Showing posts with label herb lax. Show all posts
Showing posts with label herb lax. Show all posts
,

Pil Cuci Usus aka Julap Shaklee

Salam sayang 

Sebelum ni kak long kongsikan bagaimana cara nak mengatasi masalah SEMBELIT kan... Hari ni kak long nak kongsi pula produk yang membantu mereka yang sukar nak membuang air besar...tapi bukan sembelit.. Ni jenis yang membuang sekali seminggu atau sangat sukar nak membuang.

Sangat digalakkan jika kita dapat membuang isi perut kita setiap hari sebenarnya. Mereka yang tidak melalui proses ini mungkin disebabkan oleh diet harian mereka tidak seimbang atau keadaan usus mereka tidak sihat.

Jangan risau, kami di Shaklee ada penyelesaiannya





Apa kandungan dalam Herb Lax Shaklee? Terdapat 9 jenis HERBA dalam HERB-Lax
Bukhorn Bark
Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan pada usus.

Licorise root
Membantu proses detoksifikasi

Fennels Seeds
Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol,membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

Anise Seeds
Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

Rhubarb Root
Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik

Blue Malva Flower
Membantu proses Detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit

Culver's root
Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

Alfalfa Leaf
Membersihkan usus,darah dan hati

Senna Leaf
Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut,mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.


Herb Lax Shaklee juga dikenali sebagai julap moden

Nak tau BEZA Herb Lax dengan julap lain?
  • Permbersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.

Cara Pengambilan Herb Lax pula ia sesuai diambil seperti biasa (telan 4 biji tablet sebelum tidur) atau dicampur dalam air panas sebagai minuman teh herba

Berminat dengan  produk di atas?

Boleh hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
, , , ,

Pengambilan SET KURUS SHAKLEE

Salam sayang 

Sebelum ni kak long dah kongsikan SET KURUS SHAKLEE kan...

Ada yang bertanya, perlukah ambil setiap satu seperti yang dicadangkan.... Secara personal kak long akan katakan ia perlu. Kenapa?

Sebab setiap langkah yang ditunjukkan adalah bertujuan untuk memastikan produk yang diambil berkesan.

Di bawah ni kak long berikan cara PENGAMBILAN SET KURUS SHAKLEE 


Hari 1 - Hari 3

Langkah detox perlu dilakukan. Ini untuk memastikan selepas ini, proses penyingkiran lemak dan penyerapan vitamin berlaku dengan efisien
Ambil 3 biji Alfalfa sebelum sarapan (peringatan: Maksimum Alfalfa boleh diambil 10 biji namaun untuk peringkat awal mulakan dengan dos yang rendah)
atau Ambil 4 biji herblax sebelum tidur

Hari 4 dan seterusnya

Ambil 3 biji Alfalfa sebelum sarapan (peringatan: Maksimum Alfalfa boleh diambil 10 biji namaun untuk peringkat awal mulakan dengan dos yang rendah)
Ambil Lecithin 3 biji selepas makan tengahari
Ambil Lecithin 3 biji selepas makan malam
** Jika anda mengambil Cinch Shake; Sarapan dan Makan Malam anda boleh diganti dengan pengambilan 2 scoop Cinch Shake
Cinch Shake bertindak sebagai meal replacer

Setiap hujung minggu

Ambil 4 biji herblax sebelum tidur


Diharapkan cara-cara di atas membantu anda dalam menjalani diet dengan lebih berkesan.

Ada yang nak mencuba SET KURUS SHAKLE???

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
Share:
Read More
, , ,

MISI KURUS 2015 ~ SET KURUS YANG MANTOP!!!

Salam sayang 

Alhamdulillah... Dah masuk hari kedua bulan April...bagi SID Shaklee, ia merupakan bulan kedua dalam cycle baru.

Semalam kak long dah umumkan apa promo terbaru bulan ni...yang pasti SET KURUS pasti mengungguli carta.... Shaklee ada produk kuruskan badan ke?... Eh mestilah ada... Nak tahu lebih lanjut, teruskan baca

3 langkah bagaimana Shaklee membantu MISI KURUS ANDA!

Image result for cinch shaklee


Pertama: Detox

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Kenapa perlu detox? 
Detox perlu kerana usus merupakan tempat di mana nutrien diserap pada masa yang sama, kotoran atau sisa nutrien yang tidak diserap oleh badan akan tertinggal di dinding usus. Sebab itulah, perlunya kita mencuci usus. Usus bersih, nutrien dapat diserap secara optimum

Produk detox yang sesuai adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit kerana ia dihasilkan dari daun senna yang memang dikenali sebagai julap semulajadi

Kedua: Pemecahan lemak

Terdapat dua produk di Shaklee yang membantu proses pemecahan molekul lemak. Salah satunya adalah Lecithin. Lecithin merupakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.


Ketiga: Membina Otot dengan Protein

Kenapa perlu mengambil protein? Apabila kita mengambil produk yang memecahkan lemak, pasti ada ruang kosong yang tertinggal. Otot yang dihasilkan dari protein membantu mengisi ruang kosong tersebut. Ia sekaligus menjadikan bentuk badan lebih solid dan risiko kulit menggeleber tiada. Kulit lebih tegang dan lebih sihat.

Kandungan LEUCINE yang tinggi dalam Cinch Shake sangat membantu dalam membina otot.
Berbanding ESP, kandungan kalori dalam Cinch Shake lebih rendah dan sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet


Jika anda berminat dengan PROGRAM SHAPE UP SHAKLEE boleh terus hubungi nombor di bawah ye


Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
Share:
Read More
, , , , , ,

TURUN 8KG dalam masa SEBULAN

Wah..sejak naik cuti raya ni...galak kak long bercerita tentang program PENURUNAN BERAT BADAN...

Sebenarnya teruja bebeno ni sebab kak long sendiri mengalami KENAIKAN BERAT sejak bulan PUASA lagi...orang lain bulan puasa turun, tapi kak long bulan puasa, naik berat...macamana tu ye...

Ni semua gara-gara tak boleh tinggal nasi walau sebutir pada bulan puasa yang lepas... biasanya kak long akan pastikan kak long makan nasi sekali sahaja (memadai masa sahur)...tapi yang berlaku sebaliknya...kak long bantai amik nasi 2-3 kali (berbuka, bermoreh dan lain-lain waktu sebelum tidur)... kemudian lepas amik nasi..baring-baring dan terus tidur...nah hasilnya...ukuran badan mula la lari...bukan senang nak kejor yeop...

Jadi selepas raya ni, aim kak long nak pakai baju-baju raya tahun-tahun lepas (baju muat tapi tang kain hmmmm...) Oleh sebab itulah kak long nak berkongsi dengan korang semua testimoni kawan-kawan kak long yang dah berjaya menurunkan berat badan mereka dengan DIET ATKINS + VITAMIN SHAKLEE...



Nampak gayanya...ATKINS kak long perlu dilakukan secepat mungkin... Jom kita berDIET ATKINS + PUASA + SUPLEMEN SHAKLEE... Moga-moga raya haji nanti, baju-baju lama dapat dipakai semula.. Amin...

Korang-korang semua, jom ler kita KURUS DAN SIHAT.... 

Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , , , , ,

Cerita kak long dan DIET

Sebelum ni kak long pernah share dengan korang kan macamana pembakaran lemak dengan OMEGA oleh salah seorang pelanggan kak N...

Jadi kali ni kak long nak share pula cerita kak long berdiet dan bakar lemak dengan OMEGA pulak...kisahnya, kak long ni tak pernah terfikir pun nak berdiet sebab diri terasa badan ni ok dan bila timbang berat, takde la jauh sangat naiknya...tapi satu hari ni, mak kak long datang la melawat kak long kat perak ni...perkara pertama yang dia tanya...KENAPA kak long MAKIN BESAR?? Pergh..bila mak sendiri dah sound kan...

Then kak long try la beberapa seluar yg memang kak long jarang pakai...hua..rasa nak menitik air mata..tak muat dah..rasa-rasanya beberapa bulan lepas, seluar-seluar ni masih boleh dipakai dengan selesa...

Maka...bermulalah pencarian kak long berkaitan diet...1st sekali kak long try diet atkins..

Diet atkins ni...diet karbohidrat, kak long dah lama tau pasal diet ni...diet atkins ni tidak membenarkan pengamalnya mengambil karbohidrat lebih dari 20gram. Makanan yang boleh diambil adalah protein dan sayur-sayuran berdaun hijau. Buah-buahan tidak digalakkan kerana buah mengandungi kadar karbohidrat yang agak tinggi...

kak long try diet ni 3 hari tetapi pada hari ketiga kak long diserang gastrik dan doktor menasihatkan agar kak long stop segala diet...tapi kak long ni degil..instead of terus stop diet, kak long masih berdiet tetapi mengurangkan pengambilan nasi. Kalau sebelum ni, kak long ambil nasi sebagai sarapan, makan tengahari dan makan malam...maka kali ni, kak long ambil nasi 1 hari sahaja sama ada pagi atau tengah hari...Malam kak long sekadar ambil roti bersama lauk dan sayur. Selain tu, kak long turut mengamalkan suplemen SHAKLEE tentunya...OMEGA dan ALFALFA...

Omega kak long ambil 3 biji selepas lunch dan alfalfa 2 biji. Untuk minum petang, kak long ambil beberapa potong buah-buahan. Sebelum tu, kak long tak makan buah, tapi bila tak makan buah, kak long rasa selera makan meningkat....jadi kak long adakan tea break dgn mengambil buah-buahan. Alhamdulillah, selera makan berkurang dan memang rasa haus sahaja sepanjang hari. Kak long tetap mengambil dinner tetapi dengan portion yang lebih kecil...Lupa pula, setiap hujung minggu, kak long pastikan kak long ambil herblax untuk proses detox sistem pencernaan..

Mesti korang tertanya-tanya..HASILNYA??? Hasil yang sangat best dan kak long pasti kalau kak long berterusan mengambilnya, kak long boleh dapat semula berat masa anak dara dan yang paling penting, ukuran pinggang kak long berkurang 3 inci selepas 2 minggu...

Sekarang ni dah masuk bulan Rejab, jadi kak long tak berdiet tetapi kak long menggantikannya dengan berpuasa sunat...InsyaAllah, selain dari nak mendapat berat dan ukuran badan yang diidamkan, sistem pencernaan kita juga jadi lebih sihat dan bersedia untuk Ramadhan...dan yang paling utama mendapat pahala dan redhaNya...InsyaAllah...

Jadi kalau korang nak cuba basic slimming set ni...boleh hubungi kak long di nombor tertera di bawah..
Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , , , ,

Bakar lemak dengan SHAKLEE OMEGAGUARD


Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
sumber: Shaklee website


Hari ni kak long nak kongsi pengalaman seorang pelanggan rakan biz kak long merangkap sifu kak long selepas pengambilan OmegaGuard Shaklee


Berat badan turun dengan Shaklee OmegaGuard (Testimoni Pengguna)**

“Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm  memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.
 

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.
 

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.
 

Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak.
 

Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!
 

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplementsemata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.”  Kredit : AnakkuWiraku


Bakar lemak jahat dengan lemak baik...

Itulah sebenarnya yang berlaku apabila Omega diambil...



Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasukLEPTIN yang merupakan hormone yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA AKAN BERASA LAPAR

Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, Omega-3 Fatty Acids secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkaitrapat dengan PENINGKATAN PARAS LEPTIN di dalam badan.Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan Omega-3 Fatty Acids menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet. Sumber : Livestrong & Tuty


Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, ,

Amazing!!! Berat Turun Dalam Masa 2 Bulan

Ramai ibu yang menyusukan anak menghadapi masalah penurunan berat badan.Namun begitu, tidak semua produk sesuai dengan ibu yang menyusukan ditakuti memberi kesan bukan sahaja pada ibu tetapi kepada bayi.

Di Shaklee kami mempunyai satu killer product pembakar lemak yang memang sesuai diamalkan oleh ibu yang menyusukan iaitu LECITHIN...Ia memang selamat diambil dan memberi kesan yang sangat memberangsangkan..

Jom kita baca testimoni Puan Fadzilah selepas mengambil Lecithin+Herblax+Alfalfa dengan konsisten selama 3 bulan...




Pastikan anda mengikut saranan pemakanan yang disediakan serta pengambilan air kosong yang mencukupi untuk kesan yang lebih efektif.

Jika anda tidak mendapat kesan yang diingini, sila periksa faktor-faktor di bawah:
  1. Adakah pengambilan air kosong anda mencukupi setara dengan keperluan berat badan?
  2. Adakah anda melakukan proses detox sebelum memulakan sesuatu diet?
  3. Adakah anda menjaga pemakanan anda kerana supplement bukan UBAT KURUS.
Dengan cara dan motivasi yang kuat, anda juga boleh kurus.


Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , , , ,

Kesan Hebat dengan Shape-Up Programme

Korang tentu dah dah tau apa yg ada dalam Shape-Up programme (bagi yang belum tau...boleh rujuk entry ni)

Kak long nak berkongsi pula beberapa testimoni pengguna yang dah mencuba sama ada keseluruhan set atau sebahagian set mengikut bajet mereka...Jom kita kongsikan..


Haidawati Abd Rashid: Baru 2 bulan ambil Herb lax, lecithin dan cinch shake....dari baju saiz 50 dah boleh pakai saiz 46 arini..ni yang lagi semangat nak tersukan ni...Alhamdulillah...

dan ini testimoni kedua...


Pelanggan Zabrina telah mengambil lecithin, fiber (4kali minum), cinch (2 kali minum) dan herblax...telah mengalami perubahan dari segi penurunan inci...lebih banyak baju yang dulunya ketat kini mula longgar dan sudah boleh memakai seluar jeans yang berjenama

Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

Jika diperhatikan vitamin asas pengawalan berat badan yang mereka ambil adalah:

i) Lecithin
Mengapa perlu kepada lecithin? Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak2 ...Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn.

ii) Herblax / Fiber
Herblax digunakan untuk tujuan detox....(Ibu yang bf boleh mengambil Alfalfa sebagai ganti untuk detox). Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum (sumber:mamafaiz.com)


Untuk detox, boleh memilih antara herblax atau fiber...bergantung pada bajet anda...namun fiber lebih efektif resultnya...dengan pengambilan fiber, ia akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan.Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit.selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman..

iii) Protein
Protein yang diambil oleh mereka adalah dari Cinch Shake (bagi ibu yang bf boleh tukar kepada ESP)....Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35% (sumber: mamafaiz.com)

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Jadi...jika anda anda inginkan konsultasi dan mahukan suplemen yang membantu pengawalan berat badan anda mengikut bajet jangan segan-segan hubungi kak long di 019-7987970 atau emelkan ke nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
, , ,

SHAPE UP PROGRAMME ~ Set Yang HOT, HOTTER & HOTTEST

Tajuk kat atas tentu membuatkan korang tertanya-tanya kan...Set apa yang HOT, HOTTER & HOTTEST tu ye...

Tak lain tak bukan...SET PENGURANGAN BERAT BADAN alias SLIMMING SET...

Wah..bila menulis mengenai SLIMMING SET ni tentu ramai yang tertanya-tanya..ada ke produk Shaklee yang membantu dalam pengawalan berat badan...Jawapannya..ADA!

Dalam Shaklee..Ia lebih dikenali dengan SHAPE-UP PROGRAMME..

Apa yang terkandung di dalam SHAPE-UP PROGRAMME...

i) Lecithin ~ Bertindak sebagai emulsifier..lemak dalam badan akan dicairkan dan membentuk 'bile' yang memudahkan proses pembuangan dilakukan



ii) Herblax ~ Bertindak sebagai agen detox di bahagian usus...Mengandungi daun senna yang digunakan sejak zaman dahulu sebagai julap semulajadi



iii) Cinch Shake Mix ~ Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. 


iv) Cinch Energy Tea Mix ~ satu campuran teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha (satu teh hijau bagi istiadat ulung Jepun). Taurina, kajian secara meluas untuk meningkatkan ketahanan badan dan tenaga. Pilihan yang terbaik untuk menggantikan manisan dan kopi bagi mengekalkan kecergasan tubuh.


Pengambilan yang konsisten dan mengikut jadual yang betul akan membantu anda mendapatkan kembali berat badan dengan BMI yang lebih sihat.

Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , , ,

3 set asas pengurusan berat badan

credit


Lately, selain daripada set penyusuan, ramai juga yang bertanyakan saya set untuk kuruskan badan. So, entry kali ni saya share secara ringkas apa suplemen2 yang tubuh kita perlukan dan cadangan suplemen Shaklee.

Pertama : Detox

Kenapa perlu detox? Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Utk detox ni, korang boleh mulakan dengan Herb Lax, sejenis mild laxatif daripada Shaklee. Utk ibu2 yang menyusukan anak, tak berapa recommend sangat la sebenarnya sebab risau efek kat baby (sesetengahnya). Jika anda gusar, tak perlu ambil Herb Lax pun takpe tapi pastikan anda konsisten dengan alfalfa/fiber k? Bagi yang lain, sangat recommended.

Kedua : Protein

Tahukah anda bahawa utk mengawal berat badan, pengambilan protein sebenarnya sangat penting? Protein bukan aje utk bina badan, bina muscle tau .. tetapi protein ni sebenarnyalah antara zat yang membantu up kan metabolisme tubuh anda, untuk perkembangan otot (yes of course), dan membantu kita rasa kenyang lebih lama. Lebih best lagi, protein juga mampu membakar kalori sehingga 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan bayi, jangan ambilk Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (extra tau sebab ESP ni membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Ketiga : Lecithin
Lecithin ni memang asasnya adalah 'fat emulsifier' atau bahasa mudahnya 'pancair lemak'. Lecithin ni apabila bergabung/bertemu dengan lemak akan membuat lemak2 tu 'pecah' dan dia akan 'melekat' pada lemak2 tu dan membawa lemak2 tu keluar dari badan dengan bantuan fiber.

So, itulah dia tiga suplemen asas yang tubuh kita perlukan dalam proses mengawal berat badan. Selain tu, senaman, amalan pemakanan yang betul, senaman yang konsisten juga penting.

Jika anda perlukan panduan pemakanan dan konsultasi, boleh hubungi saya k :)




Mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi percuma.
Share:
Read More
, , , ,

Testimoni ~ Berat turun 20kg dgn alfalfa, lecithin dan herb-lax

let the picture tells the story first.

~* credit to kak arnie


nah! macam mana? teruja tak? suplemen yang diambil oleh pengguna tersebut ialah :-
alfalfa (small 330 tabs) 
lecithin (180 tabs) 
herb lax (120 tabs)

Ingin tahu harga dan dapat tawaran istimewa dari kak long....boleh sms ke 0197987970 atau email ke nuradhamansor@yahoo.com

Share:
Read More
, , , , , , , , ,

SHAKLEE & SLIMMING SET



Sejak balik dari mengikut suami outstation, saya dapat merasakan badan saya tambah berisi. Walaupun bila ditimbang naik +- 1kg tp bila tengok cermin nampak muka tembam ja. Perut pun ke depan lebey, cam pregnant berapa bulan tah. Oh tidak, sudahlah weekend ni ada award night untuk pencapaian dalam Shaklee. Jadi, kalau sebelum ni saya hanya mengambil vitalea, lecithin dan alfalfa untuk tujuan menjaga berat badan, kini saya up lagi.

Dalam program slimming/detox set terdiri dari herb lax, lecithin dan alfalfa. Ketiga-tiga ini membantu dalam proses percernaan dan detox. Jadi saya pun tambah herb lax dalam senarai supplement saya. 

Untuk membantu diet saya juga, saya akan displinkan diri mengambil cinch shake mix dan energizing soy protein. Sebenarnya cinch shake mix dan herb lax tak disarankan untuk ibu menyusu anak kerana khuatir anak akan cirit birit. Namun, dari pemerhatian saya, anak saya yang berusia 15 bulan tu, tak ada mendapat kesan-kesan sampingan dari slimming series yang saya baru mulakan ini.

Fungsi Cinch Shake Mix bukan sekadar memberi rasa kenyang. Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Jadi leusina ini akan membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Ini bermakna, hasilnya nanti badan akan berat dengan otot bukan berat dengan lemak.

Namun, untuk ibu menyusu di luar sana, jika ada kekhuatiran boleh ambil energizing soy protein untuk menggantikan cinch shake mix. Saya sendiri telah mengalami kesan positif dengan pengambilan ESP secara teratur semasa Ramadhan tahun lepas. Memang time raya tu, rasa best dan orang perasan perubahan diri yang kembali maintain selepas melahirkan anak kedua.

Ramai yang bertanya tentang Shaklee slimming series. Sebernanya Shaklee weight management mengajurkan Cinch sebagai solution. Namun, kami memberikan pilihan yang lain bergantung kepada budget dan situasi anda.

Antara produk yang membantu dalam program diet adalah seperti
-Cinch Shaklee Mix
-Cinch Energy Tea Mix
-Energizing Soy Protein
-Lecithin
-Alfalfa
-Herb Lax
-Fiber
-Vitalea


Banyakkan? Bukan semua anda perlu ambil. Ia bergantung kepada keadaan kesihatan dan berat anda juga. Antara senario dan cadangan supplement seperti:

Jika anda tidak gemuk, cuma sekadar nak maintain berat badan ideal, saya mengesyorkan

  • Alfalfa, Vitalea dan Lecithin.
Jika anda sudah agak berusia, mengalami pertambahan berat badan yang serius, berisiko untuk diabetis dan mempunyai tahap kolestrol yang tinggi, cadangan saya

  • Alfalfa, Fiber dan Herb Lax
  • Tambahan Vitalea dan Lecitin jika berkemampuan
Jika anda nak kurangkan berat badan tapi sukar mengawal nafsu

  • Lecithin dan Cinch Shake Mix
Jika anda ibu menyusu dan hendak kurangkan berat badan, pilihan yang ada mengikut budget

  • Set B
  • Set B + ESP
  • Set B + ESP + Lecithin
Kalau anda tak ada masalah budget, silalah beli semua senarai di atas. :D. 

kredit to ida

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Sila email di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970.
Share:
Read More