Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts
, , ,

TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF



Harta yang dimakan makin lama pasti makin menyusut. Tapi bila diniatkan atas sedekah, in shaa Allah lebih menyubur dan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Hidup kita tak lama mana pun kat atas bumi ini. Hanya sedekah jariah yang jadi talian hayat kelak di alam barzah.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” ( Surah Al Hadid – Ayat 18)

Pagi ni kaklong nak kongsikan 11 tips yang kreatif untuk bersedekah. Tips ni kaklong perolehi dari zayan.com. Jom baca dan amalkan.


1. Letakkan ditingkap rumah segelas air atau makanan untuk burung-burung yang datang hinggap dan letakkan nasi bersama ikan serta air untuk kucing-kucing yang datang akan makan.

2.Apabila dapat gaji pada awal bulan, asingkan duit dari gaji untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim.

3.Sebagai majikan, apa salahnya belikan makanan atau minuman kepada pekerja untuk sarapan atau sebagainya.



4.Sediakan satu kotak didalam bilik tidur atau di pejabat, setiap hari masukkan RM 1 sekurang-kurangkan. Apabila akhir bulan, ambil duit tersebut dan bersedekahlah. Amalkan sikap ini setiap bulan.

5.Belilah beberapa buah kerusi dan letakkan di dalam masjid supaya dapat digunakan oleh orang lain yang memerlukannya untuk solat.

6.Belilah juga Al Quran dan letakkan di dalam masjid untuk dibaca oleh orang ramai. Bayangkan banyaknya pahala yang akan dapat apabila orang mengguna Al Quran tersebut.


7.Jika hadir ke majlis apa-apa pun, belilah air mineral dengan niat untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan.

8.Jika mengisi minyak kenderaan, bersedekahlah sedikit baki daripada bayaran kepada petugas di stesen minyak itu.

9.Hadiahkan senyuman pada setiap hari untuk setiap orang yang kita jumpa. Jangan kedekutkan senyuman kerana senyuman itu adalah sedekah.


10.Tunjukkan perasaan gembira dan berilah senyuman kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang ditimpa kesedihan. Serta berdoa yang tulus untuk mereka.

11.Sebelum tidur, maafkan semua orang yang telah menyakitkan hati kita walaupun kesalahannya besar.

Semoga dengan cara yang kreatif ni lebih banyak janaan amal jariah boleh kita bawa buat bekalan ke sana.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
, , ,

BUAH BETIK - KHASIAT DAN KEBAIKANNYA (SIRI 2)

Tengah hari tadi korang tentu dah baca jenis-jenis betik yang ada di Malaysia kan. Jadi petang ni kaklong nak kongsikan pula apa kebaikan dan khasiat buah betik pada kita. Pengambilan buah betik 1-3 kali seminggu sangat bagus untuk sistem tubuh badan kita.

Betik ni boleh diambil dengan salad buah-buahan, atau dalam masakan lain. Malah betik ni boleh digunakan secara langsung pada kulit (buat masker/ pupur).

Terbaik untuk kecantikan kulit


Betik baik untuk kulit samada dimakan atau digunakan di luaran.Anda boleh gunakan betik sebagai masker untuk muka. Ia membantu untuk menghilangkan jerawat dan membuka liang yang tersumbat. Ia juga bertindak menghilangkan sel-sel mati serta memberikan kulit muka segar dan lembap.

Mencegah serangan jantung

Betik kaya dengan serat dan mampu merendahkan tahap kolesterol. Ia mengandungi enzim yang membantu mencegah pengoksidaan kolesterol, yang dapat mencegah serangan jantung.

Awet Muda


Antioksidan dalam betik membantu dalam mengawal penuaan pramatang. Pengambilan betik yang kerap membantu anda untuk mendapatkan tubuh kelihatan lebih muda.

Melawaskan sistem penghadaman

Betik membantu dalam mencegah sembelit dan penghadaman. Enzim di dalam betik membantu penghadaman terbentuk secara semula jadi berbanding ubat..
Jus betikjuga membantu dalam menyembuhkan jangkitan usus dengan mengeluarkan nanah dan lendir. Anda perlu mengambil ia dengan kerap untuk sembuh dengan cepat.

Menyembuhkan luka dengan cepat


Betik adalah baik untuk mengubati jangkitan kulit dan luka-luka yang lambat sembuh.

Untuk kuruskan badan

Rendah kalori dan tinggi dalam nilai-nilai pemakanan. Oleh itu, ia adalah satu makanan yang baik untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.


Baik untuk ibu mengandung dan perempuan

Bagi wanita hamil, pengambilan betik dengan kerap dengan kuantiti kecil membantu menyembuhkan loya dan demam pagi.
Betik mentah membantu dalam mengawal penyelewengan haid di kalangan wanita. Betik membantu meringankan kekejangan haid dan membantu dalam menggalakkan aliran biasa haid.

Mencegah penyakit kanser dan beberapa penyakit utama

Betik mengandungi enzim anti-radang yang membantu untuk melegakan kesakitan bagi mereka yang mengalami artritis, edema dan osteoporosis, dan ia juga mempunyai ciri-ciri anti-kanser yang boleh membantu mencegah kanser.

Betik kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang membantu dalam meningkatkan imuniti badan.Oleh itu adalah betik baik untuk mereka yang mengalami demam, sejuk atau selesema.

Dah ambil betik hari ni? Kalau belum,mungkin sekarang masa terbaik untuk makan betik atau minum jus betik.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.




Share:
Read More
, , , , , ,

ALAHAN MAKANAN PADA BAYI

Keluarga kaklong ada sejarah alahan makanan. Adik yang kedua sangat alah terhadap telur puyuh. Setiap kali dia makan telur puyuh, muka dan badan akan bengkak-bengkak. Amik masa gak nak pulih seperti sedia kala. Ini berterusan sehingga dia mula bersekolah.

Tapi macamana kita nak tahu adakah kita berisiko untuk alah terhadap makanan atau tidak? Jemput baca sedikit perkongsian di bawah. Sumber tulisan ini adalah dari Baby Centre


Apa itu alahan makanan?

Alahan makanan ialah apabila sistem pertahanan badan (sistem imun) bayi anda mempunyai reaksi buruk terhadap protein dalam makanan yang biasanya tidak membahayakan, dan cuba untuk melawannya dengan menghasilkan antibodi.

Jika bayi anda mengalami alahan makanan, kemungkinan besar dia akan menunjukkan simptom-simptomnya beberapa minit sahaja selepas memakan makanan tersebut.

Adakah alahan makanan kerap berlaku pada bayi?

Alahan makanan biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak kecil. Dianggarkan sehingga lapan peratus kanak-kanak di bawah usia tiga bulan mengalami alahan makanan.

Anak anda lebih berkemungkinan mengalami alahan makanan jika seseorang dalam keluarga juga mengalami alahan makanan, atau alahan laian seperti asma atau ekzema. Kaitan di antara alahan makanan dan ekzema adalah sangat tinggi.

Bayi-bayi yang mengalami ekzema yang teruk semasa di bawah usia tiga bulan lebih berkemungkinan mengalami alahan makanan. Secara amnya, lebih awal ekzema bermula, dan lebih teruk keadaannya, lebih besar kemungkinan anak anda mengalami alahan makanan.

Golongan yang berisiko paling tinggi adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga mengalami alahan. Gambarajah di bawah boleh digunakan untuk menentukan tahap risiko bayi anda.


Makanan apakah yang paling biasa menyebabkan alahan?

Makanan yang paling biasa menyebabkan alahan makanan adalah susu, telur, kacang tanah, dan kekacang lain seperti kacang hazel, walnut dan badam. Statistiknya adalah:

susu: di antara 1.6 peratus dan tujuh peratus pada bayi
telur: kira-kira dua peratus kanak-kanak di bawah usia tiga tahun
kacang tanah: sehingga dua peratus kanak-kanak

Apakah simptom-simptom yang harus saya perhatikan?

Adalah mudah untuk mengesan samada anak anda mempunyai alahan segera terhadap makanan. Tanda-tanda dan simptomnya termasuk:

gatal-gatal (ruam) sekeliling mulut, hidung dan matanya, yang mungkin merebak ke seluruh badan
bengkak pada bibir, mata dan muka
hidung berhingus atau tersumbat, bersin-bersin, mata berair
gatal mulut dan sakit tekak
loya, muntah-muntah dan cirit-birit

Jika anak anda mengalami reaksi yang lebih teruk, dia mungkin berdehit, sukar bernafas, bengkak pada tekak dan lidah, dan tekanan darah turun tiba-tiba. Ini dikenali sebagai anafilaksis atau kejutan anafilaksis, dan boleh mengancam nyawa. Terus hubungi ambulans atau bawa ke hospital dengan kadar segera.

Ibu dan ayah janganlah bimbang. Kebanyakan kanak-kanak atau bayi ni akan bebas dari alahan ini apabila mencapai umur persekolahan. Namun pengurusan alahan ini sememangnya memerlukan ilmu, wang, masa dan tenaga. Sekarang ni banyak sahaja kumpulan sokongan alahan bayi yang ada. Ibu ayah boleh mencari di Facebook ataupun berhubung dengan klinik kesihatan kawasan masing-masing.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
, , , , , , ,

IBU HAMIL - PERUBAHAN PADA TRIMESTER PERTAMA



Dapat tahu je hamil, perasaan teruja sebagai seorang bakal ibu tu pasti ada kan. Biasanya di awal kehamilan iaitu di trimester pertama (1-3 bulan) tak banyak perubahan fizikal yang nampak. Tapi kan, sebenarnya sistem tubuh kita bekerja dengan sangat aktif. Ini untuk memastikan yang tubuh badan kita bersedia secara fizikal dan emosional sepanjang tempoh kehamilan ini.

Di bawah ni kaklong kongsikan beberapa perubahan yang mungkin berlaku pada tubuh ibu hamil di trimester pertama ( 0 – 12 minggu) kehamilan :

SERING BUANG AIR KECIL

Anda akan merasa lebih sering ingin buang air kecil, ini keraan pertumbuhan rahim yang menekan pundi kencing anda. Ia juga berlaku kerana perubahan hormon. Pastikan ibu hamil minum secukupnya. Dan pastikan juga kebersihan kawasan peribadi anda.

KONSTIPASI/ SEMBELIT 

Trimester pertama mungkin ada sedikit masalah sembelit pada ibu yang hamil. Peningkatan hormon progesterone menyebabkan relaksasi otot sehingga usus kurang efisien. Selain itu, kadangkala suplemen Zat Besi (iron) yang diberikan oleh doktor juga menyebabkan masalah sembelit. Najis juga akan lebih kehitaman kesan pengambilan zat besi. Pemakanan seimbang lengkap dengan sayur dan buah (sumber fiber) membantu masalah ini.

Selain itu, ibu hamil juga boleh menyapu Balm T Rub pada kawasan perut dan betis untuk melegakan masalah sembelit ini.



MORNING SICKNESS (LOYA & MUNTAH)

Loya dan mual di awal pagi atau kadangkala tak kira masa sangat lazim ditemui pada ibu yang di awal kehamilan. Punca loya atau mual adakala kerana bau atau reaksi terhadap sesuatu perkara. Kadangkala bau tumisan di dapur juga mengundang rasa loya dan mual ini.

Jangan risau ye, perubahan ini hanya sementara. Hormon progesteron dan estrogen serta prolaktin dalam badan ibu hamil sedang cuba menyesuaikan diri dengan sistem badan.  Atasilah dengan makan dalam jumlah sedikit tapi kerap. Ada juga yang mengambil buah sitrus untuk kurangkan rasa loya. Mengunyah chewable vitamin C juga membantu mengatasi masalah loya ini.

MERASA LELAH

Lebih penat berbanding biasa. Ia adalah perkara yang normal. Ini kerana tubuh ibu hamil bekerja secara aktif untuk menyesuaikan fizikal dan emosi dalam menempuh tempoh 40 minggu kehamilan ini.

Kekadang terjadinya perubahan pada pola tidur ibu hamil. Namun apa yang penting, ibu hamil perlu dapatkan istirehat yang cukup.


SAKIT KEPALA 

Ibu hamil mungkin akan merasa sakit kepala yang lebih kerap berbanding biasa. Ini boleh terjadi kesan dari mula, keletihan, cuaca terlalu panas mahupun tertekan dengan hal kerja mahupun hal rumahtangga.

Yang lebih penting di saat ini adalah rehat yang cukup. Pengambilan makanan yang seimbang juga memainkan peranan. Jika perlu, boleh dapatkan suplemen kesihatan dari klinik mahupun farmasi.

Namun jika sakit kepala berlaku kerap dan semakin teruk, terus ke doktor. Ia mungkin tanda tekanan darah meningkat (simptom pre-eklampsia).

KEJANG PERUT

Pada trimester awal ini, ada masanya kawasan perut tu akan rasa kejang. Macam kena senggugut lebih kurang gitu. Kejang perut ini berlaku kerana adanya pertumbuhan dan pembesaran dari rahim di mana otot dan ligament merenggang untuk menyokong rahim.

Jika perut kejang dan disertai perdarahan vagina, jangan berlengah untuk ke hospital. Tanda kejang perut dan pendarahan ini adalah salah satu tanda keguguran.


EMOSIONAL

Pada trimester awal kehamilan ini juga terjadi mempengaruhi emosional menjadi tak stabil, hal ini kerana adanya perubahan hormon dan juga rasa tanggung jawab baru sebagai seorang calon ibu.

Ibu hamil perlu untuk mencari waktu untuk diri anda sendiri, bicarakanlah perasaan anda kepada
orang terdekat atau doktor anda. Dan untungnya, tubuh pada akhirnya secara bertahap dapat beradaptasi terhadap perubahan hormonal ini sehingga membuat hidup lebih indah buat anda.

Jika rasa masih moody atau resah, boleh cuba sapukan Balm Calmtime. Bauan dari lavender dan chamomile berupaya memberi ketenangan pada perasaan ibu hamil.

PENINGKATAN BERAT BADAN

Biasanya di awal kehamilan, baju dan seluar biasa ni masih boleh dipakai. Tapi pada akhir trimester pertama ini, akan ada sedikit perubahan terutamanya bab nak zip seluar atau kain. Eh ni bukan kerana buncit tau. Tapi rahim ibu hamil sedang berkembang dan menyediakan ruang untuk janin membesar.

Hormon estrogen yang menyokong pembesaran rahim dan hormon progesterone yang menyebabkan tubuh menahan air.

Ibu-ibu hamil di luar sana jangan risau-risau. Banyakkan berehat dan enjoy perjalanan 40 minggu ni. Saat yang sangat mendamaikan hati.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.




Share:
Read More
,

KISAH ANAS ZIKRY - RHEUMATIC CARDITIS FIGHTER (SIRI 1)

Salam sayang 

Maaf buat pembaca sekalian....Sebelum ni sibuk bebeno kak long mengaktifkan fb dan baru cuba-cuba berinstagram (walhal orang lain dah lama dah...)

Macam-macam nak cerita sebenarnya bermula April 2014 hingga ke hari ini. Nanti kak long susun baik-baik ceritanye ye.



Hari ni kak long nak share apa yang terjadi kepada kami sekeluarga bermula dari sebelum Ramadhan 2014 hingga ke saat ini...Untuk lebih spesifik sebenarnya ia lebih kepada kisah putera sulung kak long iaitu Anas Zikry.

Ia bermula 3 minggu sebelum puasa, Anas mengadu sakit-sakit di dada kiri. Pada mulanya kami menyangka ia pedih ulu hati. Sebab Anas ni ada kalanya tak nak makan jadi perutnya mudah masuk angin. Namun ia berulang pada sebelah malam...En suami terus membawa Anas ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.. Waktu malam, biasanya terus ke kecemasan... Kak long hanya tinggal di rumah bersama anak-anak lain... Apabila suami kak long balik, beliau cuma diberitahu yang tiada apa-apa pun yang terjadi, ubat yang dibekalkan hanyalah Paracetamol dan doktor bertugas berkata mungkin Anas mengigau ketika tidur dan Paracetamol adalah untuk memudahkan dia tidur.



Jadi bila mendengar nasihat doktor, kami pun tidak menyangka yang buruk-buruk (kesilapan terbesar kami sebenarnya)... Paracetamol tu kak long sekadar simpan je takdelah bagi Anas makan pun...

Keadaan menjadi semakin buruk selepas 2 minggu... selera makan Anas semakin berkurang, sendi-sendi beliau mula terasa sakit dan wajah Anas semakin pucat...kak long sekadar memberi dia ubat paracetamol yang dibekalkan dan tambahan vitamin-vitamin yang biasa Anas makan.... Pada hari Ahad (14 Jun 2015) kak long sekali lagi membawa Anas ke klinik panel untuk bertanya pendapat (memandangkan pernah dibawa ke GH sebelum ini)... Di klinik panel, kami diberitahu untuk terus merujuk kes Anas ke hospital..doktor bertugas ketika itu memberitahu ada sedikit bunyi lain ketika beliau memeriksa degupan jantung....dan biasanya ia terjadi jika ada masalah injap.



Setelah berbincang dengan suami, kami sepakat nak membawa Anas ke hospital swasta yang berhampiran pada keesokan harinya. Setibanya di sana, doktor pakar kanak-kanak tersebut terkejut dan Anas terus dibawa ke wad kecemasan. Beberapa pakar dipanggil termasuk pakar kanak-kanak dari GH. Anas terus di x-ray, dripping dan kemudian dibuat echo cardiagram untuk melihat dengan lebih jelas kawasan jantung yang terlibat.

Hasil x-ray tersebut jelas kelihatan jantung Anas telah membengkak sehingga 2 kali ganda dan paru-paru Anas dipenuhi air. Setelah membuat echo, memang ada kecederaan pada 2 injap jantung Anas iaitu di injap mitral dan injap aortic. Anas telah didiagnosiskan RHEUMATIC CARDITIS with BRONCHOPNEUMONIA OEDEMA.



Hari yang sama, Anas telah dimasukkan ke wad UNIT RAWATAN RAPI. Bermulalah perjalanan Anas di dalam wad.. Hari kedua menampakkan perubahan positif. Doktor yang in-charge Anas telah berkomunikasi dengan pakar jantung di IJN dan beberapa ubatan telah dimulakan sejak dari hari pertama lagi. Semua ubat dimasukkan melalui tiub. Nampak sungguh terseksa Anas ketika ini, sampel darah diambil beberapa kali untuk pelbagai ujian antaranya untuk memastikan adakah ia jangkitan bakteria atau virus dan dari jenis apa. Hari ketiga, keputusan dah diperolehi dan ia memang sah dari jangkitan virus Streptococcus pyogenes

Keadaan Anas semakin pulih, selera makan bertambah, nampak lebih bertenaga dan ceria... Kak long memberanikan diri meninggalkan Anas di wad untuk membawa Muaz ke tempat mengaji setelah cuti beberapa hari. Namun rupanya ia petanda yang Anas masih belum stabil. Sepeninggalan kak long, bacaan SpO2% (tahap oksigen dalam darah) Anas menurun sehingga di bawah 90% dan topeng oksigen Anas telah bertukar.



Ia menjadi lebih buruk menjelang Maghrib dan doktor pakar anaestetik telah dipanggil. Dalam keadaan Anas meronta-ronta tak mahu dipakaikan C-PAP, doktor tersebut terpaksa membuat prosedur tubing. Anas ditidurkan dan prosedur dilakukan dengan lancar. Memandangkan keadaan Anas yang sangat tidak stabil, doktor pakar kanak-kanak yang bertugas menjaga Anas telah menghubungi doktor pakar di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh. Anas mesti dipindahkan ke sana kerana hanya di HRPB terdapat kemudahan ICU Paediatrik.

** Ini merupakan perjalanan kisah Anas sejak hari pertama ia didiagnos dengan RHEUMATIC CARDITIS pada tahun 2014. Setelah 4 tahun alhamdulillah keadaan Anas semakin sihat. Nantikan siri berikutnya dalam Kisah Anas Zikry**

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
, , , ,

BISNES vs MAKAN GAJI - REVIU BUKU RICH DAD POOR DAD


Bisnes vs Makan gaji. Perdebatan yang tak pernah habis kan.

Apa yang hebatnya berbisnes ni? Apa orang makan gaji ni memang akan miskin ke sampai bila-bila? Itulah yang pernah kaklong terfikir beberapa tahun dahulu. Sehinggalah kaklong mula membaca buku Rich Dad Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki


Buku ni bukanlah buku bisnes sepenuhnya. Ia berkisar tentang bagaimana corak pemikiran mereka yang kaya dengan mereka yang berada dalam kelas pertengahan. Banyak ilmu asas kewangan yang diajar dalam buku ni.

Terdapat 9 bab keseluruhan dalam buku ini. Ia ditulis dengan menarik dan mudah difahami. Dalam setiap bab, Robert Kiyosaki menceritakan tentang bagaimana sejak kecil dia mula belajar celik kewangan dari Rich Dad. Ia juga mempelajari untuk tidak terjebak dengan Rat Race kesan ajaran ayah kandungnya Poor Dad.

Watak di dalam buku ini adalah tokoh di dalam keluarga Robert sendiri iaitu Poor Dad adalah ayah kandung Robert yang memiliki pendidikan tinggi tetapi sering mengalami masalah kewangan, sedangkan Rich Dad adalah ayah dari teman Robert bernama Mike, yang memiliki beberapa bisnes dibidang peruncitan dan bersedia menjadi mentor dari Robert serta Mike untuk memahami erti wang itu sendiri.

Setiap bab dari buku ini menjelaskan secara bertahap mengapa dengan membina aset, dapat membuat seseorang lebih kaya. Seperti pada bab 1 diceritakan bagaimana Rich Dad mengajar Robert dan Mike untuk tidak pernah bekerja demi wang. Secara tak langsung dapat mengelakkan nafsu yang melampau-lampau terhadap duit. Dalam Bab 2 pula, perbezaan antara asset dan liability diterangkan dengan baik sekali. Ini yang membezakan bagaimana seseorang boleh menjadi lebih kaya atau semakin miskin.



Pada 3 bab seterusnya pula (bab 3,4 dan 5) secara berturut-turut menceritakan kepentingan untuk mempunyai perniagaan/ bisnes sendiri. Bisnes sendiri bertujuan untuk menambahkan sumber dari pendapatan pasif. 

Bab 6 antara bab yang menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan buku ini. Dalam bab 6, Robert Kiyosaki menekankan bahawa bekerja makan gaji adalah peluang untuk menambah ilmu bukan mencari wang. Dalam buku ini Robert tidak pernah menyarankan kita untuk berhenti kerja untuk menjalankan bisnes. Menurut beliau, kedua-duanya (makan gaji dan bisnes) boleh dilaksanakan secara serentak. Beliau turut menyarankan agar pembaca tidak terlalu fokus dengan 1 bidang pekerjaan sahaja kerana ia membataskan kemampuan pemikiran kreatif dalam mengusahkan bisnes.



Dalam bab 7 dan 8 pula Robert menitikberatkan tentang usaha yang patut diambil jika kita serius untuk bebas kewangan. Antara saranan yang terbaik adalah cara mengatasi kemalasan dan pesimisme dalam diri. Selain itu turut diberikan tips-tips langkah awal yang boleh diambil untuk mengembangkan aset sedia ada. Pada bab 9 diberikan tips tambahan yang lebih praktikal walaupyn hanya dijelaskan dalam beberapa halaman sahaja.

Secara keseluruhan buku ini sangat disarankan khususnya buat mereka yang baru memulakan kerjaya makan gaji mahupun berbisnes. Ia sebagai satu alert untuk mengelakkan dari terlalu selesa dengan jumlah gaji yang ditawarkan oleh majikan. Serta pentingnya untuk sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi kini yang tidak berapa stabil.



Buku ini adalah buku yang boleh  membentuk mind set dengan sentiasa melatih otak ini agar  melihat peluang-peluang bisnes yang ada di sekeliling demi menambah pendapatan dari sumber lain dan tidak selalu berada dalam zon selesa dari gaji yang diperolehi.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.


Share:
Read More
, , ,

TIPS TURUNKAN SUHU ANAK DEMAM

Anak demam macam mana nak buat?



Sebelum tu, meh kaklong nak terangkan pasal DEMAM.

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.2°C (suhu di mulut), jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.


Terdapat beberapa faktor penyebab anak demam:

  • Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
  • Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
  • Demam malaria/denggi/HIV
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya

Bagaimana nak merawat anak yang demam atau menurunkan suhu anak yang demam?


Kebiasaannya jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi dalam badan kita berjaya menangani jangkitan. Walaupun begitu pemantauan terhadap suhu anak yang demam harus dilakukan dengan kerap untuk mengelakkan ia naik melampau.

Di bawah ini terdapat 8 TIPS MENURUNKAN SUHU BADAN ANAK KETIKA DEMAM.



  • Pastikan anak hanya mengalami demam yang ringan (di bawah suhu 38C) dan tanpa komplikasi seperti muntah atau cirit birit.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup atau bubur. Ia lebih mudah hadam selain dari mengandungi cecair yang membantu mengekalkan badan hidrasi. Jumlah cecair dalam badan turut mempengaruhi suhu demam anak.
  • Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam. Jika anak demam, pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun kerana semasa pelajaran Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk samalah dengan suhu badan yang panas tadi.


  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan. Pengambilan jus buah ketika ini amat digalakkan. Kandungan vitamin C serta mineral di dalam jus buah membantu dalam meningkatkan sistem imuniti si kecil. Secara tak langsung ia membantu menurunkan suhu demam anak.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan. Udara yang terkuap akan menambah haba dan meningkatkan suhu demam anak tersebut. Sebaiknya pakai pakaian yang nipis seperti t shirt kain kapas yang longgar. Ia memberi pengudaraan yang lebih baik.



  • Menyapu Balm CF Rub di bahagian pelipat dan sendi anggota badan. Boleh juga disapu pada tapak kaki dan diurut lembut. Balm CF Rub mengandungi minyak Tea Tree yang bersifat antibiotik dan minyak lemon yang boleh mengurangkan suhu yang panas pada badan.
  • Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan. Orang tua-tua dulu biasanya akan rendamkan sekali asam jawa atau menggunakan daun bunga raya putih. 
  • Jika di rumah ada pendingin hawa, pasangkan supaya suhu di dalam rumah atau bilik terkawal dan sejuk. Secara tak langsung ia turut membantu proses penyembuhan demam anak kecil tu tadi.
  • Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru, jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
Semoga apa yang dikongsi disini dapat dipraktikkan bersama. Biasanya pengalaman kaklong sendiri, kalau demam dedar, tak perlu ubat demam namun ibu kene rajin pantau suhu badan anak. Selalu basahkan badan anak untuk pastikan suhu badan yang demam tu turun. Ubat hanya diberikan jika suhu melebihi 38C.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.


Share:
Read More
, ,

9 TIPS POTTY TRAINING WAKTU MALAM

Hai korang.

Harini kaklong nak kongsikan 9 tips POTTY TRAINING WAKTU MALAM. Kaklong perolehi TIPS ini dari buku 3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna karya Adlil Rajiah dan Najmi Haniffah


TIPS 1

Perhatikan rutin anak tidur waktu malam

Pemerhatian perlu dilakukan dengan melihat kekerapan anak kencing di diapers, waktu yang dia kerap kencing, apa faktor yang mendorong dia kencing di diapers.

Contohnya, mungkin jika minum susu 2 botol, anak akan kencing tengah malam. Atau jika pakai baju lengan panjang dan tak menyusu malam dia tak kencing. Atau buka kipas tak kencing tapi buka aircond akan kencing.

Ni semua kena diperhatikan sekurangnya 2 minggu. Nak kenalpasti ni mak ayah kenalah bangun dan periksa anak tu.

TIPS 2 

Persediaan alas tilam kalis air.

Terlajak kencing di atas tilam memang lumrah. Jadi sebelum mak ayah naik menyinga nak menyental tilam, apa kata sediakan dulu alas/ lapik tilam yang kalis air. 

Lebih mudah dibersihkan bukan?


TIPS 3

Galakkan anak membuang sebelum tidur.

Ni perkara utama yang biasanya mak ayah terlupa. Mula-mula mungkin agak sukar. Tapi lama kelamaan lebih mudah.

Sebenarnya ada kajian yang mengatakan anak lebih lena tidur jika pundi kencing mereka kosong.


TIPS 4

Kejut anak bangun pada waktu tertentu yang dia kerap kencing.

Hah yang ni kekadang mak ayah pun terlajak juga kan. Macam tips yang pertama tadi, lepas kita buat pemerhatian pada waktu bila anak kencing, jadi kali ni kita kejutkan mereka pula untuk ke tandas.

Jika perlu, boleh setkan alarm. Nanti dah biasa, anak tu sendiri akan bangun dan ke tandas.

TIPS 5

Jika anak masih menyusu botol, berikan mereka 2 jam sebelum tidur.

Eh kenapa pulak kena 2 jam. Diorang ni biasanya sebelum tidur tu nak nyonyot botol tu dulu. Ni sebabnya. Bila anak diberi minum susu dalam botol 2 jam sebelum tidur, mereka akan dilatih untuk kencing dulu.

Secara tak langsung, pundi kencing mereka dah kosong dan risiko untuk terkencing malam akan berkurang.


TIPS 6

Kurangkan kafein dalam diet anak.

Eh anak minum kopi ke sebelum tidur. Dah tentulah tidak. Tapi biasanya anak-anak ni akan minum air koko, coklat semua tu. Air koko dan coklat ni ada kandungan kafein sebenarnya.

Kafein bersifat diuretik. Ini akan menyebabkan badan kita mengeluarkan air lebih banyak. Jika si manja kita diberikan minuman berkafein sebelum tidur, boleh bayang tak apa yang bakal terjadi?

Lebih kerap kencing malam dan dalam kuantiti yang lebih banyak.


TIPS 7

Beli seluar dalam dan cadar kegemaran anak

Hah yang ni ada tricky sikit. Anak kecil bila suka sesuatu barang tu, diorang akan sangat sayang.

Kat sini ibu ayah kena main psikologi dengan berbual dengan anak. Bagitau mereka seluar dalam atau cadar kegemaran mereka ni kena sentiasa bersih. Tak boleh kotor kena kencing.

Kalau kena kotor atau terkencing, seluar atau cadar tu tak dapat dipakai lagi. Kena cuci dan keringkan. Lama kan nak tunggu. Jadi, diorang kena pastikan yang diorang takkan kencing dalam seluar atau atas cadar tu lagi


TIPS 8

Carta sticker dan ganjaran positif

Untuk yang ni kita boleh gunakan kalendar. Belikan sticker yang mereka suka dan bila hari mereka tak kencing malam, diorang boleh letak sticker tersebut pada kalendar.

Mungkin jika dalam masa seminggu hingga sebulan tu dia berjaya tak kencing malam, ibu ayah bolehlah fikirkan hadiah istimewa. Sekurangnya dia tahu usaha dia ni dihargai ibu dan ayah.

TIPS 9

Sabar dan konsisten.

Tips ni terpakai untuk ibu dan ayah. Biasanya untuk permulaan tu terkucil tu memang la jadi kan.

Ibu ayah kenalah banyakkkk sabar dan teruskan. Jangan dimarahi anak tu. Cuma mungkin boleh dikenakan denda ke macam tak boleh letak sticker, hanya main di dalam rumah untuk hari tersebut.

Dan esoknya teruskan misi seperti biasa.

Semoga tips di atas membantu ibu ayah kat luar sana untuk potty train anak mereka.





Share:
Read More