Showing posts with label diabetes. Show all posts
Showing posts with label diabetes. Show all posts
,

POLIFENOL BERKESAN DALAM MENGEKALKAN PARAS GLUKOSA SIHAT DALAM DARAH - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Umum mengetahui yang POLIFENOL adalah salah satu antioksidan yang bagus untuk kita. Biasanya bila sebut antioksidan ni, orang akan nampak yang ia lebih bersifat anti-penuaan. Namun sebenarnya, fungsi POLIFENOL ni sangat luas tau.

POLIFENOL adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat di dalam sayuran dan buahan. Lazimnya POLIFENOL ni yang memberi warna kepada sayur atau buah yang mana ia turut berfungsi melindungi tumbuhan tersebut dari penyakit.

POLIFENOL banyak terdapat di dalam tumbuhan yang berwarna gelap seperti anggur dan kumpulan berry. Jumlah POLIFENOL yang tinggi biasanya pada bahagian kulit dan biji.


Dalam tubuh badan manusia, POLIFENOL memainkan peranan yang penting. POLIFENOL melindungi sel-sel dalam tubuh dari dirosakkan oleh radikal bebas. Salah satu fungsi penting POLIFENOL adalah mengekalkan tahap glukosa dalam darah pada paras yang sihat.

Tahap glukosa dalam darah bergantung kepada beberapa faktor seperti:

i) Jenis makanan yang kita ambil
ii) Jumlah makanan yang kita ambil (portion)
iii) Keefektifan penghasilan insulin oleh pankreas
iv) Keberkesanan insulin yang berada di dalam badan


Image result for glucose monitoring

Mengikut kajian klinikal terkini, POLIFENOL berkemungkinan mempunyai potensi untuk mengekalkan paras glukosa dalam darah pada paras yang sihat.

Dari kajian tersebut POLIFENOL berfungsi untuk:

i) Mengawalatur penyerapan glukosa
ii) Meningkatkan kepekaan insulin
iii) Merangsang rembesan insulin
iv) Meningkatkan proses penguraian glukosa.

Dengan pengambilan POLIFENOL yang konsisten, masalah berkaitan insulin dan glukosa dalam darah dapat dicegah dan dikawal dengan lebih baik.

Berminat menjadi ahli Shaklee atau/dan mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com



Share:
Read More
, , , ,

JOM KENALI PROTEIN AGE - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Apakah AGE Protein

AGE merupakan singkatan dari Advanced Glycation End Products, zat ini dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat. AGEs berasal dari 2 sumber dari makanan yang kita makan dan boleh juga dikeluarkan oleh tubuh. Jika kita makan makanan dengan kadar gula tinggi (Glycemic index/indeks Glisemik yang tinggi), maka ia dapat memberikan petanda kemunculan AGE.

Pembentukan AGE dirangsang oleh komponen seperti

Stress
Penyakit
Kesakitan
Tidur yang tidak cukup
Gaya hidup yang tidak sihat (merokok)
Sinar matahari berlebihan

Selain itu, AGE berlebihan juga menjadi punca beberapa penyakit kronik

AGE Protein dan Penyakit

AGE Protein masih memerlukan banyak penyelidikan. Namun yang pasti pembentukan AGE menjadi lebih ketara apabila protein terdedah kepada gula. Oleh kerana pembentukan AGE mengambil masa yang lama, ia tidak sempat terkesan kepada protein yang jangka hayatnya lebih singkat.

Protein yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang seperti kolagen pada kulit, myelin dalam saraf, otak, mata, dan sel-sel telinga nampaknya terkesan disebabkan AGE. Ini kerana protein jenis ini berinteraksi secara semula jadi dengan lebih banyak gula dan untuk tempoh yang lebih lama menjadikan mereka lebih cenderung untuk menjalani proses glycation.

Image result for age protein


Bagaimana AGE boleh menyebabkan penyakit?

Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu akhirnya banyak penyakit tersekat dan terkumpul. 

Kesan protein AGE berlebihan menyebabkan penyakit seperti berikut:

i) Protein AGE berlebihan menyekat saluran jantung >>>  menyebabkan serangan jantung, darah tinggi dan strok

ii) Protein AGE berlebihan merencatkan fungsi pancreas >>> peningkatan kadar gula dalam darah >>> kesannya menyebabkan diabetes

iii) Protein AGE berlebihan mempercepatkan penuaan kulit >>> menyebabkan kulit berkedut dan kendur

Secara ringkasnya protein AGE menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. 
Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.


Berikut adalah beberapa kesan AGE berlebihan:
Diabetes jenis II

Kerosakan sel beta dalam pankreas. Pesakit kencing manis mempunyai lebih banyak gula dalam darah mereka yang membolehkan lebih banyak peluang kepada glycation berlaku
Kerosakan kolagen kulit

Sambungan silang protein kolagen menjadi kurang elastik dan lebih menyebabkan kulit cepat mengalami kedutan.
Kerosakan kepada sendi

Sambungan silang protein kolagen sekitar sendi juga menjadikan sendi kurang fleksibel dan tisu tulang lebih rapuh.

Penyakit kardiovaskular

AGE menjadikan permukaan LDL, “kolesterol jahat”, lebih kasar dan menyebabkannya ebih cenderung untuk melekat pada dinding arteri. Kerosakan kolagen dalam dinding saluran darah boleh menyebabkan tekanan darah meningkat atau melemahkan dinding yang boleh membawa kepada aneurisms.

Penyakit alzheimer

Protein amiloid yang menyebabkan penyakit Alzheimers, merupakan produk sampingan dari proses pembentukan AGE.

Sistem saraf

Jika AGE bertindak terus ke atas pelindung sel saraf, pelindung sel (myelin) akan merosot dan memperlahan inpuls saraf. Ini akan mengakibatkan kehilangan deria pendengaran dan penglihatan (juga masalah katarak).

Jadi kita dah tahu apa kesan kehadiran Protein AGE yang berlebihan kan. Dalam next entri, kaklong nak sharekan bagaimana Shaklee boleh membantu menghalang PROSES PENGHASILAN PROTEIN AGE ni. 

Teruskan membaca ye

Berminat menjadi ahli Shaklee atau/dan mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 

nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
,

Diabetes dan Indeks Glisemik - Apa Kaitannya? - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Apakah yang dimaksudkan dengan Indeks Glisemik?
Indeks glisemik (IG) mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat (seperti nasi) meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makanan tersebut dimakan.
  • Makanan yang meningkatkan paras gula dengan perlahan dipanggil makanan rendah IG.
  • Makanan yang meningkatkan paras gula secara sederhana dipanggil makanan sederhana IG.
  • Makanan yang meningkatkan paras gula dengan cepat dipanggil makanan tinggi IG.

Apakah makanan yang tergolong dalam kategori rendah, sederhana dan tinggi IG?
IG makanan diberi dari skala 1 hingga 100.
Apabila nilai IG sesuatu makanan itu semakin tinggi maka semakin cepat makanan itu dapat menaikkan paras gula dalam darah.
CARTA INDEKS GLISEMIK
Makanan berkanjiSayur-sayuranBuah-buahanSusu dan hasil tenusuSnek
Makanan berkanjiSayur-sayuranBuah-buahanSusu dan hasil tenusuSnek
Rendah GI (55 atau kurang)
BarliKacang hijau (green peas)EpalSusu penuh krimSusu coklat
KeladiKubisTembikaiSusu skimBar coklat
Oat bran, mentahBrokoliPisang beranganYogurtPizza
TomatoPirMinuman kacang soyaKaripap
DurianKastadAis krim
Sederhana GI (56 ke 69)
BasmatiKentang rebusBetikDonat
Tosai bersama chutneySultanas
Nasi lemakKismis (Canada)
Biskut ‘digestive’
Tinggi GI (70 dan ke atas)
Mihun/ makaroni gorengKurmaWafel
Roti canai bersama kari dalNenasBubur sagu
Beras pulut dan wangiLaici dalam tinHumus
Ubi keledek
Daripada senarai di atas, mungkin anda akan rasa terkejut apabila melihat kedudukan ais krim sebagai makanan rendah IG dan buah nenas sebagai makanan tinggi IG. Adakah ini bermakna pesakit diabetes digalakkan mangambil ais krim lebih kerap berbanding nenas? Jawapannya adalah TIDAK. Buah nenas dapat membekalkan tubuh dengan vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan manusia.
Ideanya bukanlah untuk mengelakkan langsung daripada mengambil makanan tinggi IG tetapi ambillah makanan tinggi IG bersama makanan rendah IG supaya hidangan tersebut menjadi sederhana IG.  

Adakah konsep IG wajib dijadikan amalan oleh pesakit diabetes?
Kajian telah mendapati bahawa diet rendah kaloripenurunan berat badan (untuk mereka yang perlu menurunkan berat badan) dan jumlah pengambilan karbohidrat yang betul dalam sehari merupakan langkah lebih efektif bagi kawalan gula yang lebih baik berbanding amalan konsep IG sahaja.
Amalan pengambilan makanan rendah IG boleh dijadikan salah satu langkah bagi membantu mengawal paras gula dalam darah tetapi konsep ini tidak sepatutnya menjadi strategi utama.

Tips amalan pemakanan rendah IG :
  • Pilih satu jenis makanan rendah IG ketika mengambil snek atau hidangan utama.
  • Makan makanan tinggi IG dalam jumlah yang  sedikit.
  • Pilih beras basmati.
  • Pilih roti, bijirin dan pasta gandum penuh (whole grain).
  • Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar berbanding jus atau buah/ sayur dalam tin.
  • Pilih kentang rebus berbanding kentang lecek.
  • Amalkan pengambilan kacang dan lentil seperti kacang kuda dalam diet anda.

Apa pula yang dimaksudkan dengan muatan glisemik (MG)?
Setakat ini, perbincangan tentang IG tidak mengambil kira tentang saiz hidangan. Muatan glisemik juga mengukur berapa cepat makanan mengandungi karbohidrat boleh meningkatkan paras gula seseorang tetapi ia mengambil kira jumlah saiz hidangan individu tersebut ambil.
  • Makanan rendah MG mempunyai nilai 10 dan ke bawah.
  • Makanan sederhana MG mempunyai nilai 11 – 19.
  • Makanan tinggi MG pula bernilai 20 dan ke atas.
Nilai Muatan Glisemik (MG)Kelas MG
10 dan ke bawahRendah MG
11-19Sederhana MG
20 dan ke atasTinggi MG
Cara pengiraan adalah seperti berikut :
IG sesuatu makanan didarab dengan jumlah karbohidrat dalam hidangan yang diambil, kemudian bahagi 100.
Contoh di bawah mungkin dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada anda.
IG ubi keledek : 70 (tinggi IG)
Kandungan karbohidrat dalam ½ cawan : 15 g
MG = 70 x 15 ÷ 100 = 10.5 ~ 11 (sederhana MG)
Apakah maksudnya ?
Walaupun ubi keledek tergolong dalam kategori tinggi IG, tetapi ubi keledek memberi impak sederhanakepada paras gula kerana MG ubi keledek terletak dalam sederhana MG.
Untuk memahami konsep IG dan MG, mungkin ia perkara yang sedikit sukar. Jangan risau tentang pengiraan yang ditunjukkan. Anda hanya perlu ingat tips yang telah diberikan di atas.
Mesej penting :
  • Konsep IG dan MG boleh digunakan sebagai langkah tambahan untuk merancang pengambilan makanan anda. Konsep ini tidak seharusnya menjadi konsep utama.
  • Pengambilan makanan yang mempunyai rendah IG tetapi tinggi dengan kandungan lemak perlu dihadkan (seperti pizza) tetapi pengambilan makanan yang tinggi IG tetapi ia juga kaya dengan vitamin dan mineral adalah lebih digalakkan (seperti buah kurma).
  • Anda harus ingat bahawa perkara yang paling penting adalah pastikan pengambilan diet anda seimbang. Pegawai Dietetik anda dapat membantu untuk memberi nasihat pemakanan yang terperinci. Sekiranya anda tidak pernah berjumpa dengan Pegawai Dietetik, anda boleh minta doktor membuat rujukan kepada Pegawai Dietetik.
 

Rujukan
  1. American Diabetes Association. www.diabetes.org
  2. Brand Miller J, Petocz P, Hayne S & Colagiuri S (2003) Low glycemic diets in the management of diabetes. A meta-analysis of randomized controlled trials. Diabetes Care 26(8): 2261-7.
  3. Diabetes UK. www.diabetes.org.uk
  4. Malaysians’ Dietitians Association (2013). Medical Nutrition Therapy Guidelines for Type 2 Diabetes.

Share:
Read More
,

VITALEA SHAKLEE UNTUK PESAKIT DIABETES?

Salam sayang

Kalau semalam kak long berkongsi secara umum berkenaan VITA-LEA, hari ini kak long ingin berkongsi ilmu baru pula. Hendak tahu? Jom baca sehingga habis.

Antara vitamin yang kak long sangat sarankan untuk mereka yang menghidap kencing manis atau DIABETES adalah VITA-LEA. Kenapa?

Image result for vitalea shaklee content

Untuk bercerita lebih lanjut, jom kita rujuk gambarajah di atas. Gambarajah di atas adalah fakta suplemen yang terkandung di dalam VITA-LEA. 
Kita lihat di bahagian kanan ye, untuk bahagian mineral.

Ada 2 unsur mineral yang sangat penting untuk pesakit DIABETES. 
2 unsur tersebut adalah KROMIUM dan VANADIUM. Kenapa unsur ini penting?

KROMIUM

Penghidap DIABETES lazimnya disebabkan oleh kurangnya sensitiviti pankreas dalam penghasilan insulin. Insulin ini diperlukan dalam menukarkan glukosa dalam makanan kepada tenaga. Jika sensitiviti insulin terganggu maka ia menyebabkan lebih banyak glukosa terkumpul di dalam darah.
Kromium menjaga keseimbangan kadar gula darah dan meningkatkan efisiensi insulin. Ia juga dikenali sebagai “Glucose Tolerance Factor” (faktor pengendali kadar gula darah) yang diperlukan pada proses pengolahan glukosa menjadi tenaga.

VANADIUM

Vanadium adalah mineral esensial yang penting pada manusia. Vanadium berperanan dalam metabolisme karbohidrat dan dalam mengawal kadar glukosa darah. Vanadium juga memberi kesan positif kolesterol dan lipid darah metabolisme.
 Vanadium bertindak seperti insulin. Fungsi utama insulin adalah untuk merangsang GLUT-4 transporter ke permukaan sel dan membawa glukosa dalam. Vanadium telah ditunjukkan untuk mengaktifkan GLUT-4 transporter meniru insulin.

Jadi di sini jelas kan yang penting sebenarnya untuk mereka yang ada DIABETES untuk turut mengambil VITA-LEA sebagai vitamin sokongan mereka.


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
, , ,

UNSUR RAHSIA DALAM VITALEA ~ KROMIUM

Salam sayang

Bila sebut je multivitamin ramai yang rasa ia adalah vitamin yang biasa... Tapi dalam Shaklee kami mempunyai MULTIVITAMIN yang memang lain dari yang lain...ia adalah VITALEA

Kenapa kak long kata ia luar biasa...ini kerana VITALEA mengandungi UNSUR RAHSIA iaitu KROMIUM

Sebelum kak long bercerita lanjut...Jom kita kenal dengan UNSUR KROMIUM ni

Apa kromium? 
Ia adalah logam mineral yang jumlahnya sedikit, baik dalam makanan mahupun pada tubuh manusia, tetapi sangat penting bagi kesihatan. 
Nutrien ini tergolong essential trace mineral ( mineral penting yang diperlukan dalam jumlah kecil ) 
Kita memerlukan KROMIUM dari sumber makanan keranan ia tidak dihasilkan di dalam tubuh 
KROMIUM diperlukan oleh hampir semua jaringan tubuh manusia, termasuk kulit, otak, otot, limpa, ginjal dan testis.


Di dalam VITALEA terdapat sebanyak 120mcg unsur KROMIUM.

Kandungan Vitalea Shaklee

Apa kepentingan KROMIUM ni ye...

i) KULIT 
Mereka yang berjerawat, KROMIUM membantu merawat jerawat dan mengurangkan jangkitan pada kulit

ii) DIABETES
Pengambilan glukosa berlebihan menyebabkan jumlah kromium boleh menurun. Kromium penting kerana ia membantu mengendalikan metabolisme insulin dan seringkali dianggap sebagai pengendali kadar gula darah. Jika pengambilan KROMIUM mencukupi, tubuh akan lebih efisien dalam mensintesiskan glukosa kepada tenaga. Tindakbalas insulin lebih efektif

iii) KOLESTEROL 
Unsur rahsia KROMIUM ini membantu proses pencernaan protein dan lemak. Ia boleh menurunkan kadar trigliserida dan sekaligus memperbaiki nisbah antara LDL dan HDL

Pengambilan VITALEA boleh diambil di waktu pagi 1 hingga 2 biji sehari. 

Sangat digalakkan untuk diambil bersama-sama VITAMIN C. Nak tahu kenapa? Tunggu entri selanjutnya


Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
Share:
Read More
, , ,

HYPERTENSION @ TEKANAN DARAH TINGGI



Sebelum kita mengenal Tekanan Darah Tinggi....Apa kata kita baca dulu apa  itu Tekanan Darah...


Apa yang dimaksud dengan tekanan darah? Tekanan darah yaitu tekanan yang dialami darah pada pembuluh arteri ketika darah di pam oleh jantung ke seluruh anggota tubuh manusia. Tekanan darah dibuat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya terdapat dua angka yang akan disebut oleh doktor. Misalnya doktor menyebut 140-90, maka ertinya adalah 140/90 mmHg. Angka pertama (140) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung atau pada saat jantung berdenyut atau berdetak, dan disebut tekanan sistolik atau sering disebut tekanan atas. Angka kedua (90) menunjukkan tekanan saat jantung beristirahat di antara pengepaman, dan disebut tekanan diastolik atau sering juga disebut tekanan bawah.



Setelah mengetahui tekanan darah, pasti Anda ingin mengetahui apakah tekanan darah Anda termasuk rendah, normal atau tinggi. Berikut ini kategori tekanan darah berdasarkan angka hasil pengukuran dengan tensimeter untuk tekanan sistolik dan diastolik:
Tekanan DarahSistolik (angka pertama)Diastolik (angka kedua)
Darah rendah atau hipotensiDi bawah 90Di bawah 60
Normal90 - 12060 - 80
Pre-hipertensi120 - 14080 - 90
Darah tinggi atau hipertensi (peringkat1)140 - 16090 - 100
Darah tinggi atau hipertensi (peringkat2 / berbahaya)Di atas 160Di atas 100





Faktor Penyebab Hipertensi...



Ada beberapa hal yang boleh menyebabkan seseorang memiliki tekanan darah tinggi. Ada faktor penyebab tekanan darah tinggi yang tidak dapat Anda kendalikan. Ada juga yang dapat Anda kendalikan sehingga boleh mengatasi penyakit darah tinggi. Beberapa faktor tersebut antara lain:
  • Keturunan

    Faktor ini tidak boleh Anda kendalikan. Jika seseorang memiliki orang-tua atau saudara yang memiliki tekanan darah tinggi, maka kemungkinan ia menderita tekanan darah tinggi lebih besar. Statistik menunjukkan bahwa masalah tekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar identikal daripada yang kembar tidak identikal. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa ada bukti gen yang diturunkan untuk masalah tekanan darah tinggi.
  • Usia

    Faktor ini tidak boleh Anda kendalikan. Penelitian menunjukkan bahwa seiring usia seseorang bertambah, tekanan darah pun akan meningkat. Anda tidak dapat mengharapkan bahwa tekanan darah Anda saat muda akan sama ketika Anda bertambah tua. Namun Anda dapat mengendalikan agar tidak melewati batas atas yang normal.
  • Garam

    Faktor ini boleh Anda kendalikan. Garam dapat meningkatkan tekanan darah dengan cepat pada beberapa orang, khususnya bagi penderita diabetes, penderita hipertensi ringan, orang dengan usia tua, dan mereka yang berkulit hitam.
  • Kolesterol

    Faktor ini boleh Anda kendalikan. Kandungan lemak yang berlebih dalam darah Anda, dapat menyebabkan timbunan kolesterol pada dinding pembuluh darah. Hal ini dapat membuat pembuluh darah menyempit dan akibatnya tekanan darah akan meningkat. 
  • Obesitas / Kegemukan
  • Faktor ini boleh Anda kendalikan. Orang yang memiliki berat badan di atas 30 persen berat badan ideal, memiliki kemungkinan lebih besar menderita tekanan darah tinggi.
  • Stres

    Faktor ini boleh Anda kendalikan. Stres dan kondisi emosi yang tidak stabil juga dapat mempengaruhi tekanan darah tinggi.
  • Rokok

    Faktor ini boleh Anda kendalikan. Merokok juga dapat meningkatkan tekanan darah menjadi tinggi. Kebiasan merokok dapat meningkatkan risiko diabetes, serangan jantung dan stroke. Karena itu, kebiasaan merokok yang terus dilanjutkan ketika memiliki tekanan darah tinggi, merupakan kombinasi yang sangat berbahaya yang akan memicu penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung dan darah.
  • Kafein

    Faktor ini boleh Anda kendalikan. Kafein yang terdapat pada kopiteh maupun minuman cola menyebabkan peningkatan tekanan darah.
  • Alkohol

    Faktor ini boleh Anda kendalikan. Pengambilan alkohol secara berlebihan juga menyebabkan tekanan darah tinggi.
  • Kurang Bersenam

    Faktor ini boleh Anda kendalikan. Kurang senaman dan bergerak boleh menyebabkan tekanan darah dalam tubuh meningkat. Senaman teratur mampu menurunkan tekanan darah tinggi Anda namun jangan melakukan olahraga yang berat jika Anda menderita tekanan darah tinggi.
sumber


Artikel seterusnya...kak long ingin berkongsi cara mencegah   dan mengatasi TEKANAN DARAH TINGGI ini...
Tunggguuuuuuu............. 



Mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi percuma.
Share:
Read More