Posts

Showing posts with the label ibu berpantang

CEGAH OSTEOPOROSIS DENGAN KALSIUM SECUKUPNYA

Image
Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.



Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Osteopor…

Ibu sembelit? Ostematrix Penyelesaiannya

Image
Salam sayang

Antara perkara yang menakutkan bagi ibu yang berpantang terutamanya adalah SEMBELIT. Bukan setakat ibu berpantang malah ia merupakan masalah kebanyakan daripada kita. Bila ada masalah ni ia menunjukkan yang ada masalah pada sistem pencernaan kita.

Jadi apa yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah SEMBELIT ni. Korang kenal tak si putih ni. Apa kaitan dia dengan masalah SEMBELIT korang ni?


Jom kita baca lebih lanjut tentang si putih atau nama komersilnya OSTEMATRIX.

đź’šOstematrix adalah suplemen kalsium yang mengandungi magnesium, vitamin D dan boron.Tiada ubat perangsang pelawas dalam kandungannya.

đź’šMagnesium dalam Ostematrix membantu secara tidak langsung dengan memudahkan pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis secara lembut.

đź’šMagnesium juga boleh membantu menyerap air lebih baik. Penambahan air di dalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan

đź’šIbu hamil yang mengambil Ostematrix pada waktu malam sebelum tidur sangat membant…

LECITHIN PELBAGAI FUNGSI

Image
Salam sayang



Harga sebotol RM55.00 Ada 180 biji

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Sembeli Semasa Pantang - Mohon Dijauhkan

Image
Salam sayang 

Antara pengalaman yang paling tak dapat kak long lupakan dan memang minta dijauhkan adalah SEMBELIT KETIKA PANTANG. Kak long yakin ramai je ibu-ibu berpantang kat luar sana sangat fobia bila berhadapan dengan masalah ini.

Cergas Bertenaga Selepas Ceasarean dengan Ostematrix

Salam sayang 

Kak long nak kongsikan sikit pengalaman bersalin kak long baru-baru ni.

Hari ni masuk hari ke 24 kak long berpantang...kejap je kan..tak terasa sangat berpantang pun mungkin dah terbiasa (kak long memang kena berpantang semasa mengandung sebab ada GDM). Jadi ia bukanlah benda yang menyusahkan pun.

Untuk sesi bersalin kali ni, kak long membuat opsyen untuk bersalin secara pembedahan sebabnya mek Hana Awatif ni saiznya dah mencecah 4.3 kg semasa kali terakhir ultrasound dibuat. Walaupun ujian tersebut mempunyai ralat dalam pengiraan berat, namun kak long tak nak mengambil apa-apa risiko yang boleh menjejaskan mek Hana. Jadi kak long membuat keputusan untuk dibedah.

Satu pengalaman baru buat kak long dan tak menyangka ia sangat menakutkan dan menyakitkan (terutama selepas bius hilang). Hari pertama tu, kak long sekadar mengambil vitamin asas berpantang dan kak long masih terasa sakit dan letih. Nak bergerak banyak tu memang taklah, nak menangis dibuatnya.

Malam kedua selep…

Seronok Berpantang

Berpantang?

Apa yang seronoknya berpantang ye... Bila sebut je tempoh berpantang pasti ramai yang berkerut-kerut dahi... Kebanyakkan antara kita mengaitkan BERPANTANG dengan IBU BERSALIN..

Pastinya ia benar... Ibu-ibu yang baru lepas bersalin pasti melalui tempoh berpantang dari 40 hingga 44 hari malah ada yan berpantang sehingga 100 hari..

Bagaimana dengan kak long... Kak long mengamalkan tempoh berpantang selama 40 hari..

Apa yang dibuat sepanjang 40 hari tu ye?

Ini antara perkara-perkara yang biasanya dilakukan oleh ibu yang menjalani waktu berpantang termasuk kak long:

1) Berurut - dalam mingu pertama dan biasanya ada urut penamat/ urut balas pada penghujung waktu berpantang. Yang ni kak long mulakan sebaik sahaja pulang dari hospital.

2) Bertangas/ bertungku - ada yang buat pada minggu pertama sahaja tetapi ada yang buat sepanjang waktu berpantang. Kak long bertungku dengan tungku moden seawal hari kedua, dua kali sehari iaitu pagi dan petang... Badan rasa lebih ringan dan berten…

Beralih ke suplement untuk berpantang

Image
Kalau masa kak long bersalin anak pertama dulu, memang kak long sibuk mencari set bersalin mana yang sesuai untuk digunakan...selain dari harga yang berpatutan, kak long pastikan ia dalam bentuk pil dan mudah ditelan...hehheh kalau jenis jamu yg kocok atau bancuh tu memang tak lalu nak minum heheh...

Tetapi kini jika ada yang bertanyakan pada kak long set bersalin yang mana sesuai untuk ibu lepas bersalin? Dengan pantasnya, kak long akan menjawab...SET BERPANTANG SHAKLEE..kenapa?

Tubuh badan kita memerlukan makro dan mikronutrien dalam memastikan setiap sel-sel beraktiviti dengan baik...Apa jua yg kita makan secara asasnya akan dipecahkan ke 2 kumpulan tadi...pengambilan suplemen/ vitamin sebenarnya memudahkan badan/ sel menyerap nutrien secara terus tanpa perlu melalui proses yg panjang...justeru sel menjadi lebih produktif ..mudah pulih dan lebih sihat...

Masalah Keputihan di Kalangan Wanita

Image
Salam semua...Hari ni kak long nak membawa kalian meneliti masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita sama ada yang masih remaja sehingga ke dewasa...Ada kala masalah ini dianggap taboo oleh sesetengah golongan namun kak long ingin menegaskan yang demi taraf kesihatan yang lebih baik seharusnya permasalahan ini dibincangkan dengan lebih terbuka dan berilmiah...

Keputihan merupakan masalah yang sering mengganggu urusan harian seseorang wanita...Bagaimana keputihan ini terjadi? Adakah ia benar-benar mengganggu kehidupan seharian?

Set berpantang Shaklee...Apa yang Best Sangat tu???

Image
Bulan ni antara bulan yang sibuk buat kak long...banyak pertanyaan yang meminta pendapat sama ada ingin berpantang dengan jamu atau berpantang secara moden dengan mengambil vitamin.

Secara peribadinya, kak long lebih senang dengan pengambilan vitamin...kenapa?


~ masa berpantang kali pertama...kak long mengamalkan jamu (masa tu memang tak kenal vitamin lagi apatah lagi Shaklee)..badan memang rasa segar namun mungkin kerana jamu yg dimakan, Anas kena prolong jaundis (sehingga habis pantang) dan kerap cirit-birit...(jamu memberi kesan panas)...jadi satu set jamu tu kak long tak dapat habiskan pun...


~ kak long mengamalkan jamu bermula minggu ke3 selepas bersalin kerana 2 minggu pertama Anas di masukkan di dalam wad kerana jaundis....jadi atas nasihat doktor..kak long mengambil jamu lebih lambat...selepas mengambil jamu 2minggu...suami kak long mula menegur...kenapa badan kak long lebih ber'bau'...tersentak juga mulanya...then bila kak long mula menggali ilmu jamu ni ternyata ada beb…

Penjagaan Selepas Bersalin ~ Ceasarian

Kak long nak berkongsi dengan kawan-kawan di luar sana bagaimana penjagaan ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan...Kak long perolehi artikel ni dari satu grup di mukabuku...Moga kita sama-sama beroleh manfaatnya...InsyaAllah...

Kelahiran secara pembedahan (Caesarian) sudah menjadi sesuatu yang biasa pada masa kini. Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah posisi bayi ataupun bentuk tulang kajang yang sempit dan sukar memberi laluan kepada bayi untuk dilahirkan secara normal.

Ada juga ibu-ibu hamil membuat pilihan bersalin secara pembedahan kerana mahu mengelakkan rasa sakit mengisi ketuban. Tidak kurang pula yang memilihnya kerana beranggapan bersalin dengan cara tersebut dapat memelihara serta mengekalkan keadaan saluran vagina supaya tidak longgar.

Akibat kedangkalan pengetahuan berkaitan dunia kehamilan dan kelahiran, ramai ibu yang bersalin secara pembedahan tidak mengambil berat tentang penjagaan ketika dalam pantang. Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau fara…

Hanya berpantang dengan Shaklee, berat anak naik 1.75kg sebulan

Image
Makin hari makin ramai ibu2 yang menyedari kepentingan menyusu dengan susuibu. Ramai ibu yang berpantang kini sangat selesa berpantang dengan vitamin. Last week sahaja ramai customer yang membuat belian set berpantang dengan saya.
Ingin saya kongsikan satu testimoni seorang customer saya iaitu Fafa...

Sila klik untuk besarkan imej.
Apa kata beliau?

"salam..
Ok kak..thanks a lot..
Juz nk share dgn akak..hr 2 bwk anak sy g inject sebln. Bl timbang berat dia dh 4.55kg. Lahir hr tu 2.8kg je..susu sy pn semakin byk n excited nk kumpul stok susu byk2 b4 start keje next month..Alhamdulillah n syukur pd Allah...sy pantang kali ni mkn vitamin shaklee je..x sbr nk tgk dia membesar lg sht dgn minum susu ibu yg b'khasiat ni..time kasih n syukur sgt2 sbb dip'temukan Allah dgn akak..mudah2an bf journey sy yg ke2 ni dip'mudahkan Allah..Amin..
"

Amin. Mudah-mudahan lebih ramai ibu yang menyusukan anak dan mengambil berat tentang pemakanan seharian mereka. Apa yang ibu makan disalurkan…

TestImoNI - Set BerPantaNg SHakLee

saya tahu masih ramai yang meragui keberkesanan Set Berpantang SHAKLEE (SET C). yelah.. makan vitamin aje dalam pantang. boleh ke bantu pulihkan badan yang bekerja teruk semasa proses bersalin tu? boleh ke makan vitamin ni betulkan urat-urat badan? boleh ke makan vitamin ni pulihkan luka-luka dalaman kita? boleh ke makan vitamin ni segarkan badan kita semula?
jawapannya ialah BOLEH.
ingat lagi tak testimoni kawan saya, hasnah, di entry INI?
harini, saya nak share satu lagi testimoni ringkas  SET C oleh Dr Sarah. " Waalaikumussalam. better dari confinement dulu. Cepat sihat. Oh Ya, dulu ade sort of baby blues, yang ni tak de " credit to kak cery, hadha dan iffa ~*
Dr Sarah ni consume SET C bersama Alfalfa. SET C ni terdiri daripada :- Vita-Lea - bersama Iron formula yang sgt penting utk tubuh selepas bersalin B Complex - elak kemurungan, anti-stress, stabilkan hormon Vita-C - membantu memperbaiki tisu sel, mempercepatkan penyembuhan luka Zinc - membantu luka (terutama luka da…

SeT BerPanTang Shaklee

Selama hampir 9 bulan bersama Shaklee, salah satu impian terbesar saya ialah mahu menggunakan Set Berpantang Shaklee! Kenapa? Kerana saya begitu teruja dengan testimoni kawan-kawan saya yang berpantang dengan suplemen Shaklee, tanpa jamu.
Mula-mula saya sendiri kurang yakin dengan sekadar makan suplemen  dalam pantang dah boleh menyembuhkan, menyihatkan dan menyegarkan tubuh selepas bersalin. Namun, setelah melihat dan memantau kawan-kawan yang setia menggunakan Shaklee dari dalam pantang sampai baby dah nak masuk 6 bulan, saya teruja. Lebih-lebih lagi apabila saya membuat pembacaan tentang mereka yang tinggal di oversea yang tidak mengamalkan jamu, tapi mengamalkan pengambilan suplemen, membuat saya lebih yakin.
Ini sedikit cerita Arnie berpantang dengan suplemen.

Walaubagaimanapun, selain daripada pengalaman kurang serasi dengan jamu, berpantang kali kedua ini sangat berbeza dengan yang pertama. Saya lebih bertenaga, rasa lebih sihat, dan kembali langsing dengan cepat!
Rahsianya, saya m…

BerPanTang - Ibu SiHat & BaBy SEMAnGaT

Image
Betapa bertuahnya mereka yang sentiasa menyediakan payung sebelum hujan. Betapa bertuahnya mereka yang sedar bila langit mula mendung, tangan menggenggam payung. Betapa bertuahnya bila hujan turun, mereka yang berpayung hanya merasa tempias hujan sahaja.


Seorang teman menghantar mesej petang tadi...

"Kak N! Thoriq dah 4.2kg at 3 weeks!". Bayi ini lahir 2.9kg.
Beliau adalah Ummu Aiman yang pernah ibu coretkan kisahnya dalam blog ibu.
Tidak kurang dengan MommyLyna.... "Alhamdulillah kak, Danny dah 4.4kg  cukup sebulan." . Bayi ini  lahir 2.8 kg.
Alhamdulillah kenaikan dan pembesaran yang sangat memberansangkan.

Bagaimana mereka dapat hasil sebegini? Alhamdulillah mereka menjaga pemakanan sejak dalam berpantang. Mereka pastikan pengambilan vitamin yang konsisten. Mereka mengambil vitamin ini agar mereka segar, sihat dan kekal bertenaga. Namun seperti yang kita sedia maklum, apa jua yang ibu makan memberi kesan kepada anak iaitu melalui susuibu itu sendiri. Kesan pengamb…