Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Merancang Percutian Mesra Poket

Salam sayang 

Kawan-kawan kat luar tengah buat apa tu? Yang bekerja sila teruskan kerja ye..yang sedang bersantai-santai tu nikmatilah masa yang ada dengan penuh ceria

Bila cakap bercuti ni kan... Ramai yang nampak kena guna duit banyak, kena amik masa cuti sekolah, kena pergi jauh-jauh kan...Rasa kadang-kadang tu macam membazir pulak bila kita fikir nak pergi bercuti ni

Tapi sebenarnya kan, bercuti ni tak perlu belanja yang besar (tapi ni bergantung pada individu). Pada kak long, jika nak mendekatkan anak-anak dengan alam, nak mengeratkan silaturrahim dengan ahli keluarga..boleh je pilih tempat atau lokasi yang murah dan yang paling penting mesra poket anda sekeluarga.

Korang boleh sediakan tabung khas jugak untuk percutian ni. Sama ada korang masukkan setiap bulan amaun tertentu atau masukkan duit hijau atau oren ke dalam tabung percutian tu. Bila dah tiba masa, bolehlah pecahkan tabung tu :)

Biasanya bila nak bercuti, kita kena survey dulu kos yang diperlukan. Dan biasanya kalau cuti sekolah lebih sedikit harga pengangkutan dan penginapan kan... Jadi sebelum kita ambil keputusan untuk pergi ke mana-mana destinasi, survey dulu blog atau website. Secara tak langsung kita dah boleh buat anggaran jumlah perbelanjaan.

Untuk hotel atau apartment atau homestay, kak long galakkan korang baca review sekali. Kadang-kadang harga mahal tapi tak semestinya review bagus kan. Pilih yang sesuai dengan jumlah ahli keluarga serta harga dan review ye.

Kalau pengangkutan pula, boleh survey tiket-tiket yang murah yang ada dipromosikan. Tawarn macam ni biasanya sekejap je. Jadi kalau rasa nak bercuti hujung tahun, dah kena ada mind setting dari awal tahun lagi. Jadi bila syarikat penerbangan terutamanya buat promosi tiket murah, kita pun dah bersedia.

Harap-harap entry kak long ni serba sedikit membantu korang-korang kat luar tu untuk merancang percutian yang mesra poket lagi bermakna bersama keluarga

Selamat Bercuti! Aloha!

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More

Di Sebalik Sunk Into The Womb

Salam sayang 

Malam tadi kak long berkesempatan nak melihat sebuah cerita yang popular di Jepun yang berdasarkan kisah benar. Cerita tu bertajuk "Sunk into the Womb".

Image result for sunk into the womb

Kak long takdelah menonton sepenuhnya namun menonton sekejap-sekejap ni pun dah merobek perasaan keibuan kak long.

Cerita ni diadaptasi dari sebuah kisah benar yang berlaku pada tahun 2010 (kalau tak silap kak long) di Osaka, Jepun. Ia berkenaan sebuah keluarga yang mana si suami telah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak yang masih kecil (lebih kurang 3 tahun dan seorang dan kurang dari setahun yang seorang lagi).

Untuk menanggung kehidupan mereka 3 beranak, si ibu ni telah keluar bekerja. Pada mulanya, kehidupan mereka ceria dan bahagia namun apabila si ibu ni tersilap memilih kawan (kawan ni yang cadangkan agar si ibu menjadi pelayan) maka pengakhiran mereka sekeluarga menjadi tarumatik

Kak long tak sanggup nak tengok setiap scene selepas si ibu meninggalkan anak-anaknya hampir 3 bulan tanpa ada bekalan makanan sehinggakan anak yang paling kecil tu dah berulat bila si ibu kembali ke rumah. Namun yang lebih menyedihkan apabila si ibu tergamak untuk melemaskan anak yang sulung di dalam tab mandi.

Image result for sunk into the womb

Apa yang terjadi seterusnya (jika mengikut cerita asal) si ibu ini kemudiannya ditangkap dan dibicarakan. Si ibu ini dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan mengabaikan sehingga menyebabkan kematian kedua-dua kanak-kanak tersebut.

Kat negara kita pun pernah digemparkan dengan penemuan kanak-kanak OKU yang dibiarkan dalam sebuah bilik dan bila ditemui kanak-kanak tersebut sangat uzur keadaannya kerana kurang zat.

Kat sinilah sebenarnya peranan hidup berjiran dan bermasyarakat tu. Nampak kan kepentingannya. Nasihat untuk diri kak long sendiri, supaya sentiasa menghargai anak-anak serta keluarga dan tak lupa menjadi jiran tetangga yang baik dan berfungsi.

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More

Tabung untuk Sesi Persekolahan Baru

Salam sayang 

Masuk bulan November, maka ibu dan ayah dah mula mencari-cari dana tambahan sempena musim persekolahan baru tahun hadapan.

Untuk kak long, biasanya tabung sekolah dah dibuka seawal Januari lagi, ini untuk mengelakkan kak long dan encik suami pening...sama juga dengan tabung raya...sebaik sahaja habis raya, maka tabung raya tahun hadapan terus dibuka dan belanja ikut jumlah tabungan.

Pada kak long, penting untuk kita sediakan tabung-tabung ni awal-awal terutamanya tabung sekolah anak-anak. Sekurang-kurangnya hasil tabungan tu dapat menampung yuran sekolah, uniform serta yuran tambahan lain. Malah hasil tabungan tu boleh membnatu membeli peralatan sekolah yang lain seerti kasut, beg serta alatulis.

Untuk anak-anak, biasanya jika beg sekolah serta alat tulis masih ada, maka tak perlulah beli yang baru...guna sahaja semula sehingga barang-barang tersebut rosak atau tidak boleh dipakai. Secara tak langsung, ia membantu anak-anak erti berjimat cermat

Lazimnya, setiap tahun kasut dan uniform akan bertukar. Maklumlah, anak-anak kan mudah membesar lagi-lagi anak lelaki, mereka lebih lasak. Kasut bila hujung tahun tu pasti dah koyak serta lusuh.

Berapa banyak yang nak disimpan? Itu bergantung kepada berapa anggaran perbelanjaan persekolahan untuk keluarga tersebut. Macam kak long, memandangkan kedua-dua anak ni bersekolah di sekolah ABIM, yuran lebih tinggi berbanding sekolah kerajaan. Anggaran kasar untuk seorang anak RM1000. Itu tak termasuk beg dan peralatan sekolah yang lain. Jadi lebih kurang hampir RM2000 juga kami perlukan untuk persiapan anak bila buka sekolah nanti. Kalau tak menabung, tentu perit kan :)

Banyak manfaatnya jika kita rajin menabung.

Jom menabung!


Nur Adha @ Kak Long Pengedar
Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More

Doakan yang terbaik untuk Anas

Salam sayang 

Hari Selasa lepas, Anas ada jadual untuk echocardiogram di Hospital Ipoh. Hasil dari pemeriksaan tersebut, tiada tanda jantung Anas semakin pulih. Ada sedikit bengkak dan injap yang terkoyak itu masih begitu jua keadaannya.

Ubat yang sama masih diteruskan dan sekarang kak long menambah jumlah vitamin yang perlu Anas ambil. Ye, usaha dan doa perlu seiring.

Semoga hanya yang baik-baik sahaja untuk Anas Zikry, putera sulung kak long

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
,

Hari Pertama Berpuasa di 2016

Salam Ramadhan untuk semua pembaca setia RahsiaSihat.com

Macamana dengan hari semalam?

Untuk kak long sendiri, semalam memang sungguh hari yang sangat memenatkan... Macam orang tak pernah puasa pulak kan hehe

Bukannya apa, biasanya kak long hanya melalui sama ada tempoh mengandung atau tempoh menyusu sahaja semasa bulan puasa, namun tahun ni, kak long mendapat pengalaman baru iaitu mengandung pada trimester ke3 dan juga menyusukan anak yang berusia 3 tahun.... Perghhh...memang sungguh mengujakan dan meletihkan...

Apatah lagi pada hari semalam juga, kak long dan suami perlu ke Ipoh untuk temujanji Anas bersama pakar di Ipoh...maka ujian 1 Ramadhan sangat terasa... namun syukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana kami sekeluarga dapat berkumpul untuk bersahur dan berbuka berbanding tahun lalu....

Bulan puasa ni tentu macam-macam perancangan yang korang semua buat kan.... Ada tak yang berjanji tak nak jejak Bazar Ramadhan? Pada kak long, tak salah nak ke bazar Ramadhan namun harus tetapkan kos dan bajet yang perlu dikeluarkan. Ini untuk mengelakkan sebarang pembaziran. Masa lapar memang semua nampak sedap kan namun kena beringat-ingat juga ye sama ada apa yang dibeli tu mampu atau tidak untuk dihabiskan.

Semalam kak long cuma berbuka dengan kurma, semangkuk bubur lambuk, pecal dan air lemon laici... Tak mampu nak masuk nasi dah....Anak-anak dan suami berbuka dengan nasi, ayam percik dan pecal. Encik suami tak lupa dengan pengat keladi yang dibeli di bazar. Cukuplah untuk kami sekeluarga...

Semoga hari-hari seterusnya, kami dapat menempuh puasa dengan lebih baik lagi...



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
,

Ramadhan 2015 - episod #throwback

Kurang dari 2 minggu, Ramadhan Al-Kareem bakal menjelma,,, Tentu pelbagai perancangan dan agenda yang dah disiapkan... Buat ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil, tentu dah mula berfikir bagaimana usaha untuk mempersiapkan si kecil dengan jadual Ramadhan dan seterusnya latihan berpuasa kan...

Ternyata Ramadhan yang bakal tiba ni kak long mengharapkan sesungguhnya ia Ramadhan yang sungguh  indah... Dapat berpuasa bersama sekeluarga, bersahur dan berbuka bersama di rumah (sama ada home cooked atau bazar cooked lah ye..)... Seterusnya bertarawih bersama-sama sekeluarga...

Bila teringat Ramadhan 2015, ia sangat menyiat hati dan perasaan... Tak terjangkau dek akal fikiran rasanya...dan jika ingin diulang semula, kak long memag menolak dengan sesungguh-sungguhnya...

Ramadhan 2015, kedatangannya memang dinanti... Namun perancangan dariNya tiada yang menghalang...

Malam pertama Ramadhan 2015, kami dalam debaran.. Anas diintubate dan bakal dipindahkan ke ICU kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Bainun(HRPB) dari Hospital Pantai Manjung. Namun, perjalanan tidak selancar dan semudah yang disangka... Memandangkan ia melibatkan urusan perpindahan dari hospital swasta ke hospital kerajaan...maka Anas dihantar ke Hospital Sri Manjung terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke Ipoh. Sepatutnya malam yang sama Anas ke Ipoh, namun perjalanan hanya sempat mencecah Gelung Pepuyu sebelum ambulan berpatah balik... Bacaan SPO8 (oksigen) Anas tidak stabil dan doktor pengiring tidak mahu mengambil risiko maka Anas dibawa semula ke Hospital Sri Manjung...Anas terus dimasukkan ke dalam ICU dan dipantau sebaik mungkin oleh Pakar Paediatrik, doktor-doktor serta jururawat yang lain...

Entah bagaimana, tiada setitik air mata pun yang jatuh dan Alhamdulillah betapa bersyukurnya kak long dengan anugerah kekuatan yang dikurniakan oleh Allah...

Keesokan harinya...tepat jam 9 pagi, ambulans bergerak membawa Anas ke HRPB. Ayah Anas mengiringinya di dalam ambulans tersebut. Kak long menyusul dengan kereta bersama beberapa teman sekerja....Ya, ia adalah 1 RAMADHAN.... Tarbiah Ramadhan yang cukup mengesankan jiwa... Urusan kemasukan Anas ke ICU kanak-kanak di HRPB berjalan dengan lancar, Alhamdulillah... Panggilan telefon dari kedua-dua belah keluarga dapat kami jawab dengan lebih tabah...

Doktor Pakar telah mengesahkan yang Anas menghidapi RHEUMATOID CARDITIS. 2 injap jantung anas telah koyak dan menyebabkan jantung Anas membengkak dan darah bercampur...menyebabkan paru-paru Anas turut membengkak...

Anas ditahan di ICU HRPB selama 2 minggu sebelum dipindahkan semula ke Hospital Sri Manjung untuk pemantauan. Alhamdulillah, Anas semakin pulih walaupun bukan sepenuhnya... Syukur kerana sakit yang Anas hidapi masih boleh diubati dan Anas masih terus di samping kami.... Ujian yang Allah beri buat kami tidaklah sebesar mana berbanding dengan ibu bapa lain yang kami jumpa sepanjang Anas di ICU. Sesungguhnya Allah hanya menguji yang setimpal dengan kemampuan hambaNya...

Sejak dari Anas sakitlah, maka kurangnya tulisan dan coretan kak long di blog ini. Jangan risau, kak long akan mula menulis kembali dengan lebih aktif...

In shaa Allah, Ramadhan tahun ini kami mendoakan hanya yang terbaik untuk kami dan anda pembaca semua... Semoga Ramadhan menjadi madrasah jiwa dan rohani yang terbaik!

Salam sayang 

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More

Jalan-jalan Raya Haji

Salam sayang 

Alhamdulillah selesai sudah merayakan Hari Raya AidilAdha...

Seronok kali ni balik kampung....Dapat bertemu muka dengan bidadari syurga kesayangan kami merupakan nikmat terindah dalam kehidupan..

Kak long sekeluarga pulang ke Mersing dan Seremban kali ni malah sempat singgah ke Batu Pahat meraikan perkahwinan sepupu kak long... Izzudin dan Erin...

Sementara tengah memanaskan keyboard untuk membuat kerja-kerja dan laporan untuk bulan ni.... Jom layan dulu gambar-gambar gelagat anak-anak bersama pengantin 2 sejoli... (Maaf ye gambar kak long takde pun sebab Mek Nis bizi nak tidur masa sesi bergambar ni)

Anak-anak hijack pelamin pengantin

Free style bersama pengantin

Adik dan adik ipar kak long

Bertukar ke ULTRAMAN!

Belanja sikit gambar Mek Nis sebelum dia beradu...

Malu-malu alah...

Tersenyum bila ada mamat mengorat hehehe...

Hari ni Mek Nis demam selesema... Mana taknye masa majlis tu kebetulan makcik kak long menyediakan booth aiskim...budak-budak ni sakan la makan airskrim free... Mek Nis sahaja 3 calong...Takpelah ye...buat ubat... Ibu doakan Mek Nis sembuh hendaknya hari ni...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Korang... Jangan lupa ye.. PROMOSI ESP masih berlangsung sehingga 30 hb ni... Cepat dapatkan sebelum terlambat







Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More

Salam AIDILADHA!

Salam sayang

Semoga kita dapat sama-sama memaknai ERTI PENGORBANAN ini



 Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee
Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
, , , , ,

HANIS dan HFMD

Beberapa hari yang lepas, kak long ada memuatnaik status di FB kak long berkaitan si comel HANIS


Ada yang pm bertanyakan apa itu HFMD dan bagaimana kak long menanganinya.

Jadi petang ni akk long nak kongsikan dengan kalian apa itu HFMD atau nama panjangnya Hand, Foot & Mouth disease (penyakit Kaki, tangan dan mulut)


Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71)
Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. 
Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. 
HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri
Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

dipetik dari lama web rasmi www.moh.gov.my

Kak long turut membawa Hanis ke pakar kanak-kanak untuk memastikan tahap kesihatannya...menurut doktor tersebut tiada apa yang perlu dirisaukan melainkan jika selepas 3 hari, demam Hanis tidak kebah, Hanis perlu dibawa sekali lagi ke klinik.
Pakar tersebut sekadar memberi lotion untuk mengurangkan kegatalan dan krim untuk mengelakkan luka.

Lazimnya, untuk pesakit HFMD ini, hanya pastikan mereka mengambil air yang cukup untuk mengelakkan mereka dehidrasi, dan sangat digalakkan memberi makan makanan/ minuman yang sejuk seperti aiskrim vanila dan jus buah.

HFMD sangat mudah berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak di bawah 8 tahun. 
Oleh sebab itu, sebaik sahaja kak long mengetahui yang Hanis kena jangkitan HFMD, semua cadar dan alat permainan kak long rendamkan di dalam Basic H. Lantai dimop 2 kali sehari menggunakan Basic H (sebelum ni kak long mop berselang hari). Basic H ni bagus sebab ia dihasilkan dari bahan organik dan tidak bertoksik.


Selain dari itu, kak long turut memberikan Hanis sebiji OMEGA GUARD setiap hari ketika dia tidak sihat. Pada kebiasaannya, seminggu 2-3 biji sudah memadai. Omega membantu meningkatkan imuniti Hanis di samping agen antiinflamasi. Bintik-bintik merah yang tumbuh di seleuruh badan Hanis sememangnya gatal namun dengan mengambil Omega, kak long nampak Hnais kurang menggaru. Malah selepas 3 hari, bintik-bintik yang tumbuh tu semkain berkurang dan mengering.


Dan hari ini, hari kelima Hanis dijangkiti HFMD, kesihatan Hanis semakin pulih dan Hanis semakin bijak... (Orang tua-tua kata...budak-budak demam nak dapat akal...) 



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More

Ikan Stim Pelam Asam Boi

Sekarang ni kan tengah trending PELAM ASAM BOI...kak long pun tak lepaskan peluang mencuba dari salah satu seller online di Manjung ni

Wah...memang sedap sehingga menjilat jari kaki...yang bestnya seller ni siap buat option lagi untuk customer...yang tak pedas, pedas atau extra pedas... Macam ni baru best..seller yang memahami kehendak pelanggan.

Ihsan google

Jadi tengahari tadi sambil dok belek-belek resipi, tertiba terpandang la separuh lagi balang pelam asam boi ni dok bertapa dalam peti ais kak long... Kebetulan ikan yang dah kak long keluarkan adalah ikan siakap...maka terhasillah IKAN STIM PELAM ASAM BOI

Ihsan google

Masuk je rumah, anak sulung kak long dah bertanya...ibu masak apa...sedapnye bau...  Anas ni memang susah nak makan ikan...Tapi Alhamdulillah, resipi kak long tengahari ni nampaknya menggamit selera dia, anak dan ayah bertambah-tambah hari ni... Sedap sangat lah tu ye...

**hari ni entry santai-santai ye.... Esok nak ke Bengkel Nutrisi Shaklee... Nak menimba ilmu

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
, , , ,

Ambil Omega ketika letih?

Salam sayang




Sihat semua pagi ni? Alhamdulillah kak long masih diberi keizinannya untuk terus berkongsi kebaikan Shaklee dengan korang semua.


Semalam antara hari yang agak meletihkan buat kak long. Bertolak dari Sitiawan kira-kira jam 10 pagi dan terus bermesyuarat dan lawatan kilang hingga jam 6. Merempuh pula kesesakan sebelum tiba di hotel kak long menginap. Rasa bersyukur sangat sebab tinggal di Sitiawan, kak long tidak perlu menempuh jammed langsung.




Sebelum ni kak long hanya mengambil ostematrix 4 biji sebelum tidur. Namun sejak mengetahui bahawa B complex dan Omega guard juga membantu dalam mendapatkan tidur yang berkualiti, maka kak long mengubah sedikit jadual pemakanan vitamin kak long.




Bila badan kita penat, sebenarnya otot-otot kita membengkak. Tisu-tisu yang membentuk otot mengalami radang dan seterusnya menyebabkan kita rasa sakit-sakit badan. Omega membantu dalam meredakan radang dan dengan sinerginya bersama ostematrix dan b complex, otot yang membengkak dan badan yang penat akan jadi lebih sihat dan cergas pada keesokan hari.




Ia sangat berbaloi untuk dicuba. Untuk yang berada di sekitar Sitiawan dan berminat dengan produk Shaklee boleh hubungi kak long



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
,

Kembara ke TURKI ~ Impian 2015 Kami

Bila bercakap mengenai percutian... TURKI adalah salah satu negara yang kak long sangat teringin nak pergi

Turki ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia

Turki antara tempat lahirnya peradaban moden seperti Empayar Turki Uthmaniyyah

Bukan sahaja hebat dari segi peradaban serta sejarah namun keindahan tempat serta seni binanya sangat mengagumkan...

Sebelum kak long dapat tangkap gambar yang real, apa kata u olls cuci mata dengan melihat gambar di bawah... ihsan dari Google.com

Melihat keindahan Pamukkale

Pamukkale


Melihat keindahan binaan Istana Topkapi, Hagia Sophia dan Masjid Biru


Masjid Biru
#1 of Tourist Attractions In Turkey
Hagia Sophia
Bersiar-siar di taman tulip


Melihat sendiri kesan Tamadun Greek di Gunung Nemrut

Mount Nemrut


Menikmati keagungan ciptaan Tuhan di Caapdocia

Goreme Fairy Chimneys

Inilah antara tempat-tempat yang menggamit rasa dan naluri kak long untuk terbang ke Turki

Turki bumi yang bertuah kerana adanya Sultan yang Agung iaitu Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan yang menawan kembali kota Konstantinople... Mengembara ke bumi Turki bukan sekadar untuk berwisata tapi menelusuri kembali semangat perjuangan tokoh-tokoh Islam terdahulu.

Semoga IMPIAN ini menjadi kenyataan... 

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
,

Hari-hari terindah dalam hidup



Salam sayang 

**Post ni patutnya keluar semalam tapi ada sedikit masalah teknikal maka pagi ni baru dapat dikeluarkan**

Masih belum terlambat rasanya untuk kak long mengucapkan Salam KeMerdekaan buat semua pembaca RahsiaSihat.com. 

Diharapkan kemerdekaan yang ke57 ini membuka minda dan membebaskan jiwa dan diri kita dari segala anasir negatif

**********************************************

Kalau Ogos adalah bulan kemerdekaan negara... 
September merupakan bulan celebration kami sekeluarga 

Nak tau kenapa?

Sambutan 1

Di kesempatan ini juga kak long nak mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN buat ayahanda kak long tercinta. Semoga Allah merahmati seluruh kehidupan papa dan kami anak-anak berdoa agar papa sentiasa ceria di sisi mama
(Birthday ayah kak long jatuh pada 1/9 sehari selepas sambutan Hari Kemerdekaan Negara; jadinya macam double celebration la)

Sambutan 2

Dan pada 9 September akan datang adalah ulangtahun perkahwinan kak long dan en suami pula.
Alhamdulillah dari berdua kini kami dah berlima dan usia perkahwinan baru sahaja menjejak 8 tahun. Doa kak long agar jodoh kami semakin kuat hingga ke syurga dan semoga rahmat Allah mengiringi seluruh keluarga kami hingga ke akhirnya



***********************************************************

Serius ni... September 2014 memang best.. 
Selain ada hari-hari teriondah dalam hidup kami, 
Shaklee turut menawarkan DOUBLE PROMOTION!!

Nak tau? Stay tune ...
(bersambung di next entry)




Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More