Showing posts with label detoks. Show all posts
Showing posts with label detoks. Show all posts
, , , ,

INTERMITTENT FASTING (IF) DIET - KAEDAH DIET YANG SEMAKIN TRENDING

Dah macam-macam kaedah diet yang kaklong belajar. Yang terkini rupanya tentang diet dengan berpuasa atau dikenali juga sebagai Intermittent Fasting Diet (IF Diet).



Ada yang kata IF Diet ni sebagai sunnah sebab kita berpuasa. Puasa selain puasa yang wajib sememangnya sunnah. Tapi nak kata Fiet IF ni sebagai sunnah sepenuhnya mungkin tak kot. Sebab diikutkan jika berpuasa, ada waktu sahur, dan kita mula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Ni definisi puasa sebenarnya.

Meh nak cerita apa sebenarnya Diet IF ni. Kaklong kongsikan dari Tuan Kevin Zahri ye

Apa dia Intermittent Fasting?


Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF benarkan anda minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori seperti kopi tanpa semasa “berpuasa”.


Jenis diet IF?


Terdapat beberapa jenis atau cara pengamalan IF.

16:8. Ini mungkin yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12pm hingga 8pm tapi perlu berpuasa 16 jam selebihnya beberapa kali seminggu.

24jam. Di sini anda perlu elak makanan minuman berkalori untuk 24jam mungkin 1-2x seminggu. Sekali lagi – minum air dibenarkan.

5:2. Lima hari seminggu anda dibenarkan seperti biasa tapi dua kali seminggu anda perlu hadkan pengambilan kalori kepada 500-600kcal sahaja.




Pada pendapat kaklong kalau korang rasa nak cuba buat IF diet ni memang boleh la sangat. Sebab kita pun dah biasa berpuasa siang hari kan. Cumanya walaupun dalam diet IF ni berpuasa lebih lama di waktu petang/ malam, pengambilan makanan ketika siang sangatlah memainkan peranan.

Pastikan kita ambil makanan sebenar (real food) dan cuba kurangkan makanan terproses. Biasanya dalam makanan terproses, bahagian makanan sebenar tu sangatlah sedikit. Kemudian, belajar kurangkan gula dan garam dalam makanan dan minuman yang kita ambil.

Jika kita buat diet ni untuk hanya kurus, memang rugi besar. Namun jika niat kita untuk lebih sihat, in shaa Allah kita akan memilih corak pemakanan yang lebih baik. Makanan bergoreng dan terendam minyak memang sedap namun, lemak yang makin menebal dalam badan tu lebih penting untuk diuruskan.


Jangan lupa, walaupun pemakanan menyumbang 80% dari diet harian, untuk kesihatan organ dalaman dan kecergasan, senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu amatlah efektif dalam sesi diet. Berat turun, badan lebih cergas.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
, ,

Makanan Untuk Detox Hati - RahsiaSihat.com

Salam sayang 

Kak long ni asyik bebel pasal detoks je kan. Eh penting tau dik non. Dah baca belum Rahsia Detoks ni apa? Kalau belum, hah pergi klik kat link bold tu, nanti boleh tahu apa rahsia detoks ni.

Jadi hari ni kak long nak kongsikan pula apa makanan yang membantu proses detoksifikasi badan kita.

Milk Thistle

Milk Thistle - makanan untuk HATI. Ia membantu menyihatkan hati dengan meneutralkan radikal bebas, membaiki kerosakan sel-sel hati dan melindungi sel-sel hati baru dari rosak disebabkan toksin yang sama.

Bagaimana milk thistle berfungsi?

Silymarin, adalah campuran flavonoid yang berasal dari benih milk thistle, yang bertindak sebagai antioksidan dan mencari radikal bebas serta menghalang dari merosakkan sel-sel. 
Silymarin meningkatkan tahap glutathione dalam hati, berfungsi untuk membantu tubuh menyingkirkan bahan kimia dan ubat-ubatan (seperti acetaminophen).

Di samping itu, flavonoid kompleks didalam milk thistle menggalakkan pengeluaran protein untuk mencipta sel-sel hati yang baru dan menggantikan yang telah rosak

Dandelion

Dandelion adalah antara herba terbaik untuk merawat kencing manis, penyakit hati, buah pinggang dan masalah penghadaman.

Apa yang membuatkan dandelion sangat terkenal? 
Seperti milk thistle, dandelion kaya dengan antioksidan, ia juga mengandungi vitamin A, B, C, D, E dan beta-karotena, termasuk mineral seperti zink, besi, kalium dan selenium untuk menyokong kesihatan hati

Schizandra Chinensis

Schizandra Chinensis atau lebih dikenali sebagai "S.C." 
Penggunaan herba anti-stres ini sangat terkenal dalam perubatan Cina untuk merawat organ hati. Ujian makmal menunjukkan bahawa sebatian antioksida S.C. bermanfaat untuk melindungi hati dan sistem saraf yang kompleks di dalam badan. Ia berupaya untuk merawat penyakit mental dan fizikal

S.C. terbukti telah berjaya mengurangkan aktiviti pengumpulan lemak di dalam hati, mencegah kecederaan hati, dan mengurangkan keradangan hati. Bagi pesakit kencing manis, S.C. bermanfaat untuk mengurangkan tahap glukosa selepas makan

Cendawan Reishi

Kulat ini digelar "Cendawan keabadian" dan "Herba ajaib" oleh kaum Cina

Cendawan Reishi mempunyai paras polisakarida dan triterpenes yang tinggi. Tubuh manusia menggunakan polisakarida untuk tenaga dan ianya terkenal untuk meningkatkan fungsi hati, meningkatkan kesihatan usus, merangsang sistem imun, menguatkan sistem kardiovaskular dan juga sebagai agen untuk memerangi kemunculan penuaan (or melambatkan proses penuaan).
 
Selain itu, triterpenes juga didapati berkesan untuk rawatan anti-kanser, berfungsi sebagai sokongan sistem imun, hormon, dan kawalan tekanan darah, yang seterusnya membantu mengurangkan tekanan.

Curcumin

Curcumin, bahan utama berwarna kuning yang terdapat di dalam kunyit.
Curcumin mempunyai ciri anti-radang dan antioksidan yang bertindak pada peringkat molekul untuk membantu pengoksidaan daya tahan badan

Selain itu, curcumin menyokong memori yang jelas dan kuat dengan meningkatkan tahap hormon di dalam otak untuk mencetuskan pertumbuhan neuron baru dan mencegah pelbagai proses kemerosotan dalam otak.

Artichoke

Artichoke mempunyai khasiat yang tinggi dalam serat, asid folik, vitamin C, vitamin K dan ia berada di kedudukan ke-7 untuk kebaikan antioksidan berbanding lebih 1000 jenis makanan lain. Artichoke mempunyai tahap antioksidan sinarin dan silimarin yang tinggi.

Organ hempedu memainkan peranan utama dalam membantu proses detoks badan kerana ia mengangkut toksin dan bahan buangan daripada hati. Artichokes bertindak sebagai agen diuretik dan koleretik, dimana ianya menggalakkan penghasilan air kencing dan meningkatkan kelajuan apabila hempedu dirembeskan daripada hati. Hempedu ini dihasilkan oleh hati, disimpan di dalam pundi hempedu di antara waktu makan dan dikeluarkan ketika makan. 

Artichokes menggalakkan pembuangan hempedu dari pundi hempedu. Kekurangan jumlah hempedu boleh meningkatkan masalah penghadaman dan juga risiko kerosakan sel hati serta penyakit hati. 

Tentu ramai yang tertanya-tanya macaman nak dapatkan herba atau tumbuhan di atas kan.

Sebenarnya tumbuhan di atas adalah komposisi bahan mentah yang terdapat di dalam sebatian 
DTX COMPLEX. 


Pengambilan 3 biji sehari selepas sarapan untuk fungsi hati yang lebih baik

Berminat menjadi ahli Shaklee atau/dan mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
,

7 Faedah Detoks - RahsiaSihat.com


Salam sayang korang

Wah bercuti panjang ye hujung minggu lepas. Dari cuti Hari Kemerdekaan bawa ke Cuti Raya Haji dan kemudian ditambah sehari lagi sempena kemenangan kita pada Sukan SEA yang baru je tamat 30hb Ogos lepas.

Bila dah bercuti panjang dan menyambut perayaan sah-sahlah diet sihatdah ke laut dalam kan.Takyah korang la, kak long sendiri pun sama. Apatah lagi beraya di rumah mak sendiri, kerjanya makan je lah kan hihi.

Okaylah sebab dah banyak sangat makan, jom apa kata kita kembali ke pangkal jalan pula. Kita mula buat detox ni. Banyak manfaat buat DETOKS ni sebenarnya. Kak long senaraikan 7 sahaja ye

Manfaat Pertama

PENGURANGAN BERAT BADAN

Korang nak tahu, antara kesan buruk toksin ialah ia membataskan keupayaan badan kita dari membakar lemak dengan efisien
Dalam badan kita, ada gen pada kilang lemak. Gen inilah yang memberi signal untuk proses pembakaran lemak berlaku. Tetapi bila toksin melekat pada gen ini, ia menyebabkan fungsi gen terganggu.
Secara tak langsung, pengumpulan lemak berlaku dan menyebabkan pertambahan berat badan

Manfaat Kedua

MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT (KOLON YANG LEBIH SIHAT)


Biasanya lama ke korang duduk di tandas? Jika lama, ia berkemungkinan yang usus korang mengalami masalah pencernaan
Usus berfungsi membawa sisa keluar dari tubuh badan kita. Namun disebakan pemakanan kita yang tidak sihat, ia menyebabkan pengumpulan sisa dan lemak jahat pada saluran usus. Dan menyebabkan ia tersumbat
Bila kita melakukan proses detoks, ia bukan sahaja membersihkan usus malah menyingkirkan segala toksin dan sisa buangan yang jahat keluar dari sistem badan kita

Manfaat Ketiga

MEMBERI TENAGA
Dalam entri sebelum ni, kak long ada beritahu yang tubuh kita mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri. Tapi bagi membuang toksin, ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! 
Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan korang cepat berasa letih. Kurang tenaga juga bermaksud yang badan korang dipenuhi toksin
Melalui detoks ia membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh lebih tenaga dan stamina.

Manfaat Keempat

MENGURANGKAN NAFSU MAKAN

Bila kita dah sisihkan toksin dari badan, sel dalam badan sudah terbiasa dengan makanan gantian yang bernutrisi tinggi. 
Jadi inilah masa terbaik untuk korang tinggalkan segala kegemaran korang yang "jahat-jahat" macam kek, coklat, aiskrim, makanan fast food dan yang sejiwa dengan yang disebut.
Jangan lupa sentiasa pastikan hanya makanan bernutrisi sahaja yang ada dalam simpanan contohnya kekacang taupun buah-buahan mahupun pelbagai salad

Manfaat Kelima

KULIT LEBIH CANTIK
Kulit menggambarkan kesihatan dalaman kita. Bila kulit cantik maksudnya kesihatan dalaman kita sangat baik.
Jerawat dan pelbagai masalah kulit sebenarnya melambangkan jumlah toksin yang terkumpul dalam badan kita. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah.
Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan. Jadi bila badan dah bebas toksin wallah nampak hasilnya terserlah pada kulit kan. 

Manfaat Keenam

MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI

Radikal bebas ni memang ada di mana-mana. Dan yang lebih memburukkan ia mampu merosakkan sistem imunisasi badan kita. Kesannya, keradangan.
Nak bebas dari radikal bebas ni? Dengan DETOKS lah
Detoks dapat membantu untuk menghindari toksin maka ia tidak membantu dalam membiakkan radikal yang ada merata-rata. Jadi badan akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya!

Manfaat Ketujuh
TIDUR LEBIH LENA
Toksin, terutamanya logam berat menyebabkan gangguan keseimbangan sel normal. Ia juga menyebabkan penghasilan radikal bebas. Radikal bebas mengakibatkan hormone tidur meningkat dan mengganggu corak tidur. Ia turut mengundang masalah insomnia. 
Apabila logam berat disingkir dari sistem badan, jam biologi akan diset semula. Corak tidur akan menjadi lebih baik dan tidur akan jadi lebih berkualiti

Jadi dah nampakkan apa FAEDAH DETOKS tu sebenarnya. 

Shaklee sememangnya menyediakan SET DETOKS untuk mereka yang nak menyingkirkan segala toksin dalam badan. Jika anda berminat, boleh je hubungi nombor di bawah ni

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
,

SELF-DETOX

Salam sayang 

Kak long ada kongsikan mengenai keperluan DETOKS kan. Korang nak tahu tak sebenarnya tubuh badan kita ni pun melalukan sendiri proses detoks ni.

TUBUH BADAN KITA MELAKUKAN DETOKSIFIKASI SETIAP MASA

Biarpun dalam keadaan normal dan sihat, tubuh anda akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh anda boleh mendetoks dengan sendirinya.

Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detoks. Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh. Organ ini berfungsi membersihkan tubuh anda, atau menyahtoksin bagi memastikan anda kekal sihat. Malahan kulit anda menghasilkan toksin melalui peluh.


PARU-PARU - membuang berbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah anda.

SISTEM LIMPA - beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksintoksin yang lain dari tubuh anda. Malah kulit anda juga menyahtoksin melalui kelenjar peluh.

BUAH PINGGANG - membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh anda melalui pundi kencing.

SISTEM PENGHADAMAN - meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin anda tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari tubuh anda setiap kali anda melakukan proses pembuangan.


DETOKS MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS

Jadi, sekiranya tubuh anda membersihkan dirinya sendiri, mengapa anda perlu detoks

Anda perlu tahu dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh anda akan menjadi lebih kuat mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan menurunkan berat badan anda agar tampak lebih baik, sihat dan segar!

Ibaratkan diri anda seperti kereta, di mana ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak, namun, sehebat mana pun kereta itu, lambat laun; ia tetap akan mengalami kerosakan bagi mengekalkan prestasi peringkat optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya. Tanpa bantuan tambahan, badan anda mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan anda akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh anda. 

Detoks ini bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan kita ini.


Kini anda telah tahu apa itu detoks, teruskan membaca siri detox daripada Shaklee untuk ketahui lebih lanjut mengenai manfaat dan kehebatannya.

Berminat menjadi ahli Shaklee dan mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com

Share:
Read More
,

DETOKSIFIKASI @ DETOKS

Salam sayang

Image result for detox

Seringkali kita dengar perbincangan tentangnya, atau terbaca di dada akhbar rencana mengenainya, tetapi apakah maksud sebenar di sebalik perkataan ini? Bayangkan detoksifikasi sebagai pembersihan tubuh agar kita tampak dan rasa lebih hebat. 
APABILA KITA MENDETOKS, KITA SEBENARNYA MEMBUANG RACUN DAN KESEMUA YANG TIDAK BAIK DARIPADA SISTEM TUBUH BADAN KITA.
Toksin ini terkumpul di dalam sistem tubuh badan kita setiap kali kita bernafas, bersenam, makan dan minum malah ia terkumpul lebih pantas dari tempoh pembuangan yang dilakukan tubuh badan manusia.

Terdapat banyak toksin yang wujud di dalam persekitaran kita, yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan; lihat saja pada udara yang anda hirup, air yang anda teguk, peralatan dan perkakas yang anda sering gunakan, juga tempat yang anda selalu berada dan anda akan sedar kehadiran unsur yang bukan semula jadi atau tidak berkhasiat.

Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan tubuh sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan kepada berbagai masalah perubatan malahan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit.

Lima Saluran Utama Toksin yang perlu diberikan perhatian

PEMAKANAN

Makanan yang diproses, mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun serangga biasa terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.

UDARA

Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

AIR

Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah mencemarkan air kita. Air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia juga besi yang merbahaya dan yang mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan organ dalaman.

TUBUH BADAN ANDA

Setiap hari, tubuh anda juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin. Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan sendirinya.

GAYA HIDUP

Ada juga toksin yang kita sendiri pilih! Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak dari yang sedia ada.

Berminat menjadi ahli Shaklee dan mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com


Share:
Read More
,

NYAHTOKSIN ketika BERPUASA

Salam sayang

Hari ni kak long nak share dengan korang satu artikel berkaitan NYAHTOKSIN ketika berpuasa dengan produk SHAKLEE.

Selamat membaca



 
Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More