen yang menjadikan kulit lebih tegang
Vitamin A dan E - sebagai antioksidan yang penting selain anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan abnormal sel.
GLA - ia membantu keseimbangan hormon dalam badan kita.

Bagi yang kurang berkemampuan, memadai amalkan ESP, Catomax, Vitamin C dan GLA. Usaha yang istiqamah akan berhasil.

Bagaimana nak dapatkan kesan yang betul?
Amalkan pengambilan supplement yang konsisten selama 90-120 sehingga mendapatkan ton kulit yang sekata


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , ,

Vitamin Untuk Kulit

Ramai orang inginkan kulit yang cantik. Dan kebanyakan mereka percaya yang kulit yang cantik datang dari penggunaan produk kecantikan yang mahal-mahal...betul ke? Sebenarnya kecantikan luaran (kulit) adalah bermula daripada pengambilan makanan yang sihat. Pengambilan produk kecantikan tidak semestinya membantu jika struktur dalaman kulit tidak dipulihara terlebih dahulu...

Utusan online ada berkongsi berkaitan pemakanan yang membantu kesihatan kulit....kak long petik artikelnya di sini

Vitamin untuk kulit


Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

Jawapan
Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.

Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.
Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.
Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.

Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yang pastinya...rangkaian produk SHAKLEE yang boleh membantu masalah di atas adalah seperti di bawah ini:



Pro-vitamin A


Sustained Release Vitamin C 500mg

Vita-E Complex




GLA complex



Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More