Posts

Showing posts with the label ibu hamil

CEGAH OSTEOPOROSIS DENGAN KALSIUM SECUKUPNYA

Image
Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.



Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Osteopor…

IBU HAMIL - PERUBAHAN PADA TRIMESTER PERTAMA

Image
Dapat tahu je hamil, perasaan teruja sebagai seorang bakal ibu tu pasti ada kan. Biasanya di awal kehamilan iaitu di trimester pertama (1-3 bulan) tak banyak perubahan fizikal yang nampak. Tapi kan, sebenarnya sistem tubuh kita bekerja dengan sangat aktif. Ini untuk memastikan yang tubuh badan kita bersedia secara fizikal dan emosional sepanjang tempoh kehamilan ini.

Di bawah ni kaklong kongsikan beberapa perubahan yang mungkin berlaku pada tubuh ibu hamil di trimester pertama ( 0 – 12 minggu) kehamilan :
SERING BUANG AIR KECIL Anda akan merasa lebih sering ingin buang air kecil, ini keraan pertumbuhan rahim yang menekan pundi kencing anda. Ia juga berlaku kerana perubahan hormon. Pastikan ibu hamil minum secukupnya. Dan pastikan juga kebersihan kawasan peribadi anda.

KONSTIPASI/ SEMBELIT  Trimester pertama mungkin ada sedikit masalah sembelit pada ibu yang hamil. Peningkatan hormon progesterone menyebabkan relaksasi otot sehingga usus kurang efisien. Selain itu, kadangkala suplemen …

AMBIL LOZENGES UNTUK HILANGKAN BATUK KETIKA HAMIL

Image
Biasanya masa hamil ni, ibu hamil memang mudah diserang dengan demam, selsema dan batuk. Ibu hamil adalah antara mereka yang dikategorikan sebagai golongan berimuniti rendah. Oleh sebab itu, mereka ni mudah diserang dengan pelbagai penyakit berjangkit.
Antara yang biasa diberikan oleh doktor kepada ibu hamil yang batuk adalah pemberian LOZENGES. Namun adakah ia sesuai sebenarnya diambil oleh ibu yang hamil?
Meh kita baca sedikit kupasan dari Dr Zubaidi Ahmad berhubung perkara ini.
Lozenges adalah ubat tablet yang dihisap dan diberikan perasa seperti rasa oren dan strawberi. Ia yang mengandung 2 bahan aktif, yakni 2,4 dichlorobenzil alcohol dan amymetacresol.
Kedua bahan aktif tersebut merupakan antiseptik lemah yang bertujuan membantu meringankan rasa gatal pada kerongkong dan membunuh virus dan bakteria.

Secara amnya kedua-dua bahan tersebut adalah selamat digunakan untuk wanita yang hamil, namun saya mencadangkan agar mengambilnya secara berhati-hati kerana belum belum ada kajian klini…

TANDA SELSEMA DISEBABKAN VIRUS BAGI IBU HAMIL

Image
Selesema biasanya disebabkan oleh alahan. Ia hanya setakat selsema dan mungkin batuk saja.

Selsema yang disebabkan oleh virus selalunya lebih teruk. Ia bermula dengan demam, sakit badan, keletihan, kemudian diikuti dengan bersin, selesema, termasuk hidung berair dan tersumbat, sakit tekak, batuk, demam dan rasa seram sejuk.

Apa yang penting ialah selsema yang disebabkan oleh virus menyebabkan seorang wanita hamil itu menjadi lemah dan mengalami demam.


Mereka mungkin mengalami cirit-birit atau muntah-muntah juga.

Antaranya:

1. Kesukaran bernafas, dan sesak nafas

2. Lendir / hingus berdarah

3.Rasa sakit di dada atau abdomen

4. Rasa pening, dan sakit kepala

5. Merasa pergerakan bayi dalam rahem sangat kurang

6. Demam panas yang tinggi dan tidak turun dengan ubat paracetamol
Jika mengalami gejala di bawah, harus dapatkan pemeriksaan yang cepat.

Ibu sembelit? Ostematrix Penyelesaiannya

Image
Salam sayang

Antara perkara yang menakutkan bagi ibu yang berpantang terutamanya adalah SEMBELIT. Bukan setakat ibu berpantang malah ia merupakan masalah kebanyakan daripada kita. Bila ada masalah ni ia menunjukkan yang ada masalah pada sistem pencernaan kita.

Jadi apa yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah SEMBELIT ni. Korang kenal tak si putih ni. Apa kaitan dia dengan masalah SEMBELIT korang ni?


Jom kita baca lebih lanjut tentang si putih atau nama komersilnya OSTEMATRIX.

💚Ostematrix adalah suplemen kalsium yang mengandungi magnesium, vitamin D dan boron.Tiada ubat perangsang pelawas dalam kandungannya.

💚Magnesium dalam Ostematrix membantu secara tidak langsung dengan memudahkan pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis secara lembut.

💚Magnesium juga boleh membantu menyerap air lebih baik. Penambahan air di dalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan

💚Ibu hamil yang mengambil Ostematrix pada waktu malam sebelum tidur sangat membant…

Tips Kekal Sihat Ketika Hamil

Image
Salam sayang



Waktu hamil ni kadangkala macam-macam penyakit yang ada. Adakala rasa letih melampau serta sakit badan juga menjengah sepanjang kehamilan ni.

Kak long nak kongsikan 5 tips penjagaan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan. Jemput baca ye

1. Makan lima atau enam hidangan seimbang setiap hari. Hidangan seimbang bermaksud perlu ada porsi karbohidrat, protein serta sayuran dan buahan. Tak perlu ambil makanan untuk dua orang kerana ia boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan yang lain kelak.

2. Mengambil vitamin pranatal setiap hari seperti yang diarahkan oleh doktor. Lazimnya klinik kesihatan akan membekalkan asid folic, ascorbic acid dan iberet. Ketiga-tiga ini adalah untuk memastikan kandungan hemoglobin dalam darah mencukupi, mengelakkan masalah saraf pada bayi serta meningkatkan daya imun ibu.

3. Minum banyak air sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari dan elakkan kafein. Pengambilan kafein ketika hamil boleh merendahkan level hemoglobin dalam darah. Jadi ambil p…

Persediaan Untuk Hamil

Image
Bila kita bercakap pasal kehamilan, kadang-kala ia tidak dirancang ala orang kata accident gitu. Tetapi sebaik-baiknya seseorang ibu yang ingin mengandung (kali pertama mahupun yang berikutnya) haruslah membuat persediaan awal terutama dari segi kesihatan tubuh badan ibu sendiri.

Wanita yang ingin hamil harus memastikan tubuh badannya cukup dengan nutrien. Darahnya cukup kandungan zat besi dan hemoglobin. Tiada masalah kesihatan seperti kencing manis mahupun darah tinggi. Kesemua ini penting untuk memastikan si ibu tadi sihat dan selamat untuk mengandung serta janin yang dikandung sihat dan sempurna.

Sebaik-baiknya 3 bulan sebelum sesuatu kehamilan dirancang, seseorang yang bergelar ibu perlu mengambil vitamin di bawah dengan secukupnya.

👶 Asid folik

Asid folik penting kerana ia membantu pembentukan sistem saraf serta melindungi bayi daripada kecacatan tiub neural seperti spina bifida
Sebaiknya pengambilan asid folik sebanyak 400 mikrogram diperlukan ketika kehamilan dirancang dan dit…

Mengidam ketika hamil, FAKTA atau AUTA?

Image
Sudah menjadi kebiasaan kita, sebaik sahaja disahkan hamil, pasti akan diikuti dengan sindrom MENGIDAM. Lazimnya, apabila MENGIDAM ia berkait rapat dengan makanan. 

Keinginan yang membuak-buak tanpa dapat ditahan terhadap sesuatu makanan sama ada yang biasa dimakan atau yang luar biasa mungkin definisi yang agak tepat untuk maksud MENGIDAM ini.
Kak long sendiri ketika hamil anak kedua, Muaz, boleh dikatakan 3-4 kali dalam seminggu akan pekena Char Koay Teow. Rasanya itulah menu yang sangat sedap dan tidak boleh digantikan dengan yang lain. 
Tetapi adakah MENGIDAM KETIKA HAMIL ini suatu FAKTA atau AUTA ye? Kak long kongsikan sedikit artikel yang diperolehi dari www.majalahpama.my untuk rujukan kalian

1. Biasanya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Dalam kamus perubatan, tiada istilah mengidam ketika mengandung kerana ia bukan disebabkan oleh kesan perubahan hormon bakal ibu.

2. Orang tua kita ada menyebut jika ibu hamil tidak dapat makan apa yang diidamkan, nanti anak yang lahi…

Sembeli Semasa Pantang - Mohon Dijauhkan

Image
Salam sayang 

Antara pengalaman yang paling tak dapat kak long lupakan dan memang minta dijauhkan adalah SEMBELIT KETIKA PANTANG. Kak long yakin ramai je ibu-ibu berpantang kat luar sana sangat fobia bila berhadapan dengan masalah ini.

ESP untuk Ibu Hamil

Salam sayang 

Ada yang bertanya.. ESP ni sesuai ke untuk ibu hamil dan menyusu?

SANGAT SESUAI dik.... Alhamdulillah kak long dah melalui 3 tempoh penyusuan (sehingga extended breastfeeding) serta 2 kehamilan... ESP memang bg feel lain macam...

Apa yang lain macam tu? Kita rasa lebih cergas, lebih bertenaga, berat badan terkawal dan yg lebih best...baby lahir dgn kulit yg bersih dan gebu...


Kak long memang ada GDM bagi kesemua kehamilan namun doktor hanya meminta buat kawalan diet. Bila ada GDM ni pengambilan karbohidrat kena dikurangkan jadi kenalah ada pengganti... ESP adalah pengganti terbaik buat kak long.

Kenapa? Sebab ESP ada GI (Glisemix Index) yang rendah iaitu 39 sahaja

GI tu apa ye?

GI - penunjuk atau penanda aras untuk mengukur berapa cepat makanan yang kita makan ditukarkan menjadi glukosa (tenaga).
Skala yang digunakan : 1-100

Makanan yang ada GI RENDAH akan ditukarkan kepada tenaga secara perlahan-lahan berbanding jika GI TINGGI. Contohnya, jika kita makan nasi sewaktu lunch, t…

VITALEA & VITAMIN C ~ SERASI BERSAMA

Salam sayang 

Tajuk ala ala lagu Nurul & Ajai dolu dolu je kan

Sebenarnya memang betul pun tajuk tu... VITALEA & VITAMIN C memang SERASI BERSAMA

Kenapa kak long kata macam tu

Sebabnya VITALEA SHAKLEE ni diformulasikan bersama-sama dengan IRON @ ZAT BESI. Biasanya kalau ibu-ibu yang hamil bila kita pergi check up, antara vitamin wajib yang diberi adalah PIL IRON/ FERROUS

Penyerapan ZAT BESI ke dalam sel tubuh kita sangat efisien apabila diambil BERSAMA-SAMA ASCORBIC ACID @ VITAMIN C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi sepenuhnya ke dalam sel

Semasa hamil, ZAT BESI adalah salah satu nutrien penting. Ini kerana:
Zat besi membantu otot ibu dan juga perkembangan bayi.Ia boleh mengawal daripada anemia di mana sel darah merah terlalu kecil ataupun bilangannya sedikit. Sel darah ini penting untuk mengangkut oksigen untuk ibu dan bayi.Zat besi juga boleh mengelakkan kelahiran pra matang dan kurang berat badan. Ini juga antara sebab mengapa VITALEA dan VITAMIN C terdapat dalam SET HA…

KESAN AMBIL VITAMIN KETIKA HAMIL

Image
Salam sayang buat semua pembaca setia kak long

Kak long percaya masih ada lagi ibu-ibu hamil yang di luar sana sekadar mengambil vitamin klinik ketika pemeriksaan rutin namun vitamin tersebut tidak dimakan. Antara alasan-alasan yang biasa diberikan adalah VITAMIN PENYEBAB BAYI BESAR.

Benarkah?


Sebenarnya, saiz bayi tidak dipengaruhi oleh pengambilan vitamin namun ia lebih dipengaruhi oleh tabiat pemakanan si ibu serta faktor keturunan.
Alhamdulillah, dalam keempat-empat kehamilan (satu keguguran), kak long memastikan yang kak long mengambil vitamin yang dibekalkan. Sebelum mengenali Shaklee, vitamin percuma yang diberikan oleh pihak klinik tetap kak long ambil.
Sebenarnya banyak kesan buruk jika si ibu yang hamil tadi tidak cukup nutrien untuk dibekalkan kepada anak-anak. Sebagai contoh, jika kandungan asid folik ibu tidak dapat menampung keperluan asid folik bayi, kecacatan spina bifida mungkin sekali terjadi. Asid folik penting dalam pembentukan saraf dan neuron bayi dalam kandungan…

PERSIAPAN UNTUK BABY - 2ND SERIES

Semalam kak long bercerita tentang persiapan kak long nak menyambut baby ke-3 ni kan... Hari ni kak long nak share pula apa persiapan bagi mereka yang nak menyambut kelahiran sulung... Macam kak long, banyak yang kak long guna semula dari abang-abang (Anas & Muaz) jadi bajet mungkin agak rendah berbanding mereka yang menunggu kelahiran pertama...

So ini antara senarai semak yang anda perlu sediakan ye bakal-bakal ibu di luar sana:

Kak long olahkan sedikit dari artikel Pa&Ma.

Pakaian bayi
Pakaian asas ialah:
Baju lengan pendek
Baju lengan panjang
Seluar pendek
Seluar panjang
Barut
Sarung kaki
Sarung tangan
Kain bedung
Topi
Lampin
Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
Tisu basah
Alas atau pelapik untuk menukar lampin
Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian
Besen mandi bayi
Tuala mandi
Tuala muka
Cecair mandian
Syampu

Set penjagaan bayi
Losen bayi Minyak bayi
Bedak bayi
Sikat atau berus rambut
Minyak tel…

PERSIAPAN UNTUK BABY

Image
Salam semua...

petang ni, kak long just nak buat entry yang santai-santai je...penat lak korang asyik baca entry yang berinformasi kan...heheheh

minggu depan, kandungan kak long mencecah usia 28 minggu..kalau ikut kiraan bulan..dalam 7 bulan macam gitu lah kan..so apa preparation kak long ye untuk baby yang baru ni..



i) pakaian baby ~ keluarkan semua baju-baju anas dan muaz ketika baby dulu (termasuk barut & bedung) ~ kena buat pengasingan supaya senang yang mana boleh dipakai ketika berpantang atau ada baju yang sesuai bila baby dah bertambah besar...
(ikut pengalaman yang lepas-lepas..baby kak long xmuat nak pakai baju newborn...almaklum lahir-lahir dah 3.4 kg ke atas jadi saiz newborn sangat tak sesuai...tapi kak long tetap standby sepasang dua)


ii) Cloth diaper/ disposable diaper ~ untuk permulaan dan semasa berpantang, biasanya kak long aka gunakan disposable diaper...then bila rasa badan dah kuat after sebulan, baru start berCD..bukan susah pun kan...
jadi antara yang perlu …