Posts

Showing posts with the label demam

TIPS TURUNKAN SUHU ANAK DEMAM

Image
Anak demam macam mana nak buat?

Sebelum tu, meh kaklong nak terangkan pasal DEMAM.Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.2°C (suhu di mulut), jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.

Terdapat beberapa faktor penyebab anak demam:Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-biritJangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)Demam malaria/denggi/HIVPenyakit sendiUbat seperti antibiotik dan sebagainya Bagaimana nak merawat anak yang demam atau menurunkan suhu anak yang demam?
Kebiasaannya jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi dalam badan kita berjaya menangani jangkitan. Walaupun begitu pemantauan terhadap suhu anak yang demam harus dilakukan dengan kerap untuk mengelakkan ia naik me…