Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts
,

Tips Kekal Sihat Ketika Hamil

Salam sayang



Waktu hamil ni kadangkala macam-macam penyakit yang ada. Adakala rasa letih melampau serta sakit badan juga menjengah sepanjang kehamilan ni.

Kak long nak kongsikan 5 tips penjagaan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan. Jemput baca ye

1. Makan lima atau enam hidangan seimbang setiap hari. Hidangan seimbang bermaksud perlu ada porsi karbohidrat, protein serta sayuran dan buahan. Tak perlu ambil makanan untuk dua orang kerana ia boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan yang lain kelak.

2. Mengambil vitamin pranatal setiap hari seperti yang diarahkan oleh doktor. Lazimnya klinik kesihatan akan membekalkan asid folic, ascorbic acid dan iberet. Ketiga-tiga ini adalah untuk memastikan kandungan hemoglobin dalam darah mencukupi, mengelakkan masalah saraf pada bayi serta meningkatkan daya imun ibu.

3. Minum banyak air sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari dan elakkan kafein. Pengambilan kafein ketika hamil boleh merendahkan level hemoglobin dalam darah. Jadi ambil pada kadar yang minima ye. Kak long suka sangat jika masa hamil ni kita blendkan buah dan ais, jadilah smoothies yang berkhasiat. Tapi pastikan kurangkan gula juga ye.


4. Bersenam dengan berjalan sekurang-kurangnya 15 - 20 minit setiap hari pada kadar yang sederhana tetapi elakkan kawasan yang panas. Dengab bersenam sebenarnya ia membantu merembeskan hormon endorfin yang menjadikan ibu hamil lebih gembira dan kurang tekanan. Selain berjalan, aktiviti senaman ringan juga boleh dibuat. Ibu-ibu boleh rujuk ke video yang banyak di youtube. Aktiviti berjalan oleh Leslie Nelson adalah antara aktiviti yang selalu kak long buat

5. Dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam. Jika mengalami gangguan tidur cuba tidur sebentar (nap) di siang hari. Tidur yang cukup membantu ibu lebih segar dan cergas. Selain itu, pertumbuhan bayi dalam kandungan juga berlangsung dengan lebih baik.

Hadapi 40 minggu kehamilan dengan penuh rasa bahagia dan gembira.

Ingin mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
, , , ,

Diet Ibu Hamil

Salam sayang 

Ibu hamil dan menyusu lazimnya dimomokkan dengan kata-kata...
Kena makan lebih sebab nak bagi pada baby tu

Sebenarnya untuk ibu hamil dan menyusu, penambahan kalori sehari adalah antara 300-500 kalori sahaja, tak banyak mana pun. Namun dek kerana kata-kata kat atas tu, maka kita pun beria lah makan lebih... Kadang-kadang yang kita makan tu tak ada banyak nutrisi pun.

Tu yang bahayanya sebab kita kena ingat apa jua yang dimakan oleh ibu yang hamil dan menyusu akan diserap oleh baby. Ibu yang bijak pasti memilih makanan yang baik-baik untuk bayi mereka.

Pengambilan makanan yang tidak seimbang turut menyumbang kepada risiko kesihatan baik untuk ibu malah juga baby. Kencing manis ketika hamil, tekanan darah tinggi serta bacaan hemoglobin darah rendah antara penyakit yang kerap kali ditempuhi oleh ibu hamil.




Gambar kat atas ni adalah sebagai panduan untuk ibu-ibu hamil di luar sana nak merancang menu mereka. Ini sebenarnya untuk tumbesaran baby dalam kandungan juga. Jadi ibu-ibu, jangan fokus kepada makanan yang sedap je ye, ambil kira sekali nutrien apa yang patut kita beri pada baby kita. In shaa Allah ibu dan baby akan sihat jika pemakanan sihat diamalkan

Selain dari itu, biasanya para doktor turut membekalkan vitamin untuk ibu hamil. Vitamin ni wajib diambil untuk mengelakkan kekurangan nutrein tertentu. Alternatif kepada vitamin percuma tu adalah VITAMIN SHAKLEE. Shaklee turut menyediakan SET PRENATAL khusus untuk ibu hamil.

Nak tau apa kandungan SET PRENATAL SHAKLEE, nantikan entry kak long esok ye

Berminat untuk membuat pesanan?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
Share:
Read More
, , , ,

VITALEA & VITAMIN C ~ SERASI BERSAMA

Salam sayang 

Tajuk ala ala lagu Nurul & Ajai dolu dolu je kan

Sebenarnya memang betul pun tajuk tu... VITALEA & VITAMIN C memang SERASI BERSAMA

Kenapa kak long kata macam tu

Sebabnya VITALEA SHAKLEE ni diformulasikan bersama-sama dengan IRON @ ZAT BESI. Biasanya kalau ibu-ibu yang hamil bila kita pergi check up, antara vitamin wajib yang diberi adalah PIL IRON/ FERROUS

Penyerapan ZAT BESI ke dalam sel tubuh kita sangat efisien apabila diambil BERSAMA-SAMA ASCORBIC ACID @ VITAMIN C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi sepenuhnya ke dalam sel

Semasa hamil, ZAT BESI adalah salah satu nutrien penting. Ini kerana:
  • Zat besi membantu otot ibu dan juga perkembangan bayi.
  • Ia boleh mengawal daripada anemia di mana sel darah merah terlalu kecil ataupun bilangannya sedikit. Sel darah ini penting untuk mengangkut oksigen untuk ibu dan bayi.
  • Zat besi juga boleh mengelakkan kelahiran pra matang dan kurang berat badan.
Ini juga antara sebab mengapa VITALEA dan VITAMIN C terdapat dalam SET HAMIL SHAKLEE


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
, , , ,

KESAN AMBIL VITAMIN KETIKA HAMIL

Salam sayang buat semua pembaca setia kak long

Kak long percaya masih ada lagi ibu-ibu hamil yang di luar sana sekadar mengambil vitamin klinik ketika pemeriksaan rutin namun vitamin tersebut tidak dimakan. Antara alasan-alasan yang biasa diberikan adalah VITAMIN PENYEBAB BAYI BESAR.

Benarkah?


Sebenarnya, saiz bayi tidak dipengaruhi oleh pengambilan vitamin namun ia lebih dipengaruhi oleh tabiat pemakanan si ibu serta faktor keturunan.

Alhamdulillah, dalam keempat-empat kehamilan (satu keguguran), kak long memastikan yang kak long mengambil vitamin yang dibekalkan. Sebelum mengenali Shaklee, vitamin percuma yang diberikan oleh pihak klinik tetap kak long ambil.

Sebenarnya banyak kesan buruk jika si ibu yang hamil tadi tidak cukup nutrien untuk dibekalkan kepada anak-anak. Sebagai contoh, jika kandungan asid folik ibu tidak dapat menampung keperluan asid folik bayi, kecacatan spina bifida mungkin sekali terjadi. Asid folik penting dalam pembentukan saraf dan neuron bayi dalam kandungan,

Selain itu, sumber kalsium bayi sememangnya diperolehi dari ibu. Ibu-ibu yang tidak mengambil susu dalam menu seharian mereka wajib mengambil alternatif selain susu sebagai sumber kalsium. Kesannya bukan pada bayi namun si ibu yang menghadapinya. Teringat kak long selepas melahirkan Anas, sakit pinggang dan sakit badan silih berganti. Bila badan dah sakit, maka tanggungjawab sebagai ibu dan isteri kadangkala terabai. Apabila ke klinik, doktor memberi pil kalsium dan b complex untuk menangani masalah ini. Kebetulan, klinik panel kak long memang menggunakan produk Shaklee...jadi di sinilah detik pertama kak long berkenalan dengan SHAKLEE.

Sehingga sekarang, kak long masih lagi mengambil VITAMIN untuk kesihatan kak long apatah lagi kini kak long sedang menyusukan si comel Hanis pula. Keperluan setiap ibu pada setiap peringkat mungkin berbeza-beza namun Shaklee sememangnya menyediakan VITAMIN TERBAIK untuk setiap dari kita,

Untuk ibu-ibu atau bakal ibu, di bawah ini adalah antara set yang sesuai untuk kalian. Ia boleh disesuaikan mengikut kondisi serta bajet kalian. 



Untuk yang berada di sekitar Sitiawan, Manjung & Lumut, kita boleh bertemu muka untuk lebih penjelasan.... Manakala mereka yang di luar kawasan kak long, boleh hubungi kak long di nombor di bawah

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
, ,

BERJAYA HAMIL DENGAN GLA COMPLEX ~ALHAMDULILLAH~

Salam sayang

Jika pagi tadi kak long dah share bagaimana GLA Complex membantu KEHAMILAN... Sekarang ni kak long nak kongsikan pula mereka yang BERJAYA HAMIL selepas mengamalkan GLA COMPLEX SHAKLEE

(Perlu diingat yang vitamin ini sekadar salah satu usaha dan asbab sahaja... Sesungguhnya hanya ALLAh Maha Pemberi Rezeki)

TESTIMONI 1
sumber: www.vitaminsuci.com

TESTIMONI 2


TESTIMONI 3



Jika anda ingin konsultasi lanjut... Boleh terus hubungi kak long ye...


Berminat untuk mendapatkan GLA COMPLEX SHAKLEE?

KLIK DI BAWAH UNTUK PEMBELIAN ONLINE






Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
,

VITAMIN ANTENATAL SHAKLEE

Tentu ada di antara anda telah membaca update status FB kak long berkaitan VIVIX semalam... Bila kak long menulis, VIVIX perlu dihabiskan oleh en suami, ramai yang mengucapkan tahniah... Kenapa?

Sebabnya VIVIX tidak sesuai diambil oleh WANITA HAMIL, WANITA MENYUSU.... Jadi kawan-kawan kak long ni dah boleh lah mengagak kenapa kak long menulis sedemikian... :)

Ok, berbalik pada tajuk kita tadi...Kak Long & KEHAMILAN... Alhamdulillah ni kehamilan keempat dan kak long menanti zuriat yang ketiga...hehehe..mesti ada yg confuse ni kan... ok actually, kak long pernah mengalami keguguran masa mula-mula kahwin...jadi kalau ikut istilah perubatan, kehamilan tersebut tetap dikira.

Alhamdulillah, kandungan kak long masuk minggu ke-enam (tak pergi buat buku pink lagi)... dan setakat ni, kak long masih merasa tetap bertenaga seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin ini antara kesan kak long mengamalkan suplemen hampir 3 tahun... Sebelum hamil, kak long memang mengamalkan VIVIX dan Colagen Powder namun sebaik sahaja kak long mengetahui yang kak long berbadan dua...kedua-dua produk tersebut kak long hentikan serta-merta..


Jadi kak long kembali ke rutin asal...MENGAMBIL VITAMIN ANTENATAL SHAKLEE...

Wah!! Shaklee ada VITAMIN ANTENATAL?



Apa yang terkandung dalam VITAMIN ANTENATAL SHAKLEE....atau lebih dikenali sebagai SET EU FOUR PACK

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Zat besi juga mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
B complex shaklee mempunyai rumusan lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik. Asid folik sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi. Ibu seharusnya terus mengambil B complex sebaik sahaja kehamilan dikesan.  

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Ostematrix
Ia adalah formula baru Shaklee yang mana dulu vitamin ini hanya dikenali sebagai Kalsium Magnesium. Tetapi kini, dengan formula baru ditambah dengan kelebihan "mudah telan" ia memberi kesan kepada taraf kesihatan si pengamal. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping  magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
, , , , , , , , ,

Anemia ketika hamil..boleh membawa MAUT!!

Kak long rasa gembira..sahabat baik kak long yang melansungkan perkahwinan beliau pada November 2011 kini dah pun hamil...antara rasa gembira, excited dan berdebar-debar...maklum la kan anak sulung...


Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu yang hamil adalah kurang/ rendah sel hemoglobin..erti kata lain..ANEMIA...Alhamdulillah, kak long tiada masalah anemia ketika hamil namun melihat kakak ipar yg anemic memang rasa simpati...

Bagi ibu yang hamil paras Hemoglobin dalam darah adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL . Hemoglobin berfungsi dalam mengangkut sel oksigen di dalam darah. Apabila sel darah merah berkurang maka bekalan oksigen secara tidak langsung turut terjejas.

Simptom anemia
• 5 L yaitu lemah, letih, lesu, lelah, dan lalai
• Sering mengalami pusing-pusing dan mata sering berkunang-kunang,
• Apabila lebih kronik, bahagian kelopak mata yang berwarna pucat, bibir yang pucat, lidah, kulit serta tangan yang pucat.

Punca anemia
~ Kekurangan kekurangan zat besi
~ Kekurangan vitamin C
~ Kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
~ Masalah tiroid

ANEMIA akibat KURANG ZAT BESI
Ia boleh berpunca dari:
- Kecederaan yang melibatkan pendarahan luaran ata dalaman
- Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid
- Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C
- Kurang pengambilan zat besi dalam diet


ANEMIA akibat KURANG VITAMIN C
Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi.
Jika vitamin C kurang maka penyerapan zat besi menjadi kurang efisien dan seterusnya membawa kepada risiko anemia

ANEMIA akibat KURANG VITAMIN B COMPLEX
Komponen B Complex seperti Cobalamin dan Asid Folik penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu

Antara SUPLEMEN yang boleh diambil oleh ibu hamil untuk mengatasi masalah ANEMIA adalah:

Vitalea iron formula:

Dengan formula zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin Cobalamin dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin, memperkuatkan dinding arteri darah dan meningkatkan sistem pertahanan badan

B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. B-complex Shaklee dirumus khas lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 (cobalamin), Biotin dan asid folik.


Set yang boleh diambil untuk masalah Anemia



1.Euphoria Optimum Health - Set A mengandungi Vitalea, B-complex dan Vitamin C


2.Euphoria Pregnancy Set - Gabungan Set A dan Ostematrix@calcium


3.Energizing Soy Protein – Untuk kritikal anemia di paras 6-7 g/dL


Sedikit tips pengambilan suplemen buat anda:
~ Tidak mengambil minuman berkarbonat atau berkafein. Minuma jenis ini mengurangkan penyerapan zat besi ke dalam darah
~ Vitalea tidak boleh diambil oleh mereka yang menghidapi penyakit Thalassemia...Jadi dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu
~ Untuk penyerapan kalsium yang optimum, amalkan ambil ostematrix sebelum tidur
~ Jangan sekali-kali ambil vitalea bersama ostematrix kerana penyerapan zat besi berkurang jika diambil bersama kalsium
~ Untuk penyerapan zat besi yang efektif, ambil Vitalea bersama-sama Vitamin C

Di sini, kak long nak kongsikan testimoni mereka yang mengamalkan Suplemen Ibu Hamil dari Euphoria Shaklee





Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , ,

Penjagaan Selepas Bersalin ~ Ceasarian

Kak long nak berkongsi dengan kawan-kawan di luar sana bagaimana penjagaan ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan...Kak long perolehi artikel ni dari satu grup di mukabuku...Moga kita sama-sama beroleh manfaatnya...InsyaAllah...

Kelahiran secara pembedahan (Caesarian) sudah menjadi sesuatu yang biasa pada masa kini. Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah posisi bayi ataupun bentuk tulang kajang yang sempit dan sukar memberi laluan kepada bayi untuk dilahirkan secara normal.

Ada juga ibu-ibu hamil membuat pilihan bersalin secara pembedahan kerana mahu mengelakkan rasa sakit mengisi ketuban. Tidak kurang pula yang memilihnya kerana beranggapan bersalin dengan cara tersebut dapat memelihara serta mengekalkan keadaan saluran vagina supaya tidak longgar.

Akibat kedangkalan pengetahuan berkaitan dunia kehamilan dan kelahiran, ramai ibu yang bersalin secara pembedahan tidak mengambil berat tentang penjagaan ketika dalam pantang. Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga lapisan demi lapisan kulit yang dibelah. Oleh yang demikian, penjagaan ibu bersalin dengan kaedah ini selalunya mengambil masa yang lebih lama. Dengan itu, tempoh pantangnya juga lebih panjang daripada ibu-ibu yang bersalin secara normal.

Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang-kurangnya 50 hari. Petua-petua ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana keberkesannya telah terbukti. Amalan berpantang dapat mempertahankan kesegaran ujud anggota seseorang wanita agar kembali awet muda. Rata-rata telah terbukti bahawa ibu-ibu pengamal herba dan rawatan tradisional tampak lebih sihat serta anggun daripada gadis!.

Penjagaan Dan Rawatan Luaran

Mereka yang bersalin secara pembedahan lebih mudah mengalami masalah pengumpulan dan penyekatan angin, atau banyak angin. Akibatnya tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap walaupun melakukan banyak senaman. Mungkin secara fizikal kelihatan cantik serta langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mengalami penyakit angin sejuk atau panas seperti artritis, kebas-kebas sendi dan reumatisme. Saluran sulit menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan yang boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan ketumbuhan kecil seperti sista atau polip.

Lazimnya ibu yang melahirkan secara pembedahan lambat mendapat bentuk badan yang asal, terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar dapat mengembalikan keadaan ibu balik perawan. Amalan ini adalah untuk mengelakkan daripada bentan urat peranak serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu dalam pantang bersalin pembedahan perlu mengikut pantang larang pemakanan sebagimana ibu bersalin normal.

Panduan Cucian Bahagian Sulit

Ibu bersalin secara pembedahan perlu mengamalkan cucian di bahagian sulit sebagaimana ibu-ibu yang melahirkan secara normal. ini kerana walaupun tiada luka jahitan, ibu-ibu tetap mengalami keluaran darah nifas. Penjagaan kebersihan serta kesihatan diri adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu-tisu faraj.

Panduan Rawatan Tuaman Batu Atau Besi

Rawatan tuaman dan berbengkung dapat memecahkan angin dan lendir serta melancarkan aliran darah. Sebaik-baiknya tuaman dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi sebelum masuk tengahari dan pada sebelah petang selepas waktu zuhur. Rawatan tuaman dilakukan ke atas seluruh badan, termasuk di bahagian perut serta luka pembedahan dengan hanya meletakkan batu tuam atau tungku besi secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat.

Panduan Mandian

Sebelum mandi, lakukan rawatan berlulur seperti mana ibu bersalin normal. Selepas itu, lakukan mandian dengan air rebusan daun-daun yang mudah didapati pada masa kini.

Panduan Berbarut Atau Berbengkung

Ibu dalam pantang bersalin secara pembedahan perlu mempraktikkan rawatan berbengkung atau berbarut yang ringan ikatannya, atau boleh juga mengenakan strap on binder. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas bersalin.

Mula-mula sapu minyak urut herba di bahagian perut dan di atas jahitan, di bahagian pinggang serta pinggul. Lakukan rawatan berbarut ini selama dua minggu berturutan walaupun masih terasa jahitan pembedahan.

Selepas ini selama dua minggu yang berikutnya perketat ikatan barut atau binder. Selepas empat minggu bolehlah digunakan barut dan sapuan ubat bersalin secara normal. pakai barut itu selama dua minggu iaitu hingga hari ke 44. Boleh juga digunakan barut sehingga 100 hari.

Tujuan berbarut adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, ibu bersalin pembedahan akan dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau pedih di bahagian luka jahitan, ketegangan pada bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas tempoh berpantang kelak.

Tanpa rawatan ini, ibu-ibu bersalin secara pembedahan mudah mengalami keadaan perut buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau pinggul sehingga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Jikalau dibiarkan dengan hanya rawatan moden, iaitu diberi suntikan dan ubat penahan sakit, lazimnya penyakit tersebut akan berulang kembali pada hari kemudian.

Ini mudah dijelaskan kerana suntikan dan ubat penahan sakit hanya menahan atau melegakan rasa sakit buat seketika atau merawat tanda-tanda penyakit, dan bukan merawat punca yang sebenarnya. Sebaliknya penyakit yang sedia ada itu akan melarat ke bahagian lutut serta pinggang, yang menandakan keadaan sudah menjadi lebih serius. Keadaan ini mengganggu pergerakan fizikal dan seterusnya mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranak, ari-ari dan celahan paha


Selain dari perkara-perkara di atas..kak long suka nak mengesyorkan pengambilan suplemn bagi menggantikan jamu-jamu...Kenapa ye...Sebab suplemen didatangkan dalam bentuk yang ringkas dan mudah dicernakan oleh sistem dalam badan kita manakala Jamu adalah satu sumber yang kompleks yang memerlukan masa untuk diserap ke dalam sistem...Selain dari itu..kadangkala pengambilan jamu turut menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada jaundis kerana sifat jamu yang panas...

Kak long ada menyediakan set berpantang Shaklee yang mengandungi

i) Vitalea ~ multivitamin yang lengkap dengan formula zat besi..Membantu tubuh badan membina sel darah merah dengan lebih efisien..Membantu memastikan ibu yang berpantang mempunyai kandungan hb (hemoglobin) yang stabil.

ii) B-kompleks ~ lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik dan biotin. Unsur yang penting dalam membantu pembinaan sel neuron bayi dan mengelakkan terjadinya spina bifida...Juga agen pemberi tenaga segera kepada ibu-ibu yang berpantang

iii) Vitamin C ~ dengan sistem pelepasan masa. Membantu proses baikpulih urat-urat, luka-luka dan memastikan sistem imun ibu sentiasa terkawal.

iv) Zinc ~ merupakan unsur majoriti dalam ikan haruan. Membantu sel-sel memulihkan luka dengan lebih baik dan cepat..meningkatkan sistem keimunan badan ibu yang sedia lemah semasa bersalin dan berpantang..mencegah keguguran rambut dan kuku pecah disebabkan perubahan hormon sepanjang kehamilan.

Tepuk dada tanya selera masing-masing...Kak long akan kongsikan testimoni ibu yang berpantang secara moden (mengamalkan vitamin) di entry akan datang ye...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, ,

Kurangkan Komplikasi Ketika Hamil dan Bersalin dengan KALSIUM

Alhamdulillah...syukur padaNya kerana masih diberikan kesempatan untuk terus bernafas lagi...

Pagi-pagi lagi kak long dah mula surfing...(sementara anak-anak belum bantgun lagi..)..biasanya pagi-pagi ni kak long suka buka akhbar online..dan pagi ni ada satu artikel yang menarik untuk dikongsikan dengan kalian terutamanya ibu-ibu yang hamil..



Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my
APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.


Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.


Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.


Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Kak long ada menyediakan set khas untuk ibu-ibu yang hamil...Selain tu, PROMO Kalsium sedang HOT..hanya untuk pelanggan-pelanggan kak long sahaja...Apa lagi....Jom order kalsium anda sekarang!!!



 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, ,

Bahaya KURANG KALSIUM Bagi Ibu HAMIL & MENYUSUKAN Anak

Pagi ni kak long nak berkongsi dengan kalian BAHAYA JIKA SEORANG WANITA HAMIL & MENYUSUKAN ANAK KEKURANGAN KALSIUM

Kak long petik artikel ini dari kosmo...Moga ia mebawa manfaat buat kita semua..

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya. 
Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang. “Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula. Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang. “Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.


TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.

“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal. “Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya. Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah. “Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.

Sumber Rujukan:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm




 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More

Pantang Larang Vitamin Ketika Hamil

Biasanya kita cuma dengar pantang larang orang tua-tua je kan untuk orang mengandung ni...tapi kalian tahu tak yang untuk wanita hamil, pengambilan vitamin pun ada pantang larangnya...tak semua vitamin boleh diambil ketika kita mengandung ye terutama ketika di awal kehamilan...jadi apa yang boleh diambil dan apa yang tidak ye...

credit to anakkuwiraku.com

Vitamin yang perlu
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

Fungsi Vitamin 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :

Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. Pengambilan vitalea@multivitamin shaklee yang konsisten membantu menstabilkan bacaan Hb darah ibu yang hamil.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.



Omega : membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke4 kehamilan.

Vitamin yang dilarang



Antara senarai vitamin Shaklee yang tidak boleh diambil ketika mengandung ialah antaranya vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Pastikan anda mendapat konsultasi agar vitamin yang anda ambil dapat berfungsi secara optimum.



Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More