Posts

Showing posts with the label kanak-kanak

ANAK KURANG BERAT BADAN PERLU MAKANAN BERKALORI TINGGI (Part 1) - Pengedar Shaklee Manjung

Image
Salam sayang

Sepetang semalam di klinik kesihatan. Rutin pemeriksaan buat anak dara berdua ni

So far semuanya ok tapi bila ditimbang,hmm anak dara kaklong berdua ni kategori KBB.

Korang tau tak KBB tu apa? KBB tu kurang berat badan. Walhal dua beradik ni memang makan tak berenti. Jenis tak menolak rezeki katanya. Kalau ada 5orang berbeza yang makan, memang 5 orang tu jugalah mintak disuap makanan hihi

Lepas ni cik misi suruh diorang makan lebih lagi. Cik  misi kata anak-anak kena ikut graf. Memang lah ada yang kurang berat tapi sebaiknya jangan lah sampai ke kawasan kuning tu. Sebabnya dua anak dara ni dah kat borderline dah.

Hmm kalaulah ibunya yang KBB kan best. Ni, ibu asyik masuk kategori LBB jek 🙈

Jadi kaklong kenalah ambik inisiatif untuk pastikan berat diorang ni naik. Sebabnya bulan depan dah kena check up lagi sekali khusus untuk monitor berat badan diorang ni hmmm.
Sebenarnya untuk anak-anak yang ada masalah kurang berat badan ni kan, ada je jalan penyelesaiannya. Terutama…

Masalah Sembelit selesai dengan Mealshake - Pengedar Shaklee Manjung

Image
Salam sayang 

Meal shake Shaklee merupakan minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa

Mealshake adalah sumber yang baik bagi serat dan protein. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, membekalkan asid amino yang diperlukan untuk penghasilan protein.
Serat yang terdapat di dalam Mealshake Shaklee banyak membantu masalah sembelit terutamanya kanak-kanak.
Di bawah adalah testimoni ibu-ibu yang telah mencuba Mealshake untuk anak mereka.  Jemput baca ye :)



Selain sembelit, ia juga membantu masalah kurang selera makan anak-anak. Ini kerana ia kaya dengan kalsium dan zink. Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Zink memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan. Zink juga membantu menaikkan selera makan anak-anak ini.
Berminat menjadi ahli Shaklee atau/dan mencuba produk Shaklee?
Hubungi
Nur Adha @ Kak Long  Penged…

Kesihatan Otak vs Omega 3

Image
Salam sayang 


Korang tahu tak yang sebenarnya otak kita ni komposisinya 60% adalah lemak.  Dan sebenarnya kebanyakan sistem saraf adalah dihasilkan dari lemak. Mesti tak sangka kan. Selama ni ingat lemak banyak di perut je ye...hihi jangan marah tau, cepat tua.

Okay, kita teruskan lagi.

Dalam otak kita ni, ada bahagian yang diberi nama CEREBRAL CORTEX. Cerebral Cortex ni berfungsi untuk daya ingatan dan perhatian. Dan bahagian ini mempunyai kandungan asid lemak DHA sekitar 20%.

Seperti dalam entri sebelum ini, kak long ada bagitahu yang Omega 3 ni antara kandungan asid lemaknya adalah DHA dan EPA kan. Jadi apa kaitan dengan otak? Jom teruskan baca.


EPA dan DHA ni menurut kajian bertanggungjawab dalam:

i) memastikan transmisi maklumat antara saraf (sinaps) dilakukan dengan baik
ii) mempunyai kesan positif terhadap mood, kognitif, memori dan pembelajaran manusia
iii) memberi kesan anti-penuaan terhadap otak. Yang mana ia memperlahankan proses penuaan otak yang menjadi penyebab kepada Alzhe…

LECITHIN untuk ANAK BERSEKOLAH

Image
Salam sayang

Ada sahaja ibu bapa yang pm atau whatsapp kak long apa vitamin yang boleh diambil untuk anak-anak mereka yang masih bersekolah. Biasanya kak long akan tanya tujuan mereka terlebih dahulu. Biasanya antara tujuan vitamin diambil adalah untuk ·Membekalkan tenaga sepanjang waktu persekolahan·Membantu anak lebih focus dalam pembelajaran·Meningkatkan daya ingatan anak semasa belajar·Mengurangkan masalah kesihatan anak-anak
Vitamin yang kak long nak kongsikan hari ni lebih berkaitan dengan masalah pembelajaran serta fokus anak-anak di sekolah. Untuk 2 masalah ini, kak long suka nak cadangkan pengambilan LECITHIN.
Lecithin boleh diambil sejak dari anak berusia 4 tahun ke atas. Di dalam Lecithin terdapat satu unsur yang dipanggil KOLIN. KOLIN inilah yang bertindak untuk menghubungkan neuron di dalam otak. Dalam kata lain kolin adalah unsur yang mengaktifkan neurontransmitter di dalam otak. Neurotransmitter ini akan menghantar mesej ke otak dan sistem saraf
Kalau kita perasan dala…

NUTRIFERON & HERBAL CREAM - USAHA UNTUK CHICKEN POX

Image
Salam sayang 

2 minggu lepas, Anas telah dijangkiti "cengkering" atau biasanya orang panggil chicken pox. Risau lah juga kak long ni memandangkan banyak acara bakal berlangsung pada hujung bulan 4.

Seperti biasa, kak long ke klinik dahulu untuk mengambil cuti sakit Anas. Dapat 10 hari tu, maknanya 10 hari lah dia di rumah bersama adik-adiknya yang lain (berpotensi besar untuk dijangkiti). Doktor sekadar memberi ubat demam jika Anas demam kemudian. Tiada ubat sapu mahupun ubat gatal.

Mengikut petua ibu kak long, kalau ada anak-anak yang dijangkiti campak atau cengkering ini, minumkan dengan air kelapa supaya semua biji-biji merah ini keluar. Jadi misi pertama adalah mencari air kelapa muda terlebih dahulu. Alhamdulillah, memang mudah untuk mencari air kelapa muda dan dapat penggerai yang faham untuk tujuan perubatan, maka sebungkus air kelapa tulen (tanpa gula dan ais) kami beli untuk Anas.


Balik sahaja ke rumah, kak long minta Anas minum air kelapa itu tadi dan kak long sap…

Alahan Protein Susu Lembu

Image
Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Google


Sekarang ini, banyak iklan di televisyen yang mempromosikan susu yang berasaskan soya. Kenapa? Kerana ada di antara bayi dan kanak-kanak yang menghadapi masalah ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU. Ingin tahu lebih lanjut mengenai alahan ini? Jemput baca perkongsian di bawah ye.

Apa itu ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU?

Alahan protein susu lembu merupakan alahaan yang paling umum di kalangan kanak-kanak. Ia adalah tindakbalas sistem imun yang hipersensitif terhadap protein yang terdapat di dalam susu lembu. Sistem imun tersilap mengesan protein susu lembu sebagai sesuatu yang perlu dielakkan lalu ia mencetuskan tindak balas alergi/ alahan.

Terdapat 5-8% kanak-kanak di seluruh dunia yang mengalami alahan protein susu lembu. Masalah ini berterusan sehingga mereka melalui peringkat remaja. Statistik menunjukkan 1.0-17.5% kanak-kanak yang terlibat adalah kanak-kanak prasekolah dan 1.0-13.5% adalah kanak-kanak berusia 5-16 tahun.

Bagaimana kita boleh men…

Cari Vitamin Untuk Anak?

Image
Salam sayang 

Dah masuk bulan Mac ni... Sekejap je rasa kan. Tak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelma... Korang dah siap ganti ke? Jangan ganti lewat-lewat ye

Bulan lepas, boleh dikatakan bulan sakit untuk kami sekeluarga. Bermula dari anak-anak bawak ke ibu dan ayah dan kemudian pusing ke anak-anak semula dan hujung-hujungnya baby yang kecil pula demam, batuk dan selsema.

Mungkin kerana perubahan cuaca dan suasana tempat tinggal kot. Kak long baru je berpindah dari Sitiawan ke Manjung masuk bulan kedua. Walaupun jarak tak jauh namun banyak beza dari segi cuaca. Sitiawan lebih panas dan kering berbanding Manjung yang lebih banyak hujan. Jadi mungkin sistem badan sedang beradaptasi :)

Anak-anak dari yang sulung (10 tahun) hingga yang nombor 3 (4 tahun) memang kak long pastikan mereka mengambil vitamin yang sepatutnya. Tapi kena tengok kesesuaian ye. Shaklee sememangnya menyediakan formulasi khusus untuk kanak-kanak mengikut umur mereka.

Gambarajah di bawah adalah set lengkap vitami…

Cara Naikkan Berat Si Kecil

Image
Bila dah bergelar ibu, antara perkara utama yang paling kita risaukan adalah berat baby kita kan. Biasanya untuk 6 bulan pertama, berat baby tiada masalah untuk naik namun bila baby dah mula aktif, masa tu lah antara masa yang sangat mencabar kan



Ada yang kata, tak perlu risau sebab baby dah boleh mula makan masa tu. Tapi kadang-kadang tu mungkin jumlah makanan yang diambil tak setanding dengan tenaga yang digunakan... Ye lah, 6 bulan kedua ni biasanya baby dah mula meniarap, angkat badan, merangkak malah berjalan.. Tentu perlukan lebih tenaga.

Vitamin untuk Anak-anak

Salam sayang 


Anak-anak saya akan bersarapan bancuhan Meal Shake, ESP dan Performance sebelum mereka ke sekolah. Minuman ini juga saya berikan kalau tiada minum petang seperti goreng pisang atau roti.

Mereka dah biasa dengan campuran 3 ini yang kami panggil Tripple Gems.So kalau travel ni la penyelamat kami kalau makanan lambat atau sedang tercari-cari tempat makan.

Tahukah kita anak-anak yang makan tak berhenti-henti dikatakan kerana badan mereka tidak mendapat zat vitamin dan nutrien sebenar yang diperlukan oleh badan. Maka kanak-kanak ini boleh diberikan Meal Shake dalam minuman harian mereka. InsyaALLAH selera mereka akan terkawal.

Berminat untuk dapatkan set vitamin ini?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

HANIS dan HFMD

Image
Beberapa hari yang lepas, kak long ada memuatnaik status di FB kak long berkaitan si comel HANIS


Ada yang pm bertanyakan apa itu HFMD dan bagaimana kak long menanganinya.

Jadi petang ni akk long nak kongsikan dengan kalian apa itu HFMD atau nama panjangnya Hand, Foot & Mouth disease (penyakit Kaki, tangan dan mulut)

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).  Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.  Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri.  Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabk…

Omega & kanak-kanak

Salam sayang


Pagi tadi kak long kongsikan testimoni ibu kak long mengenai asma dan tindakan Omega terhadap pesakit asma.


Ada yang bertanya jika kanak-kanak boleh ke nak ambil Omega ni?


Sebenarnya pengambilan Omega guard boleh dimulakan seawal bayi berusia 1 tahun.


Pelbagai cara boleh dipraktikkan untuk memberi omega kepada bayi 1 tahun ke atas. Macam kak long, mula-mula kak long berikan sebiji terus untuk melihat sama ada dia boleh mengunyah terus atau tidak. Jika boleh, ibu boleh teruskan pemberian omega sebiji terus kepada anak anda.
Namun ada kanak-kanak yang tidak boleh mengunyah omega tu terus, ibu atau ayah boleh menebuk omega dan memicit terus ke dalam mulut anak anda. Jika mereka menolak, omega tersebut boleh dicampur sekali ke dalam makanan dan minuman mereka.


Omega sangat bagus dalam membina sistem pertahanan tubuh yang baik selain daripada membekalkan DHA kepada otak bayi.


Ibu-ibu yang nak mencuba boleh gunakan teknik yang kak long kongsikan di atas.




Nur Adha @ Kak Long
P…

MEALSHAKES & SEMBELIT

Image
Salam sayang

Antara perkara yang sering menjadi kerisauan ibu-ibu adalah apabila anak mengalami sembelit. Bagaimana sembelit boleh berlaku? Salah satu sebabnya adalah kekurangan air dan fiber dalam menu harian anak-anak kita
Jadi solusinya yang kak long buat adalah dengan menyediakan botol air masak khusus untuk anak-anak dan sediakan buah-buahan untuk mereka ambil setiap hari.
Namun begitu, kak long pasti ada juga anak-anak yang tidak suka buah (macam Anas)... Sayur jauh sekali.. maka alternatif kak long adalah dengan memberikan Anas MEAL SHAKES

Setiap pagi sebelum ke sekolah, kak long akan bancuhkan Anas segelas MEAL SHAKES bersama-sama susu berperisa atau Tamar Cocoa.
Alhamdulillah, Anas lebih cergas dan tiada masalah sembelit dengan MEAL SHAKES.
Bagaimana MEAL SHAKES membantu mengelakkan sembelit? MEAL SHAKES mengandungi dietary fiber dan fiber terlarut yang membantu memastikan sistem pelawasan dalam keadaan baik.
Nak tahu lebih lanjut tentang fiber... Jumpa di entry selanjutnya...


Ciri-ciri Anak Tertekan

Image
Salam sayang buat semua
Hari ni kak long nak sharekan bagaimana kita nak tau yang anak kita ni sedang stress atau tertekan atau tak... Biasanya kita dengar pasal orang-orang dewasa macam kita ni je yang stress kan, tapi sebenarnya kanak-kanak pun mengalami stress juga.
Orang dewasa mempunyai pelbagai cara untuk melegakan tekanan mereka namun bagaimana pula dengan kanak-kanak. Mungkin tindakan mereka menghentak-hentak kaki atau membaling barang juga salah satu tanda yang mereka stress.
So untuk menambahkan lagi ilmu keibubapaan kita... jom kita baca artikel yang kak long kongsikan dari pa&ma online.. Semoga bermanfaat :)



Jom kita semak cirri-ciri kanak-kanak yang sedang stres:
Susah tidur Petunjuk awal kanak-kanak mengalami stres adalah mereka tergolong dalam kelompok anak yang sukar tidur. Waktu tidur yang tidak menentu, sering tidur lewat malam bahkan ada yang menjelang pagi, sentaisa resah dan jika tidur hanya seketika. Sepatutnya pada usia kanak-kanak, mereka perlu tidur seawal pu…

SARAPAN SIHAT SEISI KELUARGA

Image
Esok bermula lah sesi persekolahan bagi tahun 2013 (sesetengah negeri dah bermula hari ini). Ibu-ibu di luar sana mungkin agak pening memikirkan apakah hidangan sarapan terutamanya buat si kecil yang baru nak menjejakkan kaki ke sekolah.

Kak long suka nak mencadangkan SET TRIPPLE GEM sebagai penyelesaian buat anda di luar sana.


ESP : Protein Shaklee lengkap dengan 9 amino asid yang diperlukan oleh badan tetapi tidak mampu dibina oleh badan. Protein untuk bina sel. Kulit, rambut, organ semua dibina dari protein.
Meal Shake : Ianya multivitamin yang saya juga memanggilnya sebagai pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila serbuk. 
Performance Drink : adalah minuman isotonik yang lengkap dengan formula opticarb dan bagus untuk kesihatan kerana ianya tanpa karbonat. Memastikan badan sentiasa hidrat.
Apakah rasanya?
Gabungan 3 serbuk supplement ini memberikan rasa ala-ala vitagen ditambah jika diminum dengan air yang sedikit sejuk. Sangat sedap. Cara bancuhan yang bi…

Mealshakes bantu kurangkan asma

Image
Apabila anak sakit...yang paling susah hati dan tak lena tidur..pastinya IBU...begitu juga dengan Pn Rafaliah...Ummi Irfan ini memang sangat gelisah nak-nak bila little Irfan diserang dengan asma...Ini kisah Pn Lia menangani masalah asma Little Irfan...


"...Malam ni saya nak share pengalaman kami sendiri setelah anak kami, Irfan, sudah 5 bulan lebih mengambil Mealshake. Tak tahu nak mula kat mana sebab terlalu banyak ingin dikongsikan bersama..inshaALLAH, saya cuba yang terbaik..dan memang sebagai seorang ibu, saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak (walaupun baru sorang je sekarang ni..hehe..). Anak saya telah di-diagnose as asthma since his 5 months old..awal bukan? Memang sejarah keluarga kami ada yang semput (ni kata org dulu2.., org moden cakap asma..hehe..), dan masa saya mengandungkan Irfan masa bulan ke-5 tu saya selalu semput..(banyaknya no 5..ade chemistry ni..hehe...) banyak kali ulang alik hospital untuk amik neb..after deliver, AlhamduLILLAH saya ok, tapi Irfan…